Showing posts with label Noorfadzillah Omar. Show all posts
Showing posts with label Noorfadzillah Omar. Show all posts

Saturday, September 10

Terbaru daripada Fajar Pakeer

Tajuk : Teman Serumah
Penulis : Zuera Rasiddin
ISBN: 978-967-365-088-0
Sem. Malaysia: RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00

“Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”

Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Ops! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta kepada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…

“Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”
“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.”

Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai atau mengekalkan hubungan yang sedia ada? Apakah mungki perasaan cinta mula bertamu di hati sekalipun hubungan yang ada hanyalah teman serumah?

Tajuk : Kemilau karya Kasih
Penulis : Noorfadzillah Omar
ISBN: 978-967-365-086-6
Sem. Malaysia: RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00

Tak kenal maka tak cinta. Itulah perkara yang sering didengar Sofea Emilia. Namun, perkara itu langsung tidak diterima oleh akalnya.

“Saya tak hairanlah dengan gelaran novelis cinta nombor satu yang awak sandang tu. Huh! Perasan diri sebaris dengan Judith McNaught atau Julia Quinn. Ingat bagus sangat karya-karya awak tu!”

“Takkan hanya dengan menyentuh pun awak tak ingin.”

Detik itulah pertemuan Sofea Emilia dan Faris Raiyan bagai terikat dan terus berantai tidak mengira waktu dan tempat. Pertemuan demi pertemuan itu, tanpa sedar telah buat dua hati makin dekat. Buat dua hati makin ingin mengenali. Namun, muncul Sarah dan Nazeerah yang mempunyai satu matlamat yang sama. Kedua-duanya cukup mencintai Faris Raiyan. Lantas konflik utama menjadi badai besar di atas lakaran takdir Sofea Emilia dan Faris Raiyan.

Mampukah Faris Raiyan dan Sofea Emilia mempertahankan rasa kasih yang mula mahu bercambah? Sanggupkah Sofea Emilia berkorban demi insan yang disayanginya? Siapakah yang akan dipilih oleh Faris Raiyan untuk penuhi hidupnya? Apakah kemilau karya kasih akan menyatukan mereka semua?

Tajuk : Tanya Sama Hati
Penulis : Rehal Nuharis
ISBN 978-967-365-085-9
Sem. Malaysia RM18.00
Sabah/Sarawah RM21.00

“Kenapa kau kena ada tiap kali aku ada masalah?”
“Kau ingat tak kau pernah cakap yang lelaki impian kau macam ayah kau. Ayah kau selalu ada bila kau ada masalah, jadi aku cuba nak jadi macam ayah kau.”
“Tapi untuk apa?”
“Sebab aku cuba jadi lelaki impian kau.”

Status tunang Badri menjadi alasan untuk Tisya tidak menerima Fezrul walaupun hakikat sebenar dia tidak lagi menganggap diri sebagai tunang kepada lelaki itu. Namun apabila melihat Fezrul bersama Wawa mahupun Linda Hangat, entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang. Kata Haiza dia diserang penyakit C dan C kuasa dua. Cinta dan cemburu.

Seperti kata Haiza juga, Tisya dan Fezrul umpama kucing dan anjing, bukan boleh berbaik lama-lama, pasti kemudiannya akan bercakaran. Mungkin juga mereka memang sudah ditemukan untuk bercakaran. Tetapi percakaran itulah yang membuatkan mereka semakin mesra sehinggakan kalau sehari tidak bertikam lidah mulalah terasa ada yang tidak kena.

Saat hati Tisya selesa dengan kehidupan barunya dan melupakan kisah hitam itu, tiba-tiba Badri muncul semula. Hadir untuk menebus kesalahan lampau dan meneruskan ikatan mereka, seperti yang telah dirancang keluarga. Melihatkan perubahan Badri, sedikit sebanyak Tisya kebuntuan. Tambahan dia semakin terhimpit dengan masa dan paksaan si ibu.

Benarkah Badri jodohnya kerana bersama Badri dia lebih banyak berdiam diri, tapi apabila bersama Fezrul, dia begitu bebas dalam pertuturan dan tingkah laku termasuk bebas untuk menendang kaki lelaki itu? Apakah kata-kata tanya sama hati yang sering diungkapkan kepada Fezrul itu perlu Tisya tanyakan kepada diri sendiri?

Tajuk : Perjanjian Berdarah
Penulis : Remy Ikmal
ISBN 978-967-365-084-2
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

Pak Long Jenal bersama Pak Bakar membaca mantera sambil memuja botol yang berisi minyak dagu mayat Rokiah itu. Pak Long Jenal berkali-kali menyeru nama Rokiah sambil matanya membuntang memandang ke arah botol minyak itu. Setelah lama menyeru akhirnya minyak itu bersuara. Pak Long Jenal tersenyum. Usahanya telah berjaya. Dalam dunia ilmu hitam, bunyi yang dikeluarkan oleh minyak itu ialah suara qarin.

Kehadirannya adalah sebagai penyampai kepada manusia yang gilakan kuasa dan ilmu. Qarin sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan asalkan dijamu dengan darah. Ia telah banyak berbakti, membantu Pak Long Jenal mengubati pesakit dan melaksanakan kerja-kerja ilmu hitam. Pak Long Jenal semakin tamak. Dia sanggup menggunakkan Budin dan Eizham. Roh dan mayat menjadi permainan.

Eizham sanggup melakukan apa sahaja asalkan Fisha menjadi miliknya. Eizham mendapatkan bantuan Pak Long Jenal, bapa saudaranya. Pak Long Jenal berjanji akan menjampi minyak dagu itu supaya lebih mujarab dan menyebabkan Fisha tunduk dan patuh kepada Eizham. Kebahagiaan yang mereka cari hanya seketika sahaja. Kehidupan Eizham dan Fisha mula diganggu oleh roh arwah Rokiah. Pendamping Pak Long Jenal juga turut mengganggu kehidupan Eizham dan Fisha.

Namun perjanjian tetap perjanjian, walaupun darah bayaran...

Tuesday, July 5

Terbaru daripada Buku Prima

Tajuk : Takkan Melupakanmu
Penulis : ROSA NUR IMANI
Harga : RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-77-7
Halaman : 624 hlm

Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada Manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Kalau Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki. Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lalu tega menggores hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri.
Tajuk : Purnama Merindu
Penulis : Nora Isma Fuad
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-0184-75-3
Halaman : 560 hlm

William Shakespeare, Journey’s end in lovers meeting. Cinta menamatkan penantian ‘pungguk dan bulan’ yang berlaku dalam kehidupan watak-watak Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira.

Perkahwinan yang bahagia antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan ‘cinta lara’ yang ditanggung selama hayat? Masih adakah peluang kedua bagi menebus kesilapan silam yang ‘hitam’ antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah Wulan lagi dengan si pungguk ‘Rafique’ yang lama dia nantikan? Bersikap skeptis terhadap lelaki, kedatangan ‘hero cinta’ cukupkah membuka hati Zara semula terhadap cinta?

Tajuk : Melankolik Cinta
Penulis : SHEILA HUSAIN
Harga : RM 19.90
ISBN : 978-967-0184-88-3
Halaman : 524 hlm

Membesar tanpa kasih sayang ibu bapa tidak menghalang Ayu Alenda mencapai impian untuk menggenggam segulung ijazah. Kehadiran Imran Qaiser yang memujanya sejak dari sekolah menyimpan seribu satu rahsia cinta yang belum terungkai. Kemunculan ayah, ibu dan adiknya, membuatkan Ayu Alenda membawa diri ke bumi asing.

Lantaran kecewa dengan pemergian ibunya dan rasa terasing tatkala dikecualikan daripada menerima harta pusaka ayahnya, Ayu Alenda terus menyepi kerana tidak mahu maruah lelaki yang disayanginya tercalar dek kerana status dirinya yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Dapatkah Ayu Alenda mengubah persepsi masyarakat sekeliling bahawa insan sepertinya juga berhak mengecapi bahagia seperti insan lain?

Tajuk : Jangan Sebut Namaku
Penulis : NOORFADZILLAH
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-0184-70-8
Halaman : 576 hlm

Persaingan Engku Aleeyah dan Isabella demi merebut kasih Luqman tidak pernah surut. Engku Aleeyah, gadis Melayu sanggup melakukan apa sahaja demi mengikat kasih Luqman. Isabella gadis pemikir bebas, bermata runcing tidak ingin mengalah. Sehinggalah Isabella hilang ditelan bumi di Hutan Kalawari.

Lima tahun selepas tragedi itu, sesuatu telah kembali menghantui mereka selepas selesai majlis malam reunion di sebuah hotel terkemuka. Satu demi satu teman-teman Luqman dan Engku Aleeyah hilang setiap kali bulan purnama penuh. Kehadiran Fatimah Az-Zahra menambahkan lagi kebuntuan pihak polis apabila maklumat yang cuba disampaikannya tidak logik dek akal. Apakah yang terjadi di sebaliknya?



Tajuk : Bilik 616
Penulis : ZAIFUZAMAN AHMAD
RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-85-2
Halaman : 544 hlm

Satu kejadian aneh berlaku di sebuah resort di Negeri Hang Tuah, Melaka. Dengan tidak semena-mena beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri. Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar. Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu. Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu. Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene.
Kejadian misteri itu berulang lagi menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut. Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan. Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan Azhar untuk membongkar misteri itu

Sunday, June 20

Terbaru dari PTS

Tajuk : Lelaki Berkasut Merah
Penulis : Bahruddin Bekri
Harga: RM 20 / RM 23
ISBN-13: 978-967-5783-03-6
Tarikh Terbit: 18 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 460


Jamal bin Lomo lelaki yang punyai masa silam yang gelap, memiliki sebuah kotak hitam yang rahsia dan dia mencari kerana di sini hanya ada kisah manusia-manusia yang biasa. Lelaki berkasut merah yang penuh rahsia, anak muda yang berwajah dingin, perempuan serba hitam yang tidak pernah gusar, perempuan berseragam hijau yang penuh prihatin, dan watak-watak lainnya yang berwarna seperti pelangi.


Kita akan menemukan lelaki berkasut merah yang punyai masa silam yang penuh rahsia. Tidak ada siapa tahu berkenaan rahsianya selain seorang tok imam tua.

Sebelum itu, kita juga akan menemukan seorang anak muda yang berwajah dingin, yang gemar merenung tajam, dan tidak mungkin dibantah katanya.


Kedua-dua mereka punyai misi yang sama atas sebab yang berbeza. Mereka berdua mencari manusia-manusia yang . Pada waktu yang sama, mereka juga dicari oleha manusia-manusia yang punya agenda rahsia.




Tajuk : Candal
Siti Jasmina Ibrahim
Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5136-55-9
Tarikh Terbit: 18 May 2010
Jumlah Muka Surat :


Bukan mudah menjejakkan kaki ke sebuah Institut Pengajian Tinggi terpencil. Pastinya, Daeng dan Emilia sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tempat itu.

Penduduk sekitar mengatakan tempat itu disumpah semenjak berlakunya pembunuhan seorang pelajar perempuan dua tahun sebelumnya. Kematian demi kematian. Pembunuhan demi pembunuhan yang serupa berulang.


Abang Daeng, Dahri, pelajar tahun akhir di IPT berhasrat membongkar rahsia di sebalik sumpahan itu sebagai projek tahun akhirnya. Dahri dan kekasihnya, Sara mengajak Daeng membantu mereka. Mereka memulakan kajian bersama beberapa orang lagi pelajar baru bidang ekologi, Emilia, Zaria, Fatin, Dayang dan Rabihah. Namun tanpa mereka sedari, ada bahaya yang mengintai mereka. Ada nyawa yang bakal melayang.

Ada kisah di sebalik seorang insan bernama Candal...




Tajuk : Ku Seru Nur Kasih
Penulis : Noorfadzillah Omar
Harga: RM 26 / RM 29
ISBN-13: 978-983-3892-96-9
Tarikh Terbit: 25 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 832


Yasmin ingin sekali menjadi seperti kebanyakan gadis zaman ini. Cantik, bergaya, karismatik, bijak dalam pergaulan dan mempunyai kekasih. Namun dia sering memencilkan diri kerana semua sikap dan perasaan negatif itu sudah sebati dalam dirinya.

Bagaimanakah Yasmin dapat merealisasikan impiannya itu? Novel ini akan memaparkan konflik percintaan, masyarakat dan erti sebuah persahabatan di samping mesej keagamaan dan kemanusiaan yang boleh dijadikan teladan.




Tajuk : Anarkis
Penulis : Khairul Nizam Khairani
Harga: RM 29.90 / RM 32.90
ISBN-13: 978-967-5136-51-1
Tarikh Terbit: 14 Jun 2010


Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang. Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri, Jagjit Kaur.

Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri. Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati! Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi... ANARKIS!