Perhubungan yang istimewa terjalin antara Ain dan Zam, jiran yang dikenali sejak kecil. Zam dianggap sebagai seorang abang dan sahabat baik bagi Ain. Kekecewaan dalam percintaan membuatkan Zam akhirnyal jatuh hati pada Ain. Hadirnya Hadi terlebih dahulu dalam hidup Ain memberi satu halangan kepada Zam. Azim, kawan sekuliah yang popular turut menaruh hati terhadap Ain.
Masalah yang menimpa pada Hadi menyebabkan Ain berkorban dengan mengahwininya. Namun, hatinya dikecewakan dengan cinta Hadi yang tidak tulus. Ain diceraikan dan dikahwinkan dengan Zam yang direstui oleh kedua dua ibubapa mereka. Adakah akan ada bahagia meniti dalam hidup Ain?
Adakah Zam tulus mencintainya?
Buku terbaru dari CESB hasil karya Siti Farrah Shahwir. Pertama kali membaca karya beliau.
Sinopsis dibelakang buku mengejutkan aku. Lain dari kebiasaan buku buku CESB. Kebiasaan buku CESB, sinopsisnya tidak seterang begini. Andaian kesimpulan yang aku dapat dari cuma membaca sinopsis ini jer, kita dah tahu Ain seorang pelajar university yang mempunyai 3 calon iaitu Zam, Hadi & Azim. Ain akan berkahwin 2 kali. Pertama dengan Hadi kemudian terpaksa berpisah, cuma sebab musabab jer kita tidak tahu. Perkahwinan kedua Ain dengan Zam. Melalui sinopsis ini boleh diandaikan selepas kecewa dengan cinta pertama, Zam jatuh cinta dengan Ain yang selama ini dianggap sebagai adik.
Perkahwinan Ain dengan Zam direstu oleh kedua dua orangtua mereka. Maknanya perkahwinan pertama Ain dengan Hadi, tidak disukai dan mungkin tidak restui sepenuhnya oleh kedua dua orang tua mereka kan. Ain juga mempunyai seorang lagi peminat iaitu Azim, seorang mahasiswa yang popular. Kalau dah popular, kita boleh agak samada dia seorang bijak pandai, memegang sesuatu jawatan tinggi dalam persatuan, mempunyai raut wajah kategori hensom, seorang yang alim berpegang teguh pada landasan islam, atau seorang playboy atau semuanya ada pada Azim. Penutup cerita seperti yang disukai oleh GK.
Sebabnya Ain dah merasa duka dalam perkahwinan pertama, jadi mestilah perkahwinan kedua berakhir dengan gembira. Inilah kesimpulan yang aku dapat dari membaca sinopsis cerita ini.
Komen aku
Cerita yang menarik sekiranya anda tutup mata dari segi hukum agama islam tentang batas batas perhubungan lelaki dan perempuan yg bukan muhrim.
No comments:
Post a Comment