Showing posts with label Eka Fahara. Show all posts
Showing posts with label Eka Fahara. Show all posts

Thursday, June 6

Novel Baru: Alaf 21 Sdn Bhd

untuk mendapat updates terkini novel-novel terbitan alaf21, boleh terus ke website rasmi alaf21.com.my
 
Sinopsis
Sebaik sedar daripada koma, kehidupan Keyra Adeela menjadi huru-hara. Ironinya dia terlupa tentang hubungannya dengan Hardy Mirzal. Keyra cukup terderanya kerana realitinya dia seorang isteri dan suaminya adalah lelaki itu.

Ingatannya hilang dalam ruang masa enam tahun sebelum itu. Betapa percaturan takdir cukup mengelirukan. Imran Hafiz, lelaki yang pernah diminati suatu ketika dulu muncul semula. Di hatinya mula berputik rasa sayang dan cinta.

Siapa yang sebenarnya bertakhta di hati Keyra? Segalanya kian rumit dan bercelaru. Mampukah memori yang hilang menyinari kembalimenyingkap rahsia antara dia dan Hardy?
 
Sinopsis
HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah sedar diri, tetap bersikap ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa merana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi ‘papan sekeping’. Sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman.

Ketika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul merayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang Senang. Jika diterima, bimbang hatinya dilapah-lapah sampai lumat. Sudahlah begitu, perangainya pula tidak menepati kriteria lelaki idaman. Namun, jangan harap Nazim mahu mengalah. Selagi Haifa tidak berkata “Ya!”, selagi itulah dikejarnya Haifa sampai dapat.

Ketika fikirannya bergelut, Iman ingin kembali padanya. Biarpun sudah beristeri, Iman tetap tidak sedar diri. Jemu dia berkata “Tidak!” tetapi Iman tetap mendesak. Di antara Iman dan Nazim, Haifa jadi buntu. Puas dia lari ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia tersepit di tengah-tengah. Ah! Siapakah yang harus dia pilih?
Sinopsis
Tiba-tiba saja Kamal Hanafi hendak kahwin! Dia nekad mahu menjadi suami terbaik. Sejak pertemuan secara tidak sengaja, puas dia mencari rumah si gadis. Tidak sangka, Sharina si gadis manis itu adik kepada kawan baiknya sendiri.

Tanpa rasa malu, dia meluahkan rasa suka kepada Sharina melalui Hisham. Hisham yang sudah tahu hati budi Kamal, memberi jaminan bahawa adiknya pasti akan hidup bahagia di samping lelaki itu.

Sebagai adik yang taat, Sharina setuju mengikut kehendak abangnya. Namun, terselit juga rasa ingin membalas dendam. Kenal pun tidak, macam mana hendak bertentang mata? Kamal Hanafi harus diuji.

Selepas hidup bersama, ternyata Kamal suami yang baik, tetapi keluarga mertuanya cukup merimaskan. Kerana rasa sayangnya yang tidak ternilai, Sharina sanggup menjadi mangsa keadaan.

“Dalam genggaman rindu, Kamal terus menunggu. Ke bahagiaan yang pernah dikecapi, mungkinkah hadir kembali?”
Sinopsis
Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hatin. Bencinya Dian pada ‘Encik Beruang’ yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.

Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia suka. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps… mana boleh? ‘Cik Singa’ ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.

Sebenarnya, dalam diam Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.

“Abang ni kiranya macam TNB, ya?”
“TNB di hati Dian Qarmila.”
Sinopsis
Antologi Romantika adalah cerita pendek daripada lima orang novelis yang begitu mahir mentafsir makna cinta. Kisah cinta ini digarap dengan indah dan dipenuhi elemen-elemen kasih sayang, pengorbanan, pengertian dan penyesalan. Cinta adalah hak milik setiap insan. Carilah cinta kerana cinta ada di mana-mana.

JIKA ITU MAHUMU- EKA FAHARA
“Mungkin bila kita berjauhan, kita akan lebih menghargai hubungan ini. Jika suatu hari nanti, kita ditakdirkan bertemu kembali, mungkin itu petanda yang kita memang serasi untuk hidup bersama,” ulas Zara sayu.

BULAN MADU DI YARRA VALLEY – IRIS IXORA
“Biarpun saya kehilangan dia, tetapi saya masih punya mama, permata yang akan terus memancarkan cahaya dalam hidup saya. Saya tidak akan tunduk pada kekecewaan ini. Biarlah segala itu berlalu kerana saya akan pastikan semua ini tidak akan berulang kembali. Saya tidak akan jadi tuli dan buta lagi. Pengajaran yang terlalu pahit dan mahal harganya!”

MAWAR TIGA WARNA – PUTERI ANDALAS
“Aku tak berapa suka bau orkid, kekwa atau lili. Aku jatuh hati dengan bunga mawar. Yang merah, yang samar, yang kuning… tiga warna ni yang aku suka. Hmm… mawar lebih wangi dan cantik pada aku.”

API CINTA LANDO – NURASSYI RASHID
Aku selalu berdoa semoga Sephia gadis terakhir yang akan kucintai. Tapi apabila muncul Hanna, hatiku sedikit songsang pada kesetiaan cinta. Beberapa kali aku mengutuk diri sendiri kerana jatuh cinta lagi. Sememangnya, aku bukan lelaki yang setia. Mungkin begitulah lazimnya seorang lelaki. Senang jatuh cinta tanpa memikirkan risiko yang menantinya.

