Sunday, October 31

Terbaru daripada Aisya Sofea


Tajuk : Masih Setia
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf21
Sinopsis:

Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?


***TAWARAN PRACETAK NOVEL AISYA SOFEA, MASIH SETIA!!!
HARGA ISTIMEWA HANYA RM15 (Bagi yg datang sendiri ke Alaf) ATAU RM18 (Secara pos-termasuk kos pos)***

Wednesday, October 27

Fiesta Buku - Alaf 21

Alaf buat fiesta buku. Diskaun up to 30% dan ada tawaran2 menarik dan juga sesi beramah mesra dgn penulis2 pada hujung minggu ni dari 29-31 oktober 2010. jom ramai2.


Saturday, October 23

Akan Datang daripada Aina Emir


Tajuk : Selamat Malam Kekasih

Penulis : Aina Emir

Penerbit : Karnadya

Harga Semenanjung: RM23.90

Harga Sabah/Serawak: RM26.90

ISBN: 978-967-5367-88-5


Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya.


Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.

Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?

Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban.


Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?

Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?


Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.

3 Campur 1 = Satu - Ana Farhana


Tajuk : 3 campur 1 = Satu
Penulis : Ana Farhana
Penerbit : Jemari Seni
ISBN: 978-967-5118-49-4
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)/RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 29 Okt 2010.

“Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat.” ~ Hakimi

I

ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.

“Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku,” rungut Along.

Oit! Kau orang ingat benda senang ke? Susahhh!” omel Khairina.

“Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?” Mata Angah membuntang.

II

“Nah ni gambar adik kami!”

Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!

“Oit! Tenung lama-lama nampak,” Acik berdeham kecil.

Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.

“Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?” soal Hakimi.

III

Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.


***

ANA FARHANA menulis untuk grup ‘muda’ yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan ‘sempoi’. Sekiranya grup ‘tua’ tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah ‘terawet’ Laughing dengan jayanya.


P/s : Comelnye....

Terbaru daripada Buku Prima


Tajuk : Hanya Kau Kusayangi
Penulis : CAHAYA IZZATI
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-86-0
Halaman : 544 hlm


Anis Madiha merupakan seorang pereka laman yang baru berusia 24 tahun. Tapi dia telah pun mempunyai seorang anak lelaki, Aiman yang berusia 6 tahun. Selama dia membesarkan Aiman, dia tak pernah mempedulikan kebahagiaan dirinya. Segala-gala yang dilakukan adalah untuk kepentingan Aiman. Namun, anak yang kian membesar itu memerlukan bimbingan dan kasih sayang seorang lelaki yang boleh dipanggil ayah.

Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan kepada anak kecil itu. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah walaupun Anis Madiha tak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Tengku Aidil Ezzary pula kian sayangkan anak kecil itu seperti dia sayangkan Anis Madiha. Aiman bukan penghalang cintanya. Malah anak kecil itu melengkapkan kebahagiaan dia. Namun, Anis Madiha masih teragak-agak untuk menerimanya. Takut sekiranya lelaki itu hanya bermain kata di bibir sahaja. Takut andainya semua janji yang ditaburkan hanyalah janji kosong.

Tapi, satu demi satu dugaan yang mendatang membuatkan pendirian keras Anis Madiha kian goyah. Lelaki itu mula memberi makna buat dirinya dan anaknya. Dia tega menerima kehadiran lelaki itu. Sedangkan semua dugaan itu bukanlah untuk menyatukan mereka sebaliknya untuk memisahkan mereka. Setelah cinta mulai bersatu, dugaan yang hebat datang menduga lagi. Kini, mampukah Tengku Aidil Ezzary berpegang kepada janjinya untuk tak mengecewakan gadis itu? Dan setiakah Anis Madiha mengubat rindu di hati bila lelaki itu pergi buat seketika? Hanya masa dan kekuatan cinta mereka sahaja yang mampu menjawab segala persoalan itu....



Tajuk : Dintai Rindu
Penulis : Junie Octovian
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-85-3
Halaman :~528 hlm

Ain Zuraidah membesar bersama sepupunya Daniel Ariff. Namun terpisah seketika, dan menjadi rapat semula bila ibu Zuraidah meninggal dunia. Hanya Daniel di sisi tempat dia mengadu. Kehadiran Raja Ahmad Rohaizad sementara cuma kerana jejaka itu panas baran orangnya. Hanya Aaron Zafwan Zulkiflee yang berjaya menambat hati Zuraidah sehingga mereka berjanji untuk mendirikan rumah tangga. Namun takdir tidak menyebelahinya. Perpisahan demi perpisahan, yang tinggal hanyalah Daniel, sepupunya yang dalam diam menaruh hati padanya. Tapi malu untuk menyuarakan hasrat hati kerana dia tidak berpelajaran tinggi. Hanya seorang meka nik biasa. Antara Izad, Aaron Zafwan dan Daniel Ariff. Siapakah pilihan hati Ain Zuraidah Zainal?


Tajuk :Kerana Kasihmu
Penulis : Muhamad Tarmizi Hussin
Harga : RM 25.90
ISBN: 978-967-5489-89-1
Halaman : ~608 hlm

Tanpa kasih sayang ibu bapa, Nur Aryanis dan Badri Alillah ditempatkan di Rumah Barkat. Ketika kecil, mereka akrab seperti adik-beradik. Setelah dewasa masing-masing membawa haluan dalam kehidupan yang penuh pancaroba. Nur Aryanis telah bertemu dengan Shah Aiman yang telah berjaya menambat hatinya. Namun dia kecewa kerana Shah Aiman merupakan lelaki mata keranjang dan sering mempermainkan hati wanita. Dalam keadaan hatinya yang terluka dia membawa diri ke kampung di samping mencari saudara-maranya. Badri Alillah pulang ke kampung halamannya untuk mencungkil kisah kehidupannya yang sebenar. Dia pula baru mengetahui yang dirinya mempunyai seorang adik. Berjayakah Badri Alillah menjejaki adiknya yang terpisah?

Terbaru dari Fajar Pakeer




Tajuk : Ada Yang Lain
Penulis : Ellis Gee & Romibaiduri Zahar
ISBN:978-967-365-029-3 Sem.
Malaysia: RM19.90 Sabah / Sarawak: RM22.90

Nas dan Shazia menjalani kehidupan yang berbeza. Nas memburu lelaki hanya kerana ingin makan percuma. Berbekalkan badan yang seksi, ditambah pula dengan sokongan kawan baiknya, Suzi, pemburuan mereka berhasil. Shazia pula menganggap wanita berusia 30 tahun sepertinya kehilangan hak untuk memilih. Jadi dia meneruskan hubungan dengan Haikal, lelaki ideal yang secocok dengan jiwanya, biarpun terpaksa bersaing dengan isteri Haikal. Kantoi! Itulah kegagalan pertama Nas dan Suzi apabila kehadiran mereka ke sebuah majlis perkahwinan dihidu. Sempena Piala Dunia 2010, pemburuan mereka beralih ke kedai mamak. Kemudiannya ke Gim Sentiasa Sihat. Kerana di situlah terdapatnya mangsa yang berdompet sihat. Fikri yang merupakan salah seorang mangsa jatuh cinta kepada Nas. Cinta Fikri ditolak bulat-bulat. Mengapa? Tidakkah Nas juga ingin menamatkan zaman bujangnya? Zaharah disahkan mengandung. Semuanya berubah untuk Shazia. Harapan untuk bergelar isteri kepada Haikal amat tipis. Ditambah pula dengan sikap Haikal yang semakin dingin. Shazia tetap mencuba, namun hubungan yang lebih banyak mengundang keperitan dalam hati membuatkan Shazia cenderung menghabiskan masa melayari internet dan mengisi blog sehinggalah dia berkenalan dengan CYL. Siapakah sebenarnya CYL? Dan Aman, lelaki itu, kenapa begitu mahu mendekatinya?





Tajuk : Jiranku Kekasiku
Penulis : Lysa Allysa
SBN:978-967-365-025-5
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah / Sarawak: RM25.90


Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini



Wednesday, October 20

Kucc Reviews: TuHan Masih MencinTaiku...


Resensi Saya:

Tema & Mesej;
Sekuel Mencari Cinta Tuhan ini menjurus pada persoalan kemanusiaan sejagat yang sentiasa melingkari kehidupan. Pasang surut, naik turun carta diri adalah lumrah dunia. Berada dipuncak suatu ketika lalu dipuja dan saat tersungkur dipinggir itu hukum alam ciptaan manusia rakus. Dipersembahkan dengan begitu baik demi membawa mesej indah ini kepada khalayak pembaca.

Perwatakan;
Azrul Rasyid nadi pada Tuhan Masih Mencintaiku. Perubahan diri yang berputar 360 darjah dari kedudukan asal; persoalan sikap dan peribadinya yang tiba-tiba bagai dihembus bayu firdausi mengejutkan seisi pejabat dipotretkan dengan sebaiknya oleh penulis. Namun berhijrah dari kelaziman yang jahil kepada sesuatu yang baru, segar dan lebih putih tidak akan semudah yang disangkakan. Perwatakan Azrul yang mengalami tranformasi diri ini sebaiknya dilayarkan penulis demi menyampaikan mesejnya pada seisi pembaca. Saat mengetahui siapa diri yang sebenar bila terbongkar kisah silam penuh hitam keluarga dipenakan dengan baik oleh penulis. Kita bagai boleh merasakan perasaan hati juga cetusan naluri Azrul dan ibunya saat berdepan kebenaran ini tersingkap juga tohmahan masyarakat sekeliling.

Khalida Atikah yang selamba! saya sukakan cara wataknya dipenakan penulis. Sikap lurusnya, tulus hatinya yang polos, tanpa secubit curiga malah kelam kabutnya yang melucukan dipotretkan dengan cemerlang oleh penulis.

Antagonis Azee dan cik Latifah yang kembali tidak begitu menggugat pada naskhah kali ini. Bagi saya, Cik Latifah lebih cemerlang pada Mencari Cinta Tuhan.

Gaya Bahasa;
Penerapan dan pengaplikasian lenggok bahasa pertuturan harian dengan kemasukan terma-terma moden pad dialog-dialog tertentu yang diterapkan penulis bersesuaian dengan jalan juga latar cerita. Gaya bersahaja yang digunakan begitu kena dan menangkap!

Plot;
Kaedah kronologi yang menguasai hampir seratus peratus perjalanan juga persembahan cerita. Persembahan dari satu bab ke bab yang lain dijalin dengan baik dan pembaca saya kira lancar tanpa sebarang gangguan yang boleh memjejaskan mood pembaca.

Buat penulis, tahniah untuk sebuah sekuel yang sangat indah dari penaan anda. Dari Azrul dan Khalida anda menyalurkan sebuah mesej sejagat yang begitu dekat dalam kehidupan seharian. Azrul dan Khalida lambang ujian juga anugerah Dia pada
hamba-Nya yang sabar dan beriman.

Rinn Reviews: Sesuci Kasih Seorang Isteri by Dzie Tyea


Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis: Dzie Tyea
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan Pertama 2010
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
598 mukasurat


"Kita cuma mampu merancang,
Dia jualah yang menentukan segala-galanya..."


Sebenarnya aku terkedu dengan isu yg diketengahkan penulis ini berkaitan poligami yg berlaku di antara Zikri, Alishah dan Sofea. Pendekatan begini mungkin kita takkan jumpa dalam tipikal kisah2 genre begini dalam novel lain. Ini bukan sahaja cerita kawin paksa, tetapi juga kisah bagaimana watak hero cerita ini tersepit dlm menghadapi situasi begitu. Dia dengan rasa serba salah dan keterpaksaan itu tidak dapat ditolaknya.


Aku kagum dgn cara penulis menyulam kisah golongan pemeras di Turki yg berkait rapat dgn mengapa Zikri terpaksa berkahwin lagi walaupun dia cukup bahagia beristerikan Alishah yg merupakan pilihan ibunya.


Zikri tersepit antara kemahuan hati sendiri dan keselamatan keluarga abg kandungnya di Turki yg menjadi mangsa ancaman ala2 along pemberi pinjaman dan pemeras di sana. Demi menyelamatkan nyawa abgnya sekeluarga, dia menerima Sofea sbg isteri keduanya.


Heran jugak bagaimana Khaleed Mashur yg hebat dgn kekuasaan dunia gelap dia tu boleh biarkan puteri kesayangannya menjadi isteri kedua kepada lelaki melayu yg tidak dikenalinya semata2 kerana puterinya, Sofea berkenan sangat dgn Zikri yg budiman. Sofea mungkin tidak tahu yg ayahnya menggunakan kekerasan yg amat kejam utk menjadikan Zikri sbg suami Sofea malah memeras ugut Zikri dgn menyiksa anak saudara Zikri semata2 mahukan Zikri menyentuh Sofea dan menjadikannya isteri dalam erti kata sebenar.


Sofea tahu tentang kewujudan Alishah dan Zikri tidak mahu Alishah tahu kedudukan Sofea dlm hidupnya kerana dia tahu Alishah tidak suka dimadukan. Keterpaksaan bertukar menjadi tanggungjawab walaupun dia amat berat sebelah dalam memberi keadilan kepada Sofea kerana dia lebih sayangkan Alishah yg mempunyai ciri2 isteri sejati dan muslimah. Sofea juga mempunyai kelembutan tersendiri sbg isteri yg baik walaupun pada mulanya perwatakannya seperti tidak stabil.


Isu ni mungkin terlalu berat bagi mereka yg sukakan kisah kontemporari yg lebih jiwa-jiwa. Bagaimanapun, bagi yg mencari 'rasa' yg berlainan, mungkin cerita ini mampu memberi rasa segar.


Tahniah buat penulis.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Isha... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya utk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.


Sofea... hadirmu bukan pintaku. Tetapi mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? siapa aku sebenarnya padamu?


SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorg suami yg berhadapan dgn dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yg bisa menyentuh perasaan anda.

Tuesday, October 19

November ini dari Kaki Novel Enterprise



DOSA SEMALAM – ADILLA TASHA

SEMENANJUNG: RM 19
SABAH/SARAWAK: RM 22
ISBN: 978-967-5067-50-1


Kutinggalkan semalam yang hilang, akan kudakap hari mendatang….

Sinopsis:-
Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.
Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.
Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?
Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….

------





PENJARA RINDU – NIA ARISSA

SEMENANJUNG: RM 21
SABAH/SARAWAK: RM 24
ISBN: 978-967-5067-60-0


Biarlah aku bebas mencintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi….


Sinopsis:-

Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?
-------------

Friday, October 15

Rinn Reviews: Sayang Sepenuh Hati by Eka Fahara


Sayang Sepenuh Hati
Penulis: Eka Fahara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
sabah/sarawak: 22.90
503 mukasurat


"Bukakan ruang hatimu dengan kalimah cinta kita"



Aku mengikuti buku2 penulis ni dari novelnya yg pertama hingga novel nya yg ketiga. Baru2 ni aku berkesempatan membaca karyanya yg kelima. Aku rasa penulis ini menunjukkan peningkatan positif dalam setiap karyanya. Karya pertamanya, Kabus Kasih, aku rasa ceritanya agak plain dan biasa2 saja. Karya keduanya, Nilai Cintamu, mungkin agak slow di permulaan cerita tetapi towards the end cerita ini sangat menarik. Belaian Jiwa, karya ketiganya memang menarik. Karya ke4nya aku blum sempat nak baca. Karya ke5 ni memang well improved dengan rentak cerita yg tidak dilengah2kan. Start baca memang tak letak dah sehinggalah ke muka surat terakhir novel ini. SSH yg hadir sebagai novel kelima penulis ini adalah sangat bertepatan. Tahniah buat Eka Fahara :)


Tonggak cerita ini adalah Aira. Seorang setia dlm cinta tetapi tunangannya menyemai cinta dgn gadis lain, teman baiknya sendiri. Bila Fauzien (tunangnya) gagal membuat pilihan antara dua, Aira mengambil keputusan memutuskan pertunangan dan kembali ke New Zealand utk menyambung pengajian dan merawat hati yg luka.


Kesetiaannya terasa seperti dipersenda Fauzien. Di New Zealand dia bercampur dgn kelompok yg baru, tidak lagi memencilkan diri seperti dulu. Adin jatuh cinta pandang pertama dgn Aira. Banyak yg dia tidak ketahui tentang Aira tetapi dia cuba memahami walaupun diorang selalu end up bergaduh bila cuba berbual-bual. Nini menjadi pengaman antara mereka. Belum ada ikatan rasmi, Adin sudah mula cemburu. Adin mengambil langkah pertama menawarkan diri utk merawat hati Aira yg pernah terluka. Dia cuba mengubah sikap Aira yg sudah pandai bersuka ria di luar. Cemburunya membuat dia mahu mengikat Aira sebagai isteri walaupun ibu bapa di tanah air tidak mengetahui perhubungan mereka.


Janji Adin pada keluarga di Malaysia utk menjaga saudara sepupunya membuat Adin merasa terikat utk menyelamatkan maruah Suri. Rahsia yg cuba ditutup Adin dan Nini akhirnya terbongkar apabila Suri hadir di hadapan Aira. Hati Aira terluka lagi akibat lelaki lalu membawa diri balik ke Malaysia. Dia tidak lagi terfikir utk menerima kasih lelaki. Sikapnya membuat ibu bapanya bimbang. Kehadiran Adin di rumah mereka pada hari Aira bakal dirisik org lain membuatkan ibu bapa dan adik Aira kehairanan kerana dalam benci Aira melayan Adin kelihatan seperti pasangan yang sedang meleraikan rindu. Aira dan Adin akhirnya kantoi big time dan terpaksa menjelaskan segala-galanya kepada ibu dan bapa Aira.


Rahsia diorang ni terbongkar akibat terkantoi ja. Dengan mak pak heroin pun kantoi ngan mak hero pun kantoi :) tapi macam comel ;)


sure fine whateverr
Rinn


sinopsis/blurb belakang buku:


Kalaulah Aira tahu lidah Fauzien tidak bertulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yg diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci.


Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dgn Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat merpati makan di tangan. Jina, tetapi lari bila ingin dipegang.


Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya termeterailah hubungan suci yg didambakan. Namun kemunculan tiba2 Suri yg mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati.


Andai itu kenyataan yg tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Rinn Reviews: Kau Milikku by Aisha Hamza


Kau Milikku
Penulis: Aisha Hamza
Cetakan pertama 2010
Terbitan Kaki Novel
RM23.00
sabah/sarawak RM26.00
9789675067549
702 mukasurat


"Dahulu kita seteru, tetapi kini kau milikku..."


Bagi peminat kisah2 kawin paksa, tentu tak lepaskan peluang membaca novel setebal 702 muka surat ni. walaupun banyak naskah dengan tema seperti ini, penulis berani mengenengahkan tema popular ini dengan idea ceritanya sendiri. Sebab diorang bernikah tu adalah sebab yg agak klise digunakan dalam hampir semua cerita kahwin paksa. Bagi yg mencari kelainan mungkin akan mengeluh sedikit la dengan tema stereotype begini. Tetapi penulis tetap cuba merencahkan cerita dengan caranya yg tersendiri. Mungkin kita dapat mengingati dan membezakan kisah ni dengan kisah2 kahwin paksa yang lain?


Dizyan dan Faizal sudah saling mengenali sejak zaman skolah. Di awal2 cerita Dizyan terang-terangan mengaku dia sukakan Faizal. Dia kelihatan mudah dibuli tetapi berani melawan. Perwatakannya selepas itu menjadi seorang yg membalas sabotaj yg dibuat Faizal and the geng. Aneeq memang sangat mengjengkelkan. Dia kelihatan paling kuat melobi Faizal supaya membuli Dizyan habis habisan.


Dizyan jenis comel. muka lawa tapi badan gempal. tapi dia tak terlepas menjadi bahan ejekan Faizal dan makwenya, Ku Zhety. Dizyan memang bagi serangan balas kat kedua2 mereka. Aneeq tak kena lah pulak. Di hari terakhir persekolahan/peperiksaan Faizal cuba menganiaya Dizyan tapi end up jadi betul2 dan dia yg terpaksa menyelamatkan Dizyan. Kemudian mereka terpisah selama 3 tahun.


Ketika melanjutkan pelajaran ke Australia, Dizyan bertembung semula dgn Aneeq tetapi Aneeq kelihatan sangat berbeza dari zaman persekolahan. Aneeq dgn sabar cuba mencuri hati Dizyan. tetapi peristiwa hitam telah menimbulkan kekeliruan di hati Dizyan. Aneeq dianiaya tetapi dizyan turut menjadi mangsa.


Selepas menamatkan pengajian Dizyan tidak mahu bekerja dgn ayahnya yg merupakan seorg peguam yg sangat terkenal di Malaysia. Dizyan tidak pernah bermegah-megah dgn populariti bapanya. Tak ramai yg tahu Dizyan tu anak somebody. Berbeza dgn Faizal dan ku Zhethy yg berbangga dgn gelaran dan kekayaan.


Dizyan end up di syarikat yg sama dgn Faizal dan Aneeq. Bagi aku peristiwa Dizyan dgn Aneeq dan Dizyan dgn Faizal sudah cukup utk mencalar maruah Dizyan, tapi Dizyan spt tak serik dan menerima utk bekerja di bawah Faizal malah menandatangani kontrak kerja yg betul2 memerah tenaga. Rupa2nya Dizyan tak ditempatkan di pejabat, tetapi ditempatkan di rumah Faizal sbg org gaji. Faizal belum puas utk membalas dendam terhadap Dizyan. Dendam yg bermula hanya kerana dia suka mengejek perempuan gempal yg jatuh hati padanya.


Dizyan kena buli lagi. Macam2 kerja rumah yg dia kena buat sedangkan di rumah sendiri pun dia tak serajin atau sesibuk itu. Suatu hari mereka tertangkap basah ketika hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Keluarga mereka berbincang dan mencapai kata sepakat supaya menikahkan mereka demi menyelamatkan maruah keluarga. Kedua2 mereka adalah dari keluarga yg amat disegani.


Mula2 tu mak Faizal pun mcm tak bekenan dgn Dizyan, tapi lama2 Dizyan lah yg jadi peneman dan penghibur hatinya. Faizal dipaksa ayahnya supaya mengambil Dizyan sbg setiausahanya di pejabat. Ku Zhety masih lagi berhubung rapat dgn Faizal walaupun Faizal awal2 lagi dah tegaskan dia taknak Zhety meletakkan sebarang harapan dalam hubungan mereka. dia cuma gembira di dampingi wanita cantik.


Tanpa sedar Faizal sebenarnya selalu cemburu dan bimbang akan keselamatan Dizyan. Lama-kelamaan sikapnya itu semakin terserlah sehingga dia sendiri keliru dgn tindakannya. Ketika dia sudah mula menyemai kasih terhadap Dizyan, dia menerima gambar2 Dizyan dgn Aneeq dlm keadaan memalukan. Dia meniduri Dizyan lalu menceraikannya.


Aneeq sanggup menerima Dizyan kerana kasihnya pada Dizyan sangat ikhlas tetapi Dizyan menolak kerana masih menyayangi Faizal. Aneeq menceritakan perihal sebenar tentang peristiwa di sebalik gambar2 memalukan itu. Aneeq dianiaya Rohan kerana kes cemburu dan Dizyan terlibat kerana rapat dgn Aneeq. Rohan kenal Faizal? kenapa masa mula2 rohan dok sebar gambar2 Aneeq ngan Dizyan kat semua org Faizal tak pernah dapat gambar2 tu?


Dizyan membawa diri ke Australia utk menyambung pelajaran. Faizal pulak tak mencari Dizyan kerana menyangka dia sedang bahagia bersama Aneeq.


Dizyan kembali ke Malaysia dan kini bergelar pensyarah yg dikenali sbg Miss Hana. Dengan bantuan Liyana, adik sepupunya, Faizal cuba mencuri hati Dizyan sekali lagi :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:

Dizyan Farhana, seorg gadis yg mempunyai paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yg gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yg dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.


Lapan tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yg masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sbg pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yg mendesak mereka bersatu sbg suami isteri. Adakah penyatuan mereka sbg suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yg terjalin sedari mereka kecil lagi?


Adakah wujudnya Ku Zhety sbg 'kekasih' faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yg terjadi kepada dizyan menghalanghati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yg dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dgn cemburu dan egonya, Dizyan dgn sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yg sempurna?

Tuesday, October 12

NB Kara: ...Hujan Pun Menari... & Harga Cinta


ini dia novel terbaru dari novelist Norhayati Berahim :)
Bagi yang berminat nak dapatkan novel ni terus dari NB Kara, boleh emel ke surayacob@gmail.com
Boleh order sekarang, kos penghantaran percuma dan dapat tandatangan eksklusif dari Norhayati Berahim :) emel ke surayacob@gmail.com utk maklumat lanjut ;)


Tajuk: ...Hujan Pun Menari...
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan : NB Kara
Cetakan Pertama 2010
RM29.50
sabah/sarawak: RM32.50
893 mukasurat

"Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya..."


Blurb-
Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulong, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu.
Kehidupan perlu diteruskan.


Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan… Ketika gelap, ketika cahaya suram…
Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari…
Qurban… lelaki itu tetap di sisi.

---------------



novel ni pun boleh order online. Kos penghantaran pos laju adalah percuma. boleh emel surayacob@gmail.com utk pesanan :)

Tajuk: Harga Cinta
Penulis: Kusyi Hirdan
Penerbit: NB Kara
RM21.90
Sabah/Sarawak RM24.90


"Cinta itu terlalu besar nilainya"

Blurb -

Melayari hidup sebagai anak kesayangan keluarga, tak selalunya ditemani keindahan. Ada ketikanya, igauan ngeri menjadi santapan mimpi. Mendapat tahu diri adalah anak angkat, sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Apatah lagi diri dipaksa menerima abang angkat yang telah dianggap sebagai abang sendiri untuk menjadi suami. Diri terbelenggu dengan budi, hati pula terhimpit dengan impian membina hidup sendiri.


Tekanan demi tekanan yang diterimanya memaksa Aida menjauhi keluarga angkatnya demi membina hidup yang belum pasti. Beriltizam membina hidup yang dilimpahi sejalur pelangi, dia ditemukan dengan seorang lelaki yang begitu mendambakan kasihnya. Namun baginya dia hanya akan membina mahligai impian setelah berjumpa dengan lelaki yang mempunyai semua sifat dan perlakuan seperti abang angkatnya tanpa menyedari sebenarnya mereka sama-sama saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.


Laluan untuk hidup bersama bukan semudah mengucapkan ‘aku cinta padamu’. Tembok hati yang mereka cipta amat kukuh sehingga tidak memungkinkan salah seorang mengintai di sebalik tembok yang satu lagi. Tiada siapa yang bisa mengoyak takdir jika itu yang telah tersurat untuk diri masing-masing...

Friday, October 8

Rinn Reviews: Yuda Di Padang Maya by Xarine


Yuda di Padang Maya
Penulis Xarine
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
496 mukasurat
ISBN: 978-967-5118-36-4


Rasa mcm dah lama tak baca buku sains fiksyen. Bg org macam aku yg tak brapa baca kisah seram atau sains fiksyen mungkin tak pandang sangat buku ni. Tapi once started aku tak boleh stop. Kisahnya dlm rentak laju dan tak der slow down slow down. Once dh baca kita akan teruja nak tau ke mana hala tuju cerita ni, di mana penghujungnya.


Kisah ini tentang Azmi. Remaja lepasan spm yg menyambung pelajaran ke USM. takdirnya menunggu di situ. Setibanya di sana pengalaman penuh adventure menantinya. Sebelum ini pun hidupnya ada adventure yg tersendiri. Dia ada seorg 'teman' misteri yg membantunya menyelesaikan misteri2 kehilangan orang atau barang. Tetapi di USM, temannya itu seperti menghilangkan diri. Sebelum ni Azmi tak penah 'memanggil' 'teman'nya itu, 'teman'nya itu akan datang sendiri memberitahu perkara2 yg orang lain tak tahu. Tetapi kali ini apabila diseru pun 'teman'nya itu tidak muncul.


USM juga menemukan Azmi dgn Amsyar, Zamsari dan Riduan. Tiga sahabat yg akrab yg semakin menyenangi Azmi. Tiga sahabat yg baru menyewa di sebuah rumah lama rupa2nya turut menjejakkan kaki ke situasi yg tidak pernah terjangkau dek akal. Bermula dgn kejadian Riduan dirasuk, saat2 selepas itu menjadi sangat mendebarkan dan menyeramkan.


Azmi yg semakin menyenangi Balqis turut cuba membantu Balqis mencari ibunya, Mastura yg diculik, kebetulan pula selari dgn misteri yg menimpa tiga sahabat. Arissa sibuta yg ada 'peneman' juga mebuat kita bertambah seram, tambah2 pula si Azmi boleh nampak rupa 'peneman' Arissa. Arissa kata kalau dia nampak penemannya tu seorg yg jelita, maksudnya 'dia' suka Azmi. Taktau la kalau tak suka dia jadi rupa apa. tak nak fikir. hehe. Bukan sebarang org yg menculik Mastura. Org yg sahabatnya adalah jin dan roh mastura telah dibawa pergi ke alam jin.


Sebenarnya Mastura ni roh kandungannya pernah diculik jin suatu masa dahulu dan roh anaknya masuk ke tubuh puteri di alam jin yg sekrg sudah menjangkau umur 17thn. Sifat semulajadi manusia dlm diri Puteri Silfia membuat dia penuh dgn rasa ingin tahu. Dia melintas ke dunia jin mencari Azmi dan 'teman'nya. Dia menyamar sbg Balqis dan berhubung dgn Azmi. Perkenalan singkat mereka menimbulkan perasaan terlarang antara manusia dan jin.


Semasa merancang utk memasuki dunia paralel jin, Azmi terlebih dahulu diculik masuk ke Naruka dan roh nya dimasukkan dlm tubuh spesis ciptaan jin yg akan jadi lebih hebat apabila didiami roh manusia. minda kemanusiaan Azmi semakin ditelan nafsu jin.


Tiga sahabat yg takut2 berani akhirnya bersetuju melawan hukum alam masuk ke alam jin demi menyelamatkan dua roh manusia yg terperangkap di sana. tubuh yg dihuni amsyar dan riduan sangat jelik dan hodoh manakala Zamsari masuk ke tubuh jin yg paling hensem sekali. seronok la Zamsari yg selama ini tak der la hensem sangat akhirnya dpt merasa jadi hensem dan dua sahabatnya yg kacak jadi sangat hodoh.


Kehadiran mereka sebenarnya amat diperlukan di alam jin utk membantu askar2 jin Islam memenangi sebuah peperangan jin. Mereka bertiga sebenarnya ada power yg sgt hebat tapi mereka sendiri tidak tahu mcm mana nak menggunakannya. Pak Yusuf seorg jin tua yg penuh ilmu berjaya memotivasikan mereka utk membantu. Mereka bukan saja membantu askar jin Islam malah mereka juga dapat membebaskan roh Azmi.


sejujurnya aku lebih suka cerita ni sebelum diorang masuk ke alam jin. ceritanya lebih menusuk kalbu dan terasa sgt real.


biler masuk ke alam jin tu mmg la byk benda yg science fiksyen tetapi cara Xarine menjelaskan mistik itu dgn menggunakan fakta sains membuat kita faham dgn logik dunia jin ciptaannya. hmm buat aku teringat kat Dana Scully yg selalu mengeluarkan fakta sains apabila berdepan dengan kejadian mistik.


aku teringin nak baca cara amsyar yg dijadikan puppet oleh alex utk membunuh halim di alam jin. bagaimana caranya? sedar2 jer kepala halim dah tergolek di tanah.


kisah alex dan arissa pun tidak diceritakan sepenuhnya. yg kita tahu arissa buta kerana mempertahankan alex.


gambaran rupa makhluk2 di alam jin diceritakan xarine dgn vivid sekali tapi bayangan yg muncul dlm kepala aku adalah watak2 yg penah aku tengok dlm citer2 science fiksyen. mungkin sbb minda aku ni tak creative sangat hehe. bentuk2 fizikal watak byk mengingatkan aku kepada watak2 dlm starwars, lord of the rings dan hitch hiker's guide to the galaxy. Mgkin sebab ada watak2 yg aku cam dan kenal tu yg membuat pembacaan aku jadi fun.


aku bukanlah penggemar novel science fiksyen tapi aku sangat suka filem science fiction. watak pak yusuf tu macam lawak la pulak. bila aku membayangkan wajah pak yusuf mesti kuar wajah Yoda (master jedi dlm starwars) mixed dgn sastrawan negara pak A Samad Said. Cara penceritaan Xarine spt menggalakkan aku membayangkan apa yg diceritanya dan rupa watak ciptaannya. Sangat tidak boring bila melayan novel ini. Kisah di alam jin tak seram langsung tetapi kisah sebelum masuk ke alam jin tu sangat2 menyeramkan.


Kadang2 bila fikir balik, apa fungsi Amsyar, Zamsari dan Riduan? mgkin semata2 utk mengalahkan Halim yg semakin powerful di alam jin. tupun hanya setelah dijadikan puppet oleh Alex, barulah dpt mengalahkan Halim.


Azmi? diorg tak diperlukan utk menyelamatkan Azmi dari terus menjadi Oggur yg ganas, Silfia handled it well. Cerita ini serius, selitan dialog atau adegan komedi secara tiba2 kadang2 kelihatan janggal tapi berjaya membuat pembaca ketawa. Novel yg memerlukan konsentrasi tinggi utk betul2 berada dlm dunia Yuda di Padang Maya. Kalau dlm novel biasa dia sebut Seremban atau Ipoh, kita tau la agak kat mana, ni kalau dia sebut Tranta atau Naruka, kita kena selak peta la yg Xarine sertakan dlm novel ni :)


Suatu masa dulu aku susah nak bayangkan ada jin yg baik sbb aku dari kecik asyik dengar 'sebaik baik jin adalah sejahat-jahat manusia', petikan sebuah hadis dhaif yg tidak berbukti kebenarannya. Bila dah pandai pakai otak dan menghayati ayat al-Quran maka percayalah jin tu wujud dan Allah pernah berfirman dalam surah al-Dzariyaat, ayat 56:"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".


kita tak tau rupa alam jin tu macam mana tapi Xarine mempunyai cara tersendiri membayangkannya dan menzahirkannya dalam bentuk sci-fi yang menarik. tahniah buat penulis :)


sure fine whatever
rinn


... tiada manusia yang berseorangan ...

Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil.

“Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil.

Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta?

Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu?

* * *

Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE!

Thursday, October 7

ALAF 21-TRIONOVEL OKTOBER

Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Angela Engkuab
ISBN: 978-983-124-603-0

Sinopsis: Tiada siapa tahu Intan mempunyai seorang anak bernama Nur Ain. Kala rahsia¬ ter-bongkar, Iskandar sanggup memutuskan hubungan cinta kerana tidak dapat menerima keadaan Intan itu. Kerana Nur Ain juga, dia difitnah.

Tetapi tidak bagi Darul. Dia memandang Intan sebagai wanita yang paling sempurna di hatinya dan mahu menjadi penyeri hidup Intan walau ditentang ibu sendiri. Namun, dia tidak menyenangi hubungan akrab Intan bersama Ray, ayah kandung Nur Ain.

Emylia pula sudah begitu lama memendam perasaan cinta terhadap Darul. Dia sang-gup lakukan apa saja agar lelaki itu berpisah dengan Intan. Intan kalah dengan emos-inya yang diperalat oleh Emylia, menyebabkan dia ingin melupakan cinta Darul.

Lamaran Ray membuatkan Intan mula memikirkan masa depan Nur Ain dan keluar-ganya. Menerima Ray sebagai suami akan menutup fitnah yang dilemparkan kepadanya. Namun, adakah pilihan itu yang terbaik? Yang membuatkan dia bahagia? Mungkin dia perlu berkorban lagi seperti lilin yang membakar diri.


Harga: RM19.90
Halaman: 512

Penulis: Intan Arnida
ISBN: 978-983-124-600-9

Sinopsis: HATI perempuan mana yang tidak mahu diulit kebahagiaan? Hidup dalam ketenangan, disayangi insan bergelar ayah dan mendapat pedoman daripada insan bergelar kekasih. Namun itu semua tidak dirasai oleh LINETTE alias Lina Az-Zahra. Gadis malang yang kematian ayah itu hidup dalam penderitaan di Vila Sir Dernard. Menjadi mangsa herdikan sepupu sendiri dan yang lebih sakit bila dia menjadi mangsa rakus nafsu seorang lelaki durjana.

Benci! Sememangnya dia benci hidup begini lantaran dirinya sudah tidak suci lagi, sedangkan pada masa yang sama dia menjadi pujaan Syed Firqan Alam. Hati terdetik… sudikah jejaka itu menerimanya bila mendapat tahu keadaan sebenar dirinya? Akhirnya, dia nekad untuk mendiamkan diri. Biarlah Syed Firqan Alam mencarinya sehingga lelaki itu berputus asa dan melupainya.

Namun tidak bagi Syed Firqan Alam. Dia mencari dan terus mencari gadis yang dicintai itu sehingga sanggup merentas Laut China Selatan. Janji untuk mengahwini Lina Az-Zahra harus ditunaikan biarpun dia mendapat tentangan daripada keluarga. Tapi, di mana Lina? Adakah Lina sudah lupa janji mereka? Ah, Syed Firqan Alam tidak tega berpisah dengan gadis itu!


Harga: RM19.90
Halaman: 496
Penulis: Lily Suriani
ISBN: 978-983-124-599-6

Sinopsis: NAMANYA Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorang lelaki yang begitu tegar melukai.

Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya. Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin hari semakin usang.

“Ayah...hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah aku.”

Sunday, October 3

October'10 Dari Jemari Seni

ISBN: 978-967-5118-48-7
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 13 Okt 2010.

Tiga buah ceritera dalam sebuah

WARNA

Warna I – Nazurah Aishah

Bukan Dipaksa

kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh

Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa

Hikari Ainori

the love ride of hikari

Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.

Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.

Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz

Karamel

karamel itu benda hangus yang sedap

Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.

“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.

Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?