Thursday, July 17

Karnadya



Sinopsis:

Manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Tidak hairanlah jika ada makhluk lain yang menumpang di bumi ini akan mengganggu dan seterusnya menyesatkan manusia yang dianggap sebagai permainannya…

"Akan kutuntut sepuluh keturunan warismu… Itu janjiku dengan nenek moyangmu!”

Fuad terpaksa mengharungi hidupnya. Walaupun berdampingan dengan ‘pewaris’ keluarganya sejak turun-temurun, Fuad tetap cuba untuk menghapuskannya. Perkahwinannya dengan Raihana adalah langkah terbaik untuk menjaga Raihana daripada terus diganggu.

“...sehebat mana pun kuasa makhluk di dunia ini… tiada lagi kuasa yang hebat daripada-Nya…”

Fuad mengharapkan segala-galanya berakhir.
Dia ingin hidup tenang dan bahagia bersama Raihana.
Biarlah kisah terdahulu luput. Dia tetap laluinya. Sesungguhnya cubaan serta dugaan dapat menguji keimanan seseorang…
Hanya keimanan menangkis segala kesesatan… mudah-mudahan… Amin…


akan datang dari Karnadya..

Sinopsis:

Kehadiran seorang penjual bantal dari seberang, membuatkan sekalian penduduk Kampung Parit Sangap menjadi lebih selesa dan tidur dengan lena. Hanya seketika, tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan satu penyakit yang sangat misteri.

Penunggu pohon kekabu, di hujung kampung yang selama ini ‘diam’ mula mengganggu menyebabkan orang kampung jadi gelisah dan kelam-kabut. Sebuah rumah kosong berdekatan dengan pohon kekabu tersebut turut menambah beban pada penduduk kampung yang semakin kacau bilau, termasuklah ketuanya, Pak Dolloh.

Kumpulan penyiasat Dol, Suppa dan Ku Chai semakin pening kepala. Misteri yang melanda tidak senormal yang disangka. Sumbernya berada di mana-mana. Ia melibatkan makhluk halus!

Kini, terpulang kepada kepintaran mereka untuk memecah kebuntuan, memulakan pencarian, merungkai satu persatu misteri yang melanda. Adakah mereka akan berjaya? Sedangkan... mereka tak punya banyak masa.

Keterangan lanjut.. sila layari laman web KarnaDya hehehe..

No comments: