TAJUK BUKU : BILA NYSRAH KATA TAK MAHU
PENULIS : AIDIL KHALID
PENERBIT ; JEMARI SENI PUBLISHING
HARGA : RM18.00
HALAMAN : 427 MUKA SURAT