jom ronda2 di rak buku alaf :)
Ingin Berkasih Lagi
Damya Hanna
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-765-5
Halaman: ~640
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.
Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.
Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.
Terus Cintai Aku
Aleya Anessa
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-766-2
Halaman: ~692
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.
Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.
Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.
--
Aduhai Cinta
Samsiah Mohd Noor
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-768-6
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
“Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.
Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.
Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin de ngan Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya. Sekali lagi cinta Suri dan Fard berputik. Sebagai isteri orang, mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati? Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.
Cukup Sekadar Dirimu
Aireen Erina
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-769-3
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
ZAIZA hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi.
Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu.
Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?
No comments:
Post a Comment