Monday, September 6

Terbaru daripada Buku Prima





Tajuk : Resah Kasih
Pebulis : EINA AFRINA
Harga :RM 19.90
ISBN: 967-978-5489-77-8
M/s :~496 hlm
Tarikh Terbit: 20 Sep 2010


Firda seorang gadis ceria yang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah. Dalam diam, dia terpaut hati pada Zarez yang berkerja di syarikat keluarganya. Kemelut cinta bermula bila mengetahui Lisa juga mencintai lelaki yang sama. Hakikat itu membuat Firda dalam dilema kerana Lisa adalah kakaknya. Lisa berusaha memiliki Zarez membuatkan Firda sentiasa memendam rasa. Hingga akhirnya kasih yang disulam terkubur kerana satu peristiwa. Sebagai wanita bermaruah, Firda nekad menamatkan segala impian. Dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Bertahun berpisah dan akhirnya mereka bertemu kembali. Dalam diam kasih mereka tidak pernah mati. Zarez kembali menagih janji yang pernah mereka lafazkan empat tahun dulu. Sayangnya, luka di hati masih terasa pedihnya. Walau sehebat mana pun lelaki yang datang, pintu hatinya tetap tertutup rapat untuk menerima cinta yang baru. Di saat-saat cinta kembali bertaut, hubungan mereka sekali lagi mendapat halangan. Sedangkan cinta di hati Firda hanya untuk Zarez seorang. Demi cinta Firda rela terluka. Demi kasih Firda terus menunggu. Akhirnya kekuatan cinta telah menyatukan mereka dalam ijab dan kabul. Lantas, bahagiakah mereka melayari bahtera perkahwinan?






Cahaya Cinta
Aishah Abu Hassan
RM 25.90
ISBN: 978-967-5489-78-5
~720 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 20 Sep 2010
Perkahwinan yang bukan atas pilihan hati mengundang penderitaan Anis. Namun begitu, berkat kesabaran dan anak yang dikandungnya telah menguatkan semangat Anis untuk mencintai suaminya, Nizam biarpun lelaki itu tidak pernah membahagiakannya. Kehadiran Rizman, majikan Anis yang kacak dan sentiasa mengambil berat ke atas diri wanita itu telah menggugat perasaannya yang sememangnya dahagakan kasih sayang seorang insan bernama lelaki. Mampukah Anis menahan perasaannya pada Rizman? Adakah Nizam akan berubah menjadi seorang suami yang diimpikan oleh Anis? Cahaya Cinta sebuah kisah yang dapat merungkaikan segala-galanya.






Indahnya Takdir
Syikin Zainal
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-69-3
~480 hlm

Hartini mengharapkan cinta yang seharum mawar putih hadir di dalam hidupnya. Dia dengan setia menunggu cinta itu. Namun penantiannya itu terhenti apabila dirinya terpalit dengan warna kelam lantas dia hanya membiarkan dirinya hanyut di lautan yang tidak bertepi. Sedang Hartini di dalam derita, Hakim hadir menghulurkan dahan untuk Hartini berpaut. Hartini pasrah mencapai dahan itu tanpa mengira kerapuhan dahan yang dihulurkan demi maruah keluarga.
Hartini terpenjara di dalam Istana milik Hakim. Dia terus bertahan demi ayah tercinta. Biarpun perit namun, Hartini percaya akan hadir cinta antara mereka. Namun segala-galanya hanyalah mimpi di siang hari Kehadiran Hakim hanyalah berpaksikan perbohongan semata-mata. Dahan yang dihulur Hakim hanyalah sepotong dahan reput. Hartini kecewa dengan pembohongan Hakim. Kekecewaan ini mengajar Hartini tentang kehidupan. Pemergian si kecil, arwah Qaseh juga membuatkan Hartini bangkit dengan semangat waja untuk menempuh liku-liku hidup dan mencari erti cinta. Akhirnya kehadiran Iskandar Kemel melengkapkan erti cinta milik Hartini. Sedang asyik memadu cinta Hartini di lambung pula ombak duka. Kehadiran Iskandar Kamel membawa bersama kenangan hitam yang telah lama pergi namun masih berparut di hati. Di saat hati Hartini berbunga cinta Iskandar Kamel, Hakim hadir menyirami kasih yang belum pergi. Hakim rasa bersalah setelah mengetahui kata hati Hartini yang sengsara melalui diari simpanan Hartini. Hartini terperangkap antara cinta dan kasih, antara pertama dan terakhir. Hartini pasrah dengan ketentuan Ilahi kerana Hartini percaya seindah mana pun cinta yang hadir tidak dapat menandingi betapa Indahnya Takdir yang telah ditetapkan untuknya. Siapa kita untuk menolak takdir? Siapa pula pilihan Hartini?
Tarikh Terbit: 15 Ogo 2010

No comments: