Hasil dari merantau ke website rasmi Fajar Pakeer dan Blogspot Fajar Pakeer :)
HIKAYAT CINTA
Penulis: Ratu Bulan
Fajar Pakeer Sdn. Bhd
ISBN 978-967-365-111-5
Sem. Malaysia RM24
Sabah/Sarawak RM27
Apy Elina, wanita yang menyimpan cita-cita tinggi untuk memimpin pasukan bola keranjang suatu hari nanti. Apabila cita-citanya itu direstui oleh ibunya, dia mengambil keputusan nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, terdapat halangan yang perlu ditempuhi.
“Aku tak sangka, nak cari kerja lebih susah daripada cari calon suami. Dan aku tak tahu apa kena-mengena dengan umur 25 tahun dengan kerja yang ditawarkan. Mungkin aku berusia 25 tahun, tapi itu tak bermakna aku dah tua. Angka tak bermakna apa-apa!”
Orang kata, jikalau ada usaha, di situ akan ada jalan. Akhirnya, dalam masa yang singkat, Apy Elina berjaya mencapai apa yang dihajati apabila The Legend menawarkan jawatan jurulatih kepadanya. Dia sangka, cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kemunculan Adam Alexander dalam hidupnya benar-benar menguji kebolehannya memimpin The Legend.
“Mak cik, aku tak perlukan nasihat kau. Tak ada apa yang boleh halang aku daripada terus main bola keranjang.”
Demi cita-citanya, dia perlu jinakkan Adam Alexander, walaupun dipanggil mak cik. Misinya tidak semudah yang disangka apabila Adam Alexander mewujudkan tembok yang tinggi, yang sukar untuk dipecahkan dari luar. Bermula pada itu, dia mula mengenali lelaki itu secara dekat dan tanpa disedari lelaki itu berjaya mencuri hatinya. Antara cita-cita dan cinta, manakah yang menjadi pilihannya? Dan, mungkinkah Adakah Adam Alexander membalas cinta mak cik sepertinya?
----------------------------------
KEMARAU KASIH
Penulis: Ida Riyana
Fajar Pakeer Sdn. Bhd
ISBN 978-967-365-117-7
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23
Kerana keluarga, Azam Zikry dan Hanis Aqilah disatukan. Di awal perkahwinan, cinta tidak pernah bertandang dalam hati mereka berdua, terutama sekali Azam Zikry. Namun, kalau dah sering kali bersua muka, hati siapa yang tidak terjentik rasa?
“Walaupun kita tak pernah kenal dan tak pernah bercinta, Hanis nak abang terima Hanis seadanya.”
Keajaiban cinta berlaku antara Azam Zikry dan Hanis Aqilah. Daripada benci, ada cinta mula berputik. Daripada menyampah, menjadi sayang yang amat. Namun, ada ribut yang melanda rumah tangga mereka. Sarah muncul menuntut hak. Amir Fikry juga mahukan kembali haknya. Manakala Haikal, masih tidak sudah-sudah menangih kasih. Hati, semuanya dipenuhi kemarau.
Adakah kebahagiaan yang baru dibina Azam Zikry dan Hanis Aqilah bakal menemui titik noktah ataupun sebaliknya? Apakah Sarah dan Amir Fikry, berjaya mendapatkan kembali hak mereka? Mampukah Haikal terus menagih kasih yang tidak kesampaian? Kemarau kasih siapakah yang bakal menjauh daripada diri dan menemui titik akhir? Titik bahagia!
--------------------------------
CIK DIARI HATI
Penulis: Hanny Esandra
Fajar Pakeer Sdn. Bhd
ISBN 978-967-365-110-8
Sem. Malaysia RM17
Sabah/Sarawak RM20
“Sorry, bang!”
“Apa abang-abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni kering!”
Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut Vans berwarna putih, Shafwan Zakuan mula melancarkan perang dengan Aina Azzalea.
“Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!”
Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya… Buli! Hanya kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan, merebak pula ke kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan si pelajar tahun tiga. Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih di dalam minggu orientasi dan Shafwan itu Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.
“Kaki encik yang tendang, jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!”
Dalam menurut perintah, Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan Shafwan sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea boleh menjawab dan wajahnya selamba. Bagi Azzalea, segala protesnya biar Cik Diari Hati sahaja yang tahu.
Hubungan mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi. Bermula dengan nota misteri, gaduh-gaduh manja antara mereka, semakin parah dan berantakan pula jadinya. Semua itu angkara Ferdi. Ferdi tidak mahu hubungan mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu misi. Lalu, rancangan mula diatur.
Bila bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihana mengatur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak boleh dipanggil diari lagi. Si pembaca tersenyum dan cuba menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod cinta bermula? Atau yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapan...
KAU AKU KITA
Penulis: Okid Edyliyne
Fajar Pakeer Sdn. Bhd. at 11.2.12
ISBN: 978-967-365-105-4
Sem. Malaysia: RM18
Sabah/Sarawak: RM21
“Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?”
Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah—rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.
Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.
Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup ‘berkahwin’ sama dengan lima adik lelakinya: Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.
Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:
“Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula.”
Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah hidup bersama?
-----------------
LEBIH KURANG
Penulis Qaseh Qaisara
Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-365-106-1
Sem. Malaysia: RM17
Sabah/Sarawak: RM19
“Hidup siapa lagi orang nak susahkan kalau bukan hidup isteri orang…”
Mereka tinggal di rumah yang sama dan belajar di kolej yang sama. Namun kepala tak pernah sama. Zackhwan suka benar mencari pasal, Azrina pula mangsa utama.
“Kita dah jadi pasangan suami isteri di alam Facebook, jadi tak ada alasan untuk orang ceraikan awak. Orang betul sayangkan awak. Sayang sangat-sangat!”
Setiap kali terkena, Azrina hanya bersabar dan terus bersabar bersama perasaan benci yang membuak. Dia akan bertahan selagi boleh. Dari hari ke sehari, Azrina dapat menerima si wayar putus dengan perasaan senang. Tahulah Azrina, Zackhwan itu tidaklah senakal mana, hanya perangai semula jadinya yang suka melihat Azrina marah-marah. Comel sangat, kata Zackhwan.
Zackhwan pula sebenarnya bukan niat hendak mengena. Mungkin itulah caranya dia meluahkan kasih sayang terhadap Azrina. Kasih sayang yang berputik sejak mereka pernah bermain layang-layang bersama di zaman kanak-kanak. Semua kasih sayang itu Zackhwan simpan agar suatu hari menjadi kenyataan.
Namun cinta mereka hanya di alam kolej sajakah atau hingga ke akhirnya mereka akan bersama
-------------------------------
MAAFKAN ABANG
Penulis|: Eyla Hime
Fajar Pakeer Sdn. Bhd
ISBN: 978-967-365-092-7
Sem. Malaysia: RM22
Sabah/Sarawak: RM25
Tengku Ariff Hazimi, lelaki yang telah berjaya menambat hati Atikah Hatrisya dalam diam. Namun, rasa itu sedikit pun tidak pernah diakui oleh Hatrisya. Bagi Hatrisya, rasa itu hanya rasa senang yang timbul terhadap Hazimi. Tidak lebih daripada itu. Tapi, Hatrisya lupa, dia bukan siapa-siapa yang boleh tentukan rasa itu apa. Ada yang lebih arif dalam segala hal. Dan saat Hatrisya menyedarinya, dia tahu ada kekurangan pada dirinya untuk digandingkan dengan Hazimi. Keputusan menjauhkan diri diambil Hatrisya, membuatkan Hazimi tertanya sendiri.
Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk kembali rapat dengan Hatrisya. Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.
“Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah yang bawak sial kat dalam keluarga kami!”
Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi. Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.
Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya? Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperti sedia kala?
-------------------
No comments:
Post a Comment