Saturday, October 23

Terbaru daripada Buku Prima


Tajuk : Hanya Kau Kusayangi
Penulis : CAHAYA IZZATI
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-86-0
Halaman : 544 hlm


Anis Madiha merupakan seorang pereka laman yang baru berusia 24 tahun. Tapi dia telah pun mempunyai seorang anak lelaki, Aiman yang berusia 6 tahun. Selama dia membesarkan Aiman, dia tak pernah mempedulikan kebahagiaan dirinya. Segala-gala yang dilakukan adalah untuk kepentingan Aiman. Namun, anak yang kian membesar itu memerlukan bimbingan dan kasih sayang seorang lelaki yang boleh dipanggil ayah.

Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan kepada anak kecil itu. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah walaupun Anis Madiha tak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Tengku Aidil Ezzary pula kian sayangkan anak kecil itu seperti dia sayangkan Anis Madiha. Aiman bukan penghalang cintanya. Malah anak kecil itu melengkapkan kebahagiaan dia. Namun, Anis Madiha masih teragak-agak untuk menerimanya. Takut sekiranya lelaki itu hanya bermain kata di bibir sahaja. Takut andainya semua janji yang ditaburkan hanyalah janji kosong.

Tapi, satu demi satu dugaan yang mendatang membuatkan pendirian keras Anis Madiha kian goyah. Lelaki itu mula memberi makna buat dirinya dan anaknya. Dia tega menerima kehadiran lelaki itu. Sedangkan semua dugaan itu bukanlah untuk menyatukan mereka sebaliknya untuk memisahkan mereka. Setelah cinta mulai bersatu, dugaan yang hebat datang menduga lagi. Kini, mampukah Tengku Aidil Ezzary berpegang kepada janjinya untuk tak mengecewakan gadis itu? Dan setiakah Anis Madiha mengubat rindu di hati bila lelaki itu pergi buat seketika? Hanya masa dan kekuatan cinta mereka sahaja yang mampu menjawab segala persoalan itu....



Tajuk : Dintai Rindu
Penulis : Junie Octovian
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-85-3
Halaman :~528 hlm

Ain Zuraidah membesar bersama sepupunya Daniel Ariff. Namun terpisah seketika, dan menjadi rapat semula bila ibu Zuraidah meninggal dunia. Hanya Daniel di sisi tempat dia mengadu. Kehadiran Raja Ahmad Rohaizad sementara cuma kerana jejaka itu panas baran orangnya. Hanya Aaron Zafwan Zulkiflee yang berjaya menambat hati Zuraidah sehingga mereka berjanji untuk mendirikan rumah tangga. Namun takdir tidak menyebelahinya. Perpisahan demi perpisahan, yang tinggal hanyalah Daniel, sepupunya yang dalam diam menaruh hati padanya. Tapi malu untuk menyuarakan hasrat hati kerana dia tidak berpelajaran tinggi. Hanya seorang meka nik biasa. Antara Izad, Aaron Zafwan dan Daniel Ariff. Siapakah pilihan hati Ain Zuraidah Zainal?


Tajuk :Kerana Kasihmu
Penulis : Muhamad Tarmizi Hussin
Harga : RM 25.90
ISBN: 978-967-5489-89-1
Halaman : ~608 hlm

Tanpa kasih sayang ibu bapa, Nur Aryanis dan Badri Alillah ditempatkan di Rumah Barkat. Ketika kecil, mereka akrab seperti adik-beradik. Setelah dewasa masing-masing membawa haluan dalam kehidupan yang penuh pancaroba. Nur Aryanis telah bertemu dengan Shah Aiman yang telah berjaya menambat hatinya. Namun dia kecewa kerana Shah Aiman merupakan lelaki mata keranjang dan sering mempermainkan hati wanita. Dalam keadaan hatinya yang terluka dia membawa diri ke kampung di samping mencari saudara-maranya. Badri Alillah pulang ke kampung halamannya untuk mencungkil kisah kehidupannya yang sebenar. Dia pula baru mengetahui yang dirinya mempunyai seorang adik. Berjayakah Badri Alillah menjejaki adiknya yang terpisah?

No comments: