Friday, September 17

Akan Datang daripada Manjlara


Tajuk : Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak
Penulis : Manjlara
Penerbit : Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-46-3
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 20 Sep 2010.

Jodoh itu rahsia AllahAllah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta.
Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.

Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat.

Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

* * *MANJLARA menulis tulus dan indah sekali.* * *
Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.


2 comments:

kaknOOr said...

Tahniah lara....
Lama menunggu kelahiran baby kedua lara....

Dyea said...

Tahniah Kak Lara..
Akhirnyaaa...lama betul menunggu =)