KASIH TERCIPTA UNTUKMU – DAMYA HANNA
“Jujur aku cakap, Hawa! Bayang-bayang Raif ada dalam diri dia. Mungkin sebab tu aku sukakan dia. Tapi, aku tak nak perasaan ni lagi. Aku nak hidup macam biasa. Aku tak nak jadi orang yang tak mampu lupakan kenangan lama. Hawa... kau tolonglah aku! Apa patut aku buat? Kenapa susah sangat aku nak lupakan Raif? Kenapa mesti Fairuz wujud dalam hidup aku dan buatkan aku teringat lagi pasal Raif?”

Friday, October 15

Rinn Reviews: Sayang Sepenuh Hati by Eka Fahara


Sayang Sepenuh Hati
Penulis: Eka Fahara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
sabah/sarawak: 22.90
503 mukasurat


"Bukakan ruang hatimu dengan kalimah cinta kita"



Aku mengikuti buku2 penulis ni dari novelnya yg pertama hingga novel nya yg ketiga. Baru2 ni aku berkesempatan membaca karyanya yg kelima. Aku rasa penulis ini menunjukkan peningkatan positif dalam setiap karyanya. Karya pertamanya, Kabus Kasih, aku rasa ceritanya agak plain dan biasa2 saja. Karya keduanya, Nilai Cintamu, mungkin agak slow di permulaan cerita tetapi towards the end cerita ini sangat menarik. Belaian Jiwa, karya ketiganya memang menarik. Karya ke4nya aku blum sempat nak baca. Karya ke5 ni memang well improved dengan rentak cerita yg tidak dilengah2kan. Start baca memang tak letak dah sehinggalah ke muka surat terakhir novel ini. SSH yg hadir sebagai novel kelima penulis ini adalah sangat bertepatan. Tahniah buat Eka Fahara :)


Tonggak cerita ini adalah Aira. Seorang setia dlm cinta tetapi tunangannya menyemai cinta dgn gadis lain, teman baiknya sendiri. Bila Fauzien (tunangnya) gagal membuat pilihan antara dua, Aira mengambil keputusan memutuskan pertunangan dan kembali ke New Zealand utk menyambung pengajian dan merawat hati yg luka.


Kesetiaannya terasa seperti dipersenda Fauzien. Di New Zealand dia bercampur dgn kelompok yg baru, tidak lagi memencilkan diri seperti dulu. Adin jatuh cinta pandang pertama dgn Aira. Banyak yg dia tidak ketahui tentang Aira tetapi dia cuba memahami walaupun diorang selalu end up bergaduh bila cuba berbual-bual. Nini menjadi pengaman antara mereka. Belum ada ikatan rasmi, Adin sudah mula cemburu. Adin mengambil langkah pertama menawarkan diri utk merawat hati Aira yg pernah terluka. Dia cuba mengubah sikap Aira yg sudah pandai bersuka ria di luar. Cemburunya membuat dia mahu mengikat Aira sebagai isteri walaupun ibu bapa di tanah air tidak mengetahui perhubungan mereka.


Janji Adin pada keluarga di Malaysia utk menjaga saudara sepupunya membuat Adin merasa terikat utk menyelamatkan maruah Suri. Rahsia yg cuba ditutup Adin dan Nini akhirnya terbongkar apabila Suri hadir di hadapan Aira. Hati Aira terluka lagi akibat lelaki lalu membawa diri balik ke Malaysia. Dia tidak lagi terfikir utk menerima kasih lelaki. Sikapnya membuat ibu bapanya bimbang. Kehadiran Adin di rumah mereka pada hari Aira bakal dirisik org lain membuatkan ibu bapa dan adik Aira kehairanan kerana dalam benci Aira melayan Adin kelihatan seperti pasangan yang sedang meleraikan rindu. Aira dan Adin akhirnya kantoi big time dan terpaksa menjelaskan segala-galanya kepada ibu dan bapa Aira.


Rahsia diorang ni terbongkar akibat terkantoi ja. Dengan mak pak heroin pun kantoi ngan mak hero pun kantoi :) tapi macam comel ;)


sure fine whateverr
Rinn


sinopsis/blurb belakang buku:


Kalaulah Aira tahu lidah Fauzien tidak bertulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yg diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci.


Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dgn Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat merpati makan di tangan. Jina, tetapi lari bila ingin dipegang.


Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya termeterailah hubungan suci yg didambakan. Namun kemunculan tiba2 Suri yg mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati.


Andai itu kenyataan yg tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Monday, July 5

Bonus Alaf21 Julai - Eka Fahara


Tajuk : Sayang Sepenuh Hati
Penulis: Eka Fahara
Harga: RM19.90
Halaman: 512

Sinopsis: KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.

Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Tuesday, June 2

Jawapan Yang Pasti - Eka Fahara

Tajuk : Jawapan Yang Pasti
Karya : Eka Fahara
Terbitan : Alaf 21

Sinopsis:

ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

Insyaallah akan berada di pasaran pada bulan Jun ini....Kepada peminat novel, sudilah menatap buah tangan terbaru saya ini ya...(dari blog Eka Fahara)