Sunday, April 22
Sisa Sebuah Cinta by Ian Juliana
Sisa Sebuah Cinta
Penulis : Ian Juliana
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM30.00
Sabah/Sarawak: RM33.00
9789675067891
916 mukasurat
'Pelangi, harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yg tidak lagi dihargai'
Bab-bab awal kisah ini sangat menarik dan mendebarkan. Renda dan Ahmad Firasz yang terjebak dalam agenda angkara orang lain, telah bertemu dalam keadaan serba tak kena, saling berprasangka dan dipenuhi dendam. Penerimaan keluarga Ahmad Firasz terhadap kemunculan Renda sangat berbeza dengan apa yang kita bayangkan. Mereka lebih bersimpati dengan Renda berbanding Ahmad Firasz lalu kedua-duanya dinikahkan demi menjaga maruah Renda. Ahmad Firasz meletakkan dirinya sebagai mangsa dan Renda sebagai pengatur kesengsaraan hidupnya. Dorongan keluarga Ahmad Firasz seolah-olah menyuntik semangat ke dalam diri Renda untuk membina hubungan dengan lebih baik dengan Ahmad Firasz namun setelah perkahwinan itu berlaku aku rasa Renda seperti tidak menunaikan harapan keluarga Ahmad Firasz. Malah dia seperti mengutamakan kepentingan diri apabila merapatkan diri dengan Airel Yuki Hagiwara sedangkan Ahmad Firasz dibiarkan terus berburuk sangka terhadap dirinya. Malah keluarga Ahmad Firasz pula tak nak ceritakan hal sebenar mengenai keadaan Renda kerana nak Ahmad Firasz tahu sendiri dari Renda. Rasanya kalau diorang jelaskan awal-awal tentulah salah faham Ahmad Firasz tidak berpanjangan.
Perkenalan dengan Airel Yuki Hagiwara membuat aku lemah semangat untuk meneruskan cerita itu. Namun kugagahi juga demi nak mengetahui penghujung cerita. Renda seperti hilang hala tuju. Mungkin keputusannya menikahi Ahmad Firasz terlalu terburu-buru. Ahmad Firasz pula, dia lebih selesa berprasangka terhadap Renda daripada cuba mencari cerita sebenar. Ikatan tanpa hala tuju itu terlerai akhirnya dan Renda membawa diri ke kota fesyen, Perancis. Di sana Raihan Hasyri hadir mengubat luka. Walaupun penerimaan keluarga Raihan Hasyri negatif terhadap Renda, mereka berjaya bertahan dan menempuh alam perkahwinan. Laluan ke pelamin mereka penuh dugaan dan kehadiran Aisy mengubat duka.
Suntikan elemen thriller di penghujung cerita terasa pemilihan penamat yang mudah dan tak pening kepala. Namun penceritaan elemen thriller di bab-bab awal jauh lebih menarik daripada penamatnya. Ending yang akan menggembirakan penggemar Ahmad Firasz tetapi tuduhan-tuduhan dahsyat rakan-rakan Ahmad Firasz terhadap Renda terasa seperti tidak berpenghujung.
sure fine whatever
rinn
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
Pelangi hati... datang dalam 7 warna bersilih ganti, namun destinasi di hujungnya, dia tetap mencari pelangi yang disukai.
Renda Ghazali: Seorg gadis yg bermula dari bawah untuk menuju puncak impiannya. gadis yang sering dihujani dgn rasa sakit bila dia hampir-hampir mengecap rasa bahagia.
Ahmad Firasz Omar: Dipertemukan dalam keadaan tidak terduga. Pasrah bahawa pernikahan itu terlerai angkara salah faham. Bumi Perancis itu menjadi destinasi dia melihat gadis itu membawa lara di hati sama.
Airel Yuki Hagiwara: Perkenalan sebelumnya hanyalah atas dasar persahabatan sebelum bercantum menjadi rasa sayang. Silap gadis itu hanya satu; menyukai lelaki itu kala diri menggalas status isteri buat seorg suami.
Raihan Hasyri: Seorg lelaki yg tulus, baik dan berbudi pekerti. Hadirnya membawa kebahagiaan dalam diri Renda menempuh suka duka mendatang. Dia cuma berdoa, kehadiran lelaki ini bukan sekadar persinggahan kerana hadirnya Aisy menambahkan kekuatan.
Sehingga akhirnya, siapakah yg benar-benar menjadi pelangi hati dan tidak meninggalkan dirinya pergi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment