Tuesday, September 21

Terkini dari PTS


Tajuk : Seperi Keju & Coklat
Penulis : Rose Harissa
Harga: RM 16.00 / RM 18.00ISBN-13: 978-967-5783-35-7
ISBN-10: 978-967-5783-35-7
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 272


Siapa sangka keju dan coklat dapat 'bersatu' dalam hidangan pisang? Begitulah kisah Aqil dan Raisya. Safiy Aqil yang pernah menghidap Sindrom Asperger menuntut di UTM. Dia suka memencilkan diri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Siapa sangka, abang tirinya, Rafa'e belajar di tempat yang sama, dalam jurusan yang sama. Rafa'e bukan sahaja menabur fitnah terhadap Aqil di hadapan Raisya malah di hadapan ayah mereka, Dato' Hamdan sehingga Dato' Hamdan membenci Aqil sekeluarga. Pada semester ini, sudah tiga kali Aqil mengulang subjek yang sama. Pada semester ini juga, dia 'terpaksa' berkenalan dengan Raisya.

Raisya berjaya mengubah Aqil, dari seorang yang pendiam dan lokek senyuman, kini Raisya berjaya membuatkan Aqil menguntum senyuman. Aqil juga kembali bersemangat untuk menamatkan pengajiannya. Siapa sangka, hujan di tengah hari. Ada seseorang mengoyak lukisan AutoCad Raisya pada hari penilaian. Lukisan Aqil turut sama dikoyak. Angkara siapakah ini?

Aqil ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerana kehilangan handset, Aqil lewat menerima berita kematian ibunya. Aqil ditimpa kemalangan. Namun, kemalangan itu membongkar segala kejahatan Rafa'e dan ibunya. Raisya setia menemani dan memberikan sokongan moral kepada Aqil. Akhirnya keju (Aqil) dan coklat (Raisya) bersatu dalam perhubungan jarak jauh.



Tajuk : Detektif Bertudung Hitam : Penyiasat Majid
Penulis : Bahruddin Bekri
Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5406-69-0
Tarikh Terbit: 27 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 448


Peti derma Masjid Victoria tidak boleh dibuka kerana nombor kombinasinya entah ke mana. Zahra, gadis pemalu yang suka bertudung hitam diarahkan menyiasatnya. Dibantu dengan rakan-rakannya yang juga pemalu, Zahra perlu berhadapan dengan penduduk Kampung Nabawan Vitoria yang aneh-aneh.

Bukan sahaja perlu menyiasat, Zahra juga perlu bersaing dengan seorang penyiasat yang gemar berpakaian putih. Penyiasat yang sentiasa mendahului Zahra. Namun, tanpa mereka sedari, semua langkah mereka sudah diperhatikan oleh seorang perempuan bertudung biru.

Apa seterusnya yang terjadi kepada Zahra dan rakan-rakannya?

Ini bukan kisah berkenaan itu sahaja. Temui juga Tuan Crocodile, Mawar Astakona Harum Berlima dan L. Jalil dan ramai lagi watak yang akan mengharu birukan hidup Zahra dan rakan-rakannya.




Tajuk : Akukah Cinderella Itu
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5406-18-8
Tarikh Terbit: 30 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 336

Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa puny pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.

Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.

Dia duhambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?

Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!




Tajuk : Qasidah Untuk Kekasih
Penulis : Siti Munirah A. Rashid
Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-18-0
Tarikh Terbit: 30 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 336

Hidup manusia tidak boleh dipisahkan dengan cinta penciptaNya, Zainul Muttaqin mahu membalas cinta tulus itu. Untaian Qasidah basah di bibirnya, didendangkan saban detik dan waktu tanpa jemu. Idea Majlis Miftahul Asywaq mengapung di sana. Bersama sahabat baiknya, Amir Hamzah, mereka menelusuri jalan juang yang tidak mudah. Fitnah, sehingga konflik yang menimpa Habib Hasan dan Saif mengheret mereka untuk merungkai satu persatu masalah sehingga akhirnya, Majlis Miftahul Asywaq terlaksana walau tanpa Zainul Muttaqin hadir bersama.

1 comment:

Dyea said...

Tahniah Rose, Kak Lily n Che Din, Munirah.
moga2 buku2 ni pong turut sukses.