Sunday, July 20
Buku baru lagi.. dan lagi..
buku baru dari creative enterprise.. gambar diambil oleh aprilsnow & kak ju'a hehe. ala2 mamarazzi :P
1. Cahaya di Hujung Nyawa - Maizura Mohd Ederis
2. Setulus Cinta - Siti Farrah Shahwir
Penerbit : Syarikat Fajar
Harga : RM24.90
Penulis : Sofieza Isqandar @ Rafizah Nordin
Blurb:
Perpisahan itu membuatkan Sara Sarina nanar. Menjadikan Sara Sarina lupa bahawa setiap yang terjadi adalah ketentuan Ilahi. Manusia hanya merancang… Sara Sarina mencuri-curi ruang. Mengisinya dengan hal dan masalah. Dia uji batas kesabaran sang ayah yang kasihkannya tanpa jemu. Dia duga ketabahan ibu dan adik tiri yang begitu ingin mendampingi dan menyayanginya. Di samping Pyan, Sara Sarina terasa dihargai.
Di sisinya dia terasa dicintai. Mengenali Pyan mengajar Sara Sarina erti cinta sejati. Tanpa dia sedari sebenarnya dia hanya bertepuk tangan sendiri. Dia lupa dan alpa. Baginya dosa dan noda tiada erti. Asyiknya tidak terperi. Namun hakikatnya keasyikan itu bagai duri. Bagai sembilu menghiris hati. Sara Sarina terperangkap dalam dunia ciptaannya sendiri. Memaksa dia pulang ke pangkal jalan, mendapatkan ayah dan ibu tiri.
Syukur pada Ilahi…walau seribu ulah dan kerenah, Sara Sarina tetap disambut pulang sementelah perginya tidak pernah dihalau. Kesedaran bertapak dalam diri. Intaian kisah semalam dicampak ke tepi.
sekali lagi.. terima kasih utk aprilsnow & kak ju'a.
Lagi untuk peminat buku..
Pesta Buku Malaysia 2008
Tarikh :31 Julai – 3 Ogos 2008
Tempat : PWTC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
uik mana ada mamarazzi sil, wa ngan kak ju'a x curi2 ambik taw, snap depan girlfren nick kat markas besar tu lagi..dia ok jer senyum2 sambil borak ngan kita org berdua taw..hehehe
p/s : beb, ini xsama ngan kaedah yg diguna pakai masa kita berdua menjadi mamarazzi kt pustaka mukmin dulu taw, ekekeke
haha cing :P kiranya ni misi terang-terangan lah ek. hampeh ekeke. so, lu beli tak buku maizura tu? wa suka gak buat koleksi dia nya buku.
cing.. lupa lak nak kasi tau.
wa tak leh nak letak kat tepi tu sbb kecik amat. ni pun kiranya yg terbesar dah hehe.
Maizura Mohd Ederis tu bukan ker penulis script Tangisan Bulan Madu versi Drama tv? nama macam familiar.
sure fine whatever
Rinn
orait laa tu beb...janji kita sudah melaporkan berita tentang kedudukan novel2 baru di pasaran...hehehe
uik, wa xder lagi novel dia laa beb..ingat nk beli buku Siti Farrah tu, $ xcukup aa, lupa nk tit tit pagi tu...si Baby lak dah paw wa gara2 x menang cabutan bertuah KN tu...ekekeke
iye ker Rinn, xperasan lak wa..almaklum dah dikaburkan oleh si Ezani, hehehe
betul tu rinn.
dia jugak penulis. pernah baca buku dia yg keluaran cesb - kiranya kau berbohong. lain2 tak ingat tajuk.
Maizura ni tulih cite apa sebelum ni?..Rasanya alaf ada penulis nama Maizura gak kan..orang yg sama ker?
Tahniah Sil & Ju'a..mamarazi GK.
ermm tu emma maizura yang buat citer Tiada Noktah Cinta & hit terbaru Ada Cinta Di Hati ;)
uik GK pun ada mamarazzi, wa layan borak ngan girlfren nick, permudahkan keje cing snap gambar tu..hehehe
Aku tanya .. Aku jawab sendiri ya..
Dia dah tulis 3 buku dgn CESB.
Indahnya Budi - 1996 RM11.90
Ku Rindu Kau Yang Hilang - 1999 RM15.90
Kiranya Kau Berbohong - 2002 RM15.90
Amacam..boleh jadi sepai tak?..Sapa dah bace buku buku lama dia ni?
kay, yg ke-3 tu confirm org ada. no 2 tu pun rasa mcm ada. no 1 memang sah2 takde. hehe. tak ingat dah cerita camana :P
Post a Comment