Wednesday, July 30

CESB - Julai 2008



Tajuk: Cahaya di Hujung Nyawa
Penulis: Maizura Mohd Ederis
Penerbit: Creative Enterprise
Harga: RM22.90

Blurb:
TIARA hanya ingin disayangi dan meraih cinta daripada lelaki yang mahukannya, bukan harta ibu bapanya dan Hud adalah lelaki yang tepat. Namun, perjuangan Tiara bersama Hud untuk hidup bersama tidak semudah yang disangka kerana ada banyak ranjau berduri yang mereka perlu tempuhi.

Berbekalkan hati yang cekal, kedua-duanya nekad menempuh gerbang perkahwinan tanpa restu orang tua. Tanpa disangka, tiba-tiba jarak menjadi pemisah dan Tiara jauh terasing di bumi Inggeris manakala Hud gigih berjuang untuk mendapatkan hak di sisi Tiara. Cinta, seakan tiada kesampaian namun berkat doa dan reda terhadap apa yang berlaku, Hud sanggup menggadai nyawa demi Tiara yang tiada dua... benar madah pujangga, lautan luas sanggup direnangi dan Hudlah lelaki itu, terapung di belantara cinta yang tiada penghujung...


Tajuk: Setulus Cinta
Penulis: Siti Farrah Shahwir
Penerbit: Creative Enterprise
Harga: RM22.90

Blurb:
Perhubungan yang istimewa terjalin antara Ain dan Zam, jiran yang dikenali sejak kecil. Zam dianggap sebagai seorang abang dan sahabat baik bagi Ain. Kekecewaan dalam percintaan membuatkan Zam akhirnya jatuh hati kepada Ain. Hadirnya Hadi terlebih dahulu dalam hidup Ain memberi satu halangan kepada Zam. Azim, kawan sekuliah yang popular turut menaruh hati terhadap Ain.

Masalah yang menimpa pada Hadi menyebabkan Ain berkorban dengan mengahwininya. Namun, hatinya dikecewakan dengan cinta Hadi yang tidak tulus. Ain diceraikan dan dikahwinkan dengan Zam yang direstui oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Adakah akan ada bahagia meniti dalam hidup Ain? Adakah Zam tulus mencintainya?

No comments: