Thursday, March 15

Rinn Reviews "Nuansa Kota Merah by Khairyn Othman"


Nuansa Kota Merah
Penulis: Khairyn Othman
Editor: Mohd Rohaizat
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Cetakan pertama 2011
RM20.00
Sabah /Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118623

"Untuk kamu pembaca budiman"

Aku suka pembukaan seperti yang tertera di atas. Ayat yang sangat pendek ini buat aku rasa seperti seorang pembaca yang penting. Aku mencari ruang masa yang betul-betul kosong untuk membaca karya ini kerana nama Khairyn Othman di kulitnya membuat aku pasti aku akan suka dengan karya ini.

Walaupun ia bukan kisah komedi tetapi ianya tetap manis, perisa Khairyn Othman. Bagi yang pernah baca Zahrah de Tigris dan amat menyukainya, aku gerenti korang akan enjoy cerita Islamik yang begini. Ia menceritakan para pejuang Islam zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau pejuang dahulu berperang dengan musuh-musuh Islam dengan cara mengangkat pedang, pejuang sekarang berperang dengan nafsu dan sikap diri sendiri yang membuat diri sendiri menjadi sesat dan jauh dari Allah.

Dina seorang gadis melayu yang sudah hilang melayunya. Dia hidup untuk berhibur dan bersuka ria. Ketibaannya ke Sepanyol menyingkap rahsia mimpi yang sering berulang-ulang dalam tidurnya. Ada yang melambainya kembali ke Sepanyol. Kembali? Bagaimana dia boleh kembali ke Sepanyol sedangkan dia belum pernah ke situ?


Pertemuan dengan Aaron memasukkan dia ke tengah-tengah misteri mimpinya. Dia seperti bertemu mata dengan dua insan yang sering mengunjungi mimpi-mimpinya. Naskah lama yang diterjemah Aaron menyingkap rahsia perjuangan mujahid silam yang kemungkinan besar merupakan susur galur wujudnya Aaron dan Dina sekarang. Mereka membawa kita menghayati kisah dua mujahid muda, Shuaib dan Salma mempertahankan tanah tumpah darah mereka dari ditakluki musuh-musuh Islam. Kisah-kisah novel inggeris membuat kita mengagungkan Wariors dan She-warriors fiksyen yang heroic dan romantis. Bacalah Nuansa Kota Merah, dan hayatilah kisah perjuangan manis Salma dan Shuaib, warior dan she-warior Islam yang merindui syahid walaupun kedua-dua hati sudah terpaut rapat.

Tahniah buat Khairyn Othman kerana menghasilkan kisah yang lain dari yang lain. Eh, ni cerita kahwin paksa tau, hehe. Salma kena kawin paksa dengan Shuaib masa orang tengah sibuk berperang. Masa dia tengah syok kat Shuaib tu takdak plak orang nak paksa dia kawin dgn mamat tu, bila dia dah mula benci tetiba plak terkeluar wasiat yang menyatakan Abi nak Shuaib dijodohkan dengan Salma. Shuaib ni anak melayu jati dengan aura hebat Hang Kasturi! Salma plak pemanah unggul Andalusia. :)

Kisah Shuaib - Salma menjadikan Aaron dan Dina nekad berperang dengan nafsu diri. Mereka mahu berubah ke jalan Allah. Berjayakah mereka dalam peperangan besar ini? Manis!


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/Sinopsis:

Babak 1:

Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dgn Aaron Mauricio, tetapi dgn cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!


Babak 2:

Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia ada bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.


Babak 3:

Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, "Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma."


Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

No comments: