Showing posts with label Rnysa. Show all posts
Showing posts with label Rnysa. Show all posts

Friday, April 22

Rinn Reviews: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna


Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna
Penulis: Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
569 mukasurat
9789675118487


Warna I: Bukan Dipaksa by Nazurah Aishah
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
mukasurat 1 - 151


Nazurah Aisyah is at her best melayarkan kisah heavy dan sedih tapi memikat hati, malah mengikat kita utk terus membaca demi menyingkap misteri sebenar duka lara yg disembunyikan Ayu mengenai Affan. Aku tidak dapat lari dari meneka yg mungkin Affan pernah terlanjur dgn Ayu tapi kesimpulan di akhirnya tidak semudah itu. Kehadiran si comel Nayli mengubat rindu, merawat hati malah menyembuhkan kebencian yang pernah wujud di sekeliling Ayu. Nayli is a super sweet miracle.


Terasa seperti penulis menghabiskan cerita dgn brek mengejut. Mudahnya hati Hajah Normah yang keras kejung tu jadi empuk dan lembut. Tetapi semua itu tidak datang dgn mudah kepada Ayu, dia terpaksa menempuh kesengsaraan sendirian dan kehilangan yg memilukan sebelum dapat memanggil Hajah Normah 'mak'. Ayu bukan saja sangat degil seperti ayahnya tetapi juga penyimpan rahsia sebaik ibunya.


Happy ending yg buat aku menangis.


Warna II - Hikari Ainori by Rnysa
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
muka surat 154 - 396


Antara 'Bukan Dipaksa' dgn 'Hikari Ainori', aku rasa 'Hikari Ainori' lebih heavy ceritanya. Tiga kali aku baca Hikari Anori. Nak amik feel cerita :) Bagi aku Hikari Ainori ada sentuhan yang sangat personal dari penulis ini. Lapisan penceritaannya terasa seperti penulis menceritakan sesuatu yg sangat peribadi dan akrab dengannya. Lepas beberapa kali baca baru aku boleh meletakkan diri dalam cerita ini.

Dua nama pertama yang aku tangkap adalah hazel dan umar (umar ni set2 lelaki soleh, menjaga pandangan). Mereka bertemu dalam tren ketika belajar di jepun 4 thn yg lalu. Umar pernah memberi nota kepada Hazel, suruh hazel pakai tudung.

Mereka tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Sekarang Hazel sudah bertunang dgn jejaka pilihan keluarga, Rafique namanya. Rafique cuba utk mendekati dan memikat hati Hazel tetapi Hazel lebih suka mereka jarang bertemu dan kalau bertemu pun mesti ada mahram ikut bersama.

Rafique pernah bercinta dengan Adriena Ayuni(KEBUN MIMPI). Rafique tak pernah tahu kenapa Ayuni pergi malah dia juga tidak tahu yang Ayuni pernah mengalami tekanan perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri.
Hazel berjumpa semula dgn umar (memperkenalkan diri sbg ryan) dalam keretapi Langkawi ekspress (dalam pertemuan kedua ini Hazel sudah menutup aurat tetapi umar sudah berubah dengan rambut berwarna dan gaya yg jauh berbeza dr dulu) Umar berubah kerana kecewa dalam cinta.

Pertemuan semula dgn Adriena Ayuni membuat Rafique membuat keputusan utk berkahwin dgn Ayuni krn dia masih sayangkan ayuni dan dia mahu menebus kesalahan lalu. Walaupun telah menerima amaran supaya menjauhi Adriena Ayuni, Rafique memutuskan pertunangan dgn Hazel kerana merasakan dia bukanlah lelaki yg baik utk gadis sebaik Hazel.

Tersentuh hati jugak dgn kesabaran Rafique menanti Adriena Ayuni. kalau dgn Hazel dulu dia kelihatan seperti kurang sabar (tapi tak lah pemarah), dengan Ayuni dia sangat berdiplomasi dan bersabar. Hazel juga seorg yg bukan pendendam dan sangat memahami. Walaupun Ayuni agak kompleks, dia kelihatan sangat sesuai dengan Rafique yg sabar dan sangat menyayanginya.

Saya suka Umar Rayyan dan Hazel :) Untungla Umar dapat tips nak pikat Hazel dari Rafique :)


Warna III - Karamel by Nasz
Editor: Mariah Mustapha
Mukasurat 401-569


Dua cerita sebelum ni yg ada sentuhan heavy dibalance kan dgn kisah Karamel yg bersentuhan santai dan komedi. Jenis cerita yg sebaik sahaja habis baca patut kita baca semula kerana selepas mengetahui punca sebenar Arif membuli Ana, rasa lebih seronok membaca kisah ini buat kali kedua dan kita akan lebih faham mengapa Arif bersikap begitu.


Interaksi Ana dan Arif memang menghiburkan kerana masing2 tidak kehabisan vocabulary dan idea utk saling berbalas-balas kata. Pertemuan pertama mereka sudah membuat kita terhibur dan tergelak2 membuat kita tk sabar nak mengetahui kisah seterusnya. Mati2 Ana ingat company dia amik OKU yg ada masalah pendengaran. Bila baca 2nd round segala2nya jadi lebih kelakar :)


Akibat salah faham, Arif membuli Ana di tempat kerja sedangkan dgn pekerja2 lain dia sangat baik. Telatah Ana yg selamba memang seronok dibaca. Ada saja insiden yg membuat kita semakin suka dgn Ana dan Arif :)


Bila tengok tajuk novel akan datang dari Nasz adalah Lazuardi, rasa macam terkeluar pulak dari tema 'rasa' yang selalu Nasz gunakan dalam tajuknya seperti 'SWEET SOUR' dan 'KARAMEL' kedua-duanya mempunyai rasa yg menarik.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb:


Warna I - Nazurah Aisah
Bukan Dipaksa


Kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh



Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. biarpun tiada Affan di sisi. Affan yg berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yg telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dgn nyawaku.


Warna II - Rnysa
Hikari Ainori


The love ride of hikari


Kisah ini adalah kisah cinta mereka yg pernah hilang. Kisah ini adalah disah pencarian diri mereka yg pernah tersasarr jalan. Mencari semula cahaya hidup yg pernah suram. mencari kembali makna diri yg pernah pudar.


Warna III - Nasz
Karamel


Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.
"Laa... tak boleh dduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

Wednesday, November 24

Kucc Reviews: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna


Tajuk Buku : Warna
Penulis : Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.50
Cetakan Pertama : 2010
Genre : Cinta & Kekeluargaan
Bintang : 4.5

-----------------------------------------------------------
Kata Kucc:

Warna I: Bukan Dipaksa oleh Nazurah Aishah

“ kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh…”

Mengenali karya-karya Nazurah sejak dari naskhah awal beliau;Lili Buat Najah saya melihat beliau semakin kemas didalam melahirkan naratif-naratf berat lagi beremosi. Ada jiwa dan roh didalam jalinan penceritaannya. Menyerap ke seluruh pelusuk jiwa.

Kali ini Nazurah mempersembahkan sebuah drama kehidupan yang cukup menyentuh jiwa. Sebuah lakaran kehidupan manusia yang cuba sembunyi dari kenyataan dan takdir. Beliau menterjemahkannya menerusi kemelut sebuah perkahwinan rahsia yang dibina atas dasar cinta tapi perkahwinan tanpa restu pastinya akan dilanda masalah.Itulah harga yang perlu dibayar. Paling sedih, jiwa insan kecil yang tidak berdosa juga terpaksa menerima natijah akibat kerakusan dendam manusia yang tiada sempadan.

Bertemakan cinta & kekeluargaan yang digarap dengan cukup melankolik, penuh emosi Nazurah ternyata semakin hebat memperlihatkan kemahirannya didalam mewarnakan karya beliau. Naskhah ini mendukung tema cinta uda dan dara seperti
karya-karya terdahulu beliau namun memberikan suntikan berbeza didalam kita melihat makna kehidupan dan perkahwinan. Perkahwinan yang dimulai dengan hubungan cinta tapi mendapat tentangan juga tiada restu bisakah berkekalan? Mesej penulis saya kira jelas. Dendam tidak akan membawa manusia kemana-mana. Tiap yang tertulis oleh-Nya pasti ada hikmah didalam kehidupan seseorang manusia. Percayalah. Yakinlah.

Plot kronologi mendominasikan keseluruhan perjalanan naratif ini. Sisipan teknik flashback ada juga diselitkan sama demi menguatkan lagi jalan cerita. Sangat kemas digarap, begitu juga suntingannya yang cukup teratur. Perwatakan dua nadi utama Bukan Dipaksa; Ayu Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem sangat serasi diganding. Nazurah cukup berjaya mengemosikan kedua-dua mereka di dalam meladeni kemelut perkahwinan mereka berdua yang awal-awal lagi terputus akibat tekanan Hajah Normah; ibu Affan yang sedari awal mendendami keluarga isterinya itu kerna
sebuah janji silam yang tidak tertunai. Setiap pergerakan, dialog sangat menyentuh naluri . Nazurah berjaya membuai perasaan pembaca didalam menyusuri dilemma dan onak yang terpaksa dihadapi pasangan muda ini. Watak antagonis Hajah Normah tidak begitu diserlahkan hanya sekadar pemberitahuan didalam penceritaan oleh watak utama sahaja. Gaya bahasa yang diterapkan Nazuarh dalam naskhah beliau ini cukup melankolik sekali lenggoknya bersesuaian dengan corak persembahan naratifnya. Keseluruhan naratif ini cukup mantap cuma penamat cerita yang saya kira agak terburu-buru sedikit mengurangkan keindahan naskhah yang cukup berkesan ini.

Buat penulis muda berbakat besar ini tahniah untuk naratif terbaru anda. Buat pembaca juga pengemar penulis ini, lihatkan kematangan beliau membuai jiwa anda didalam Bukan Dipaksa.

* * * * * * *
Warna II: Hikari Ainori oleh Rnysa

“cinta pandang pertama…the love ride of hikari ”

Sudah begitu lama tidak membaca nukilan Rnysa dan kemunculan cahaya baru ini bagai serakan warna salju yang mendamaikan jiwa. Hikari Ainori; perjalanan kisah insan-insan yang mencari diri, mencari identiti yang hilang, mencari jalan hidup dipersembahkan penulis dengan begitu indah sekali. Saya sukakan kisah ini. Dengan isi yang cukup berat, penulis berjaya menyampaikannya dengan kaedah paling mudah dan santai. Pembaca seolah-olah sama-sama menyusuri pencarian diri yang diangkat sebagai tema naratif hebat ini.

Kisah cinta yang dilayarkan penulis di dalam naratifnya kali ini bukanlah cinta yang biasa namun cinta yang lebih simbolik. Persoalan cinta pertama terjemahan penulis kali ini memperlihatkan dimensi perasaan cinta seorang lelaki pada wanita yang kekal bertakhta disanubari. Biar dipisah jarak dan masa, rasa cinta itu tetap tidak pernah hilang ditelan arus waktu. Kekal kejap dihati dan jiwa.

Plot naratif ini konsisten pergerakannya dari mula hingga ke akhir cerita. Persembahan yang sangat cemerlang ini juga disumbangkan oleh susunan teknik olahan dan suntingan yang cukup teliti yang membuatkan pembacaan tidak
terganggu. Gaya bahasa biasa yang diaplikasi penulis begitu sederhana namun tetap cantik dan tersendiri.

Perwatakan di dalam Hikari Ainori memfokuskan pada beberapa watak utama; Hazelina, Rafique, Umar Rayyan dan Adriena Ayuni. Watak Hazelina @ Hazel dibangunkan dengan cukup berhati-hati bersesuaian dengan latar diri watak yang sedang mencari diri. Hazel cantik ditangani penulis. Potret watak ini cukup mencuri perhatian. Kewajaan dirinyadidalam menangani hubungannya bersama Rafique begitu memikat. Rafique bukan hero pilihan saya. Sikapnya memang dari awal sangat menjengkelkan. Penulis begitu berjaya mewarnakan watak Rafique sedemikian rupa. Rafique insan yang mencari cintanya yang hilang lalu cuba singgah dihati insan lain tanpa sepenuh hati dan jiwa.Dan benarlah lelaki yang baik pasti untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya. Adriena Ayuni yang muncul dalam
Albatros dinoktahkan kisahnya di sini. Umar Rayyan si Naruto alim ini begitu mencuri hati. Diam dirinya berisi. Pencarian cinta yang tertambat buat pertama kali pada si mata coklat di negara matahari terbit termeterai disana juga akhirnya.

Mesej yang diselitkan penulis kali ini buat pembaca bukan calang-calang . Didalam menerajui isi cerita yang berat adakalanya sesetengah penulis gagal didalam menyampaikan mesejnya pada pembaca namun Rnysa saya kira berjaya
melakukannya. Selangkah kita mencari cahaya-Nya, seribu kali langkah kita dipandu ke jalan-Nya.

Buat Rnysa, anda memang mengagumkan!
* * * * * * *

Warna III: Karamel oleh Nasz

“Karamel itu benda hangus yang sedap...”

Sepanjang menyusuri naratif sempoi ini saya tidak sudah-sudah senyum dan ketawa. Karamel; secomel tajuknya begitulah juga perjalanan kisahnya. Karamel nukilan kedua penulis membawa pembaca mengenali warna diri dan kehidupan seorang Nory Ana; sang setiausaha yang polos dan lurus pekertinya.

Tema cinta dan kekeluargaan dalam naskhah santai dan lucu penulisi ini sangat menangkap dimata pembaca, Penulis saya kira cemerlang menarik pembaca menghayati sepenuhnya perjalanan naratifnya ini dengan penuh perasaan.

Nory Ana selaku tunjang naratif sangat cemerlang ditangani penulis. Ana diangkat sebagai lambang gadis yang polos jiwanya, jujur hatinya didalam menjalani hidup dan sifatnya itu membuatkan dia cukup disayangi keluarga juga rakan sekerja kecuali ketua barunya; Encik Arif. Penulis saya kira cukup bijak mencipta potret watak seorang Ana yang cukup memikat.Dialog yang ditutur Ana sentiasa buat saya tersenyum . Arif Mohammad; si boss yang sentiasa mencari pasal dengan Ana berjaya mencuri perhatian. Potret seorang Arif disingkap sedikit demi sedikit hingga warna dirinya yang sebenar terserlah. Arif yang nampak sungguh beku rupanya hangat juga. Hebat! Nana si watak pembantu yang mengindahkan lagi warna naratif ini. Lucu dan spontan!

Gaya bahasa yang mudah, menggunakan jargon bahasa muda-mudi semasa sangat kena dengan persembahan cerita. Teknik suntingan pada naskhah ini saya kira cemerlang direalisasikan pada pembaca. Walau ia cuma sebuah naskhah ringan penulis penuh berhati-hati demi memberi sentuhan yang lebih sempurna pada pembaca.

Bermesejkan paksi cinta dan kasih sayang, plot naratif penulis bergerak dengan cukup santai teralun namun kemas digarap. Buat penulis muda yang semakin kukuh membina nama dipersada kreatif tanahair tahniah untuk sebuah naratif yang cukup membuat saya tidak cukup senyum dan ketawa hingga ke noktah terakhir. Karamel anda hangus tapi rasanya memang sungguh ummphhh!

psst : Nasz, dialog Ana dalam bahasa isyarat tika mula memperkenalkan diri pada Arif mengingatkan kucc pada dialog Sudin dengan isteri pak Mat Tempe dalam Seniman Bujang Lapok, siap ketawa terbahak-bahak sorang-sorang tengah-tengah malam buta....ahaaks

Posted by kucc_aprilsnow