Saturday, October 23

Terbaru dari Fajar Pakeer




Tajuk : Ada Yang Lain
Penulis : Ellis Gee & Romibaiduri Zahar
ISBN:978-967-365-029-3 Sem.
Malaysia: RM19.90 Sabah / Sarawak: RM22.90

Nas dan Shazia menjalani kehidupan yang berbeza. Nas memburu lelaki hanya kerana ingin makan percuma. Berbekalkan badan yang seksi, ditambah pula dengan sokongan kawan baiknya, Suzi, pemburuan mereka berhasil. Shazia pula menganggap wanita berusia 30 tahun sepertinya kehilangan hak untuk memilih. Jadi dia meneruskan hubungan dengan Haikal, lelaki ideal yang secocok dengan jiwanya, biarpun terpaksa bersaing dengan isteri Haikal. Kantoi! Itulah kegagalan pertama Nas dan Suzi apabila kehadiran mereka ke sebuah majlis perkahwinan dihidu. Sempena Piala Dunia 2010, pemburuan mereka beralih ke kedai mamak. Kemudiannya ke Gim Sentiasa Sihat. Kerana di situlah terdapatnya mangsa yang berdompet sihat. Fikri yang merupakan salah seorang mangsa jatuh cinta kepada Nas. Cinta Fikri ditolak bulat-bulat. Mengapa? Tidakkah Nas juga ingin menamatkan zaman bujangnya? Zaharah disahkan mengandung. Semuanya berubah untuk Shazia. Harapan untuk bergelar isteri kepada Haikal amat tipis. Ditambah pula dengan sikap Haikal yang semakin dingin. Shazia tetap mencuba, namun hubungan yang lebih banyak mengundang keperitan dalam hati membuatkan Shazia cenderung menghabiskan masa melayari internet dan mengisi blog sehinggalah dia berkenalan dengan CYL. Siapakah sebenarnya CYL? Dan Aman, lelaki itu, kenapa begitu mahu mendekatinya?





Tajuk : Jiranku Kekasiku
Penulis : Lysa Allysa
SBN:978-967-365-025-5
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah / Sarawak: RM25.90


Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini



No comments: