Wednesday, July 2

Manikam Kalbu

NAMA BUKU : MANIKAM KALBU
PENULIS : FAISAL TEHRANI
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
HARGA : RM25.00
HALAMAN : 364 MUKA SURAT
GENRE : NOVEL REMAJA

*****
---------------------------------------------------------------------------
'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'

Apa Kata Saya…

Manikam Kalbu, karya sasterawan muda prolifik dengan gelaran pena Faisal Tehrani yang begitu gah namanya dipersada kesusasteraan tanahair malah beliau juga dikenali diluar sempadan negara kita. Naskhah indah ini adalah pemenang utama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2007.(kalau salah sila maklumkan ye..)

Terus terang saya katakan inilah karya pertama beliau yang saya baca, itupun hasil pujukan yang berintikan desakan seorang teman yang menganggap ia sebuah naskhah hebat yang tidak harus lepas dari dibaca dan dihayati kisahnya. Bukan kerna tidak menghargai karya-karya beliau, malah saya akui kehebatan karya-karya beliau yang duduk pada kelasnya yang tersendiri,cuma kekuatan diri saya untuk mendampingi karya-karya hebat beliau begitu “menakutkan”sekali…gusar tidak mampu memahami dan menghayati naskhah berkenaan…namun naskhah indah bernama Manikam Kalbu telah berjaya menukar persepsi saya tentang siapa itu Faisal Tehrani.

Karya ini menggarap tema kecintaan yang mendalam seorang remaja bernama Ziryab Za’im terhadap dunia fesyen. Kecintaan itu bertitik tolak dari pengaruh yang kuat dari neneknya yang juga bekas jurubusana istana yang cukup terkenal suatu masa dahulu namun tiada siapa yang tahu sejarah keterlibatan nan gemilang itu yang hanya terbongkar selepas pemergiaannya ke alam kekal.

Kecintaan Ziryab yang begitu mendalam sekali terhadap dunia fesyen dan busana melayu berjaya dipenakan penulis dengan membawa pembaca merasai semangat dan kesungguhan anak muda ini mendalami serta memahirkan ilmu berkenaan dalam dirinya walau sepayah mana dugaan yang terpaksa ditempuh diharungi jua olehnya. Sebagai melengkapkan perwatakan anak muda ini, penulis turut menyelitkan gelombang perasaan anak muda yang ada kala keliru dengan rasa yang terbit dalam jiwa bila kala diberi perhatian oleh insan bernama perempuan. Begitulah juga Ziryab, dalam diam dia juga menyimpan rasa pada gurunya sendiri, Cikgu Natasha yang punya tarikan pesona yang tidak sedikit.

Berlatarkan dua zaman yang dihubungkan oleh seekor kucing, gaya bahasa yang dibawakan juga mewakili dua zaman yang berbeda namun indahnya tetap mempesona bersesuaian dengan situasi latar cerita. Di dalam menyampaikan wadah cerita, penulis mengajak pembaca menyusuri dan meneroka dunia sejarah dan kegemilangan busana melayu zaman silam. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada tiap inci busana yang dikenakan di tubuh.Menerusi watak utama, Manikam Kalbu, seorang jurubusana terkenal di zaman pemerintahan Sultan Muhamad Shah dari Kesultanan Melayu Melaka penulis mengajak pembaca menyusuri perjalanan si jurubusana terbilang ini menggali semua ketakjuban dalam kesenian busana melayu dan mengangkatnya ke tahap yang sewajarnya di dalam masyarakat.

Sebuah novel yang diisi unsur humor berlatarkan dua zaman yang berbeda tapi disatukan oleh suatu cerita nan sama tujuannya. Gabungan persembahan antara unsur tema, plot, watak, perwatakan, latar juga gaya bahasa menjadikan naskhah ini sebuah novel remaja yang cukup padat isinya tapi sangat indah dan menarik untuk dibaca.

Mari kita hayati persoalan ini:

“…. Mengapa air laut itu masin?
…. Ikan apakah yang banyak sekali di lautan?
….. Kenapa ikan makan di dalam air?
…. Kenapa ikan tidak boleh tidur?

...Apakah sebab ikan di laut tak pernah habis?...”

Kalau mahu tahu jawapanya, tanyakan saja pada si Manikam Kalbu, jurubusana nan bijak laksana. Selamat menghayati naskhah indah ini.

7 comments:

NickyAzrai said...

adush .. ayat kebabom

congrat & tahniah Kuc
dpt khatam MK - FT & kasi review yg bombastic

agak2 kalo hang dah buat review nikan ade harapan tak kalo aku skip aku punya review
*garu kepala - mintak nyawa hehe*

silencez said...

47heppppppp!! sapa yg nak cengkelat tu? dah berulangkali baca, lagi mau lari ekekeke.

cing.. best best.

sapa mangsa seterusnya ye? hehe.. org miri ke? :P

Rasha_rz said...

ha. ini baru betul. kucing mereviu kerja kucing yang menjahit.kehkehkeh.
tapi novel tu memang hebat dan budak faisal tu semua dia tau. tak tau lah apa yg dia tak tau. mungkin dia dilahirkan untuk seni dan sastera. tahniah padanya.

kucc_aprilsnow said...

ekekeke...takat tu yg mampu dicoretkan nick, sil.. lu pun sedai maklum org tu teramat hebat penanya wa pun fenin nak wat review tapi belasah jer laa yg ptg wa dah tunai janji...

erk yg sorang tu kan sil wa tgk bercinta jer punyalah lama ngan si CHHR..sampei ke kuching bercinta tu..wei, bila nak termetrai janji tu beb, ekekeke

kucc_aprilsnow said...

ekeke, ila kucing ni baru tahap cempedak luar pagar, x layakpun nk review kerja "kucing" yg satu tu...cuma setakat berkongsi rasa aje leh lah...

xdpt nak dinafikan kehebatannya tatkala memegang pena...miraclenya tangan dia kan...

MDM FARAH FAIZURA said...

nanti cuba dapatkan karya ni

sekarang baru hendak menekuni 1515... hahaha..

kucc_aprilsnow said...

baca jgn xbaca MK ni Inche Dingin..kalau nk lebih info pasal karya2 FT ni tanya lah vice presiden geng kicap, nickyazrai; tu peminat tegar no.1 FT...ekekeke