Tuesday, August 19

Tunas


Tajuk Buku : Tunas
Penulis : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00
Genre : Novel Remaja

****1/2
******************************************************

"..kan orang dah kata don't trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you!!...Nak cari pasal?Heh, malam sikit!..."

Apa Kata Saya

Jika dalam filem, lakonlayar adalah kerangka asas berdirinya sesebuah cerita/filem, maka "lakonlayar" sesebuah novel juga adalah tunjang kekuatan sesebuah naskhah kerna kekuatan "lakonlayar" sesebuah naskhah sangat penting bagi membangunkan sebuah cerita agar persembahannya mampu memakukan pancaindera pembaca hingga ke noktah terakhir.Justeru itu, tanpa sebuah "lakonlayar" yang baik pendekatan penceritaannya, maka sangat sukar sesebuah cerita berdiri menjadi naskhah hebat. Hebat di sini bukan saja memfokuskan pada isi cerita tetapi yang lebih utama nilai pemikiran positif yang disuntik oleh sang pencerita di dalam naskhahnya sebagai renungan pembaca.

Perwatakan adalah nadi dalam sesebuah cerita.Terlalu ramai watak yang terdapat didalam sesebuah kisah/cerita adakalanya akan menjadi faktor penyebab hilangnya fokus penceritaan. Pemusatan cerita akan jadi bercelaru dan ini akan mengkucar-kacirkan tumpuan pembaca. Akan tetapi ,ini tidak berlaku dalam Tunas. Nur Addin Shah, Kucai, Benz, Fisha, Jen, Pa'e,Kurt, Reza, Padi, Agul, juga Joe & Q'd dan tidak ketinggalan si budak bertujuh Magnificient 7; A-cid, K-Oi, Juki, Im, Eady, Lee & Air-Jee adalah barisan "pelakon" hebat yang menjadi tunjang kekuatan persembahan mantap naskhah ini. Persembahan mereka turut dibantu watak-watak sampingan lain yang turut sama mewarnai jalan cerita ini.

Setiap karakter berdiri atas imej diri dan dikembangkan dengan baik beserta falsafah dan pendirian berbeza.Ia sekaligus mencorakkan lagi penceritaan dan menambahkan darjah keseronokan membaca.Paling menangkap perhatian tidak lain tidak bukan karakter Addin juga "adik-adiknya" si Magnificient Seven. Bagi saya "penjenayah" inilah kekuatan sebenar naskhah ini. Penjiwaan Addin dan "adik-adiknya" sangat menonjol tapi penuh keselambaan. Mimik muka yang digambarkan, gerakan badan dan gaya mereka yang energetik memberi sentuhan juga aura yang sangat memikat.

Tunas bagi saya memperlihatkan kekuatan naratifnya yang tersendiri. Biarpun hanya berdiri sekadar sebuah naskhah genre remaja, namun elemen-elemen yang terbina dalam proses penceritaannya nyata membentuk sebuah kerangka yang amat kukuh dan tegap.Persembahan dari setiap bab ke bab membentuk satu kesinambungan yang bergerak seiring dengan prosesnya, satu persembahan "sinematik" yang cukup cantik , impresif yang berjaya membuatkan pembaca terkaku dengan formasi "peperangan" yang digambarkan. Sekalipun hanya paparan di kertas, kehebatan paparan ini mampu menongkah minda membaca membayangkan aksinya dilayar nyata.

Saya suka melihat kehebatan teknik suntingan dalam Tunas; kemas, begitu sistematik dan bertertib sekali prosesnya. Barangkali ini antara cerita yang berjaya mempersembahkan babak "peperangan" di kertas yang begitu mengagumkan sekali. Begitu juga dari laras suntingan bahasa, babak yang "close-up" misalnya mampu mengungkap ekspresi watak-watak dengan begitu berkesan. Kita seolah-olah boleh mengungkapkan di minda ekpresi watak berkenaan ketika itu.

Kesimpulan saya, Tunas bukanlah rangkaian gambar bergerak. Ia adalah sebuah karya kreatif yang dibangunkan menerusi format cerita yang diselitkan dengan saranan dan hujah merangkumi hal manusia dan kemanusiaan dari sudut minda remaja...sekumpulan remaja. Namun dengan kreativiti, naskhah ini mampu membentuk layar di minda setiap pembaca untuk melihat gambaran cerita itu bergerak..dan terus bergerak hingga ke akhir cerita.Buat sang pencerita nan istimewa ini, karya anda seringkali mengujakan saya...dan akan terus mengujakan, insyaallah. Teruskan pena sakti anda menari bertazkirah buat kami semua pembaca yang mencintai karya anda.

Kisahnya

Tunas terbahagi kepada 2 segmen penceritaan; @GreatTroubleMaker 1 @ GTI_i dan Magnificient Seven. GTI_i adalah kisah Nur Addin Shah @ Didi sebelum bergelar Dr. Addin Shah..kisah Didi dan abangnya Kucai di Kolej Tunas juga rakan-rakan mereka, Fisha, Jen, Pa'e, Benz, Kurt, Reza, Padi sebelum masing-masing meneruskan haluan hidup di luar kepompong sekolah setelah tamat SPM.Banyak kisah, banyak insiden yang mewarnai watak Addin selaku peneraju utama.Paling utama bagi yang telah membaca Aa +Bb, di naskhah inilah akan anda ketahui bagaimana kisah Addin & Benz bermula...hikayat mereka berdua yang penuh warna, penuh rasa, penuh cerita...namun hanya dinoktahkan di Aa+Bb.

Segmen kedua yang memaparkan lagenda si 7 budak genius, Magnificient Seven juga sangat mengagumkan. Ku Azharurashid @A-Cid, Khairul Falah Hazruqee @Juki, Mohd Eady Shahrazi @ Eady, Syed Mohd Aimran @ Im, Muhamad Faridz Lee @ Lee, Fazrul Kheynaizi @ Air-Jee dan Shahazrqul @ K-Oi adalah rangkaian si pemilik nama yang membentuk satu pertubuhan yang membina wilayah jajahan takluk mereka dengan kekuatan hasil gabungan aura minda masing-masing hingga membentuk diri mereka bertujuh menjadi sebuah lagenda.

Buat yang belum memiliki naskhah ini, ia nyata tidak akan merugikan tiap sen anda...terlalu banyak yang boleh dikutip, difikir dan dipelajari dari naskhah kecil ini. Selamat berhibur bersama GTI_i dan Mags 7.

4 comments:

silencez said...

Memang best. Antara ketiga2 buku hlovate, org pilih tunas sbg buku kedua best. 1st, aa + bb hehe.

Ju'A said...

Superb best...gelak guling dgn gelagat GTI-i & Mags 7. Luv dgn gelagat Addin & Benz di dalam Tunas dan more luv dalan aA + bB...muahhhhh

kucc_aprilsnow said...

setuju kuasa 3 beb...cite ni sempoi gilerr...suka ngan attitude addin yg selamba kicap je tapi penuh ngan kejutan..unsangkarable type of makhluk..air suling, starter terbakar,false fire alarm sbb nk masuk aspura...ciri penjenayah sekolah yg mmg kelasss..hehehe

A-N said...

fUh!memAng pOwer nOvel hlOvatE..sAlute rr..mAntOp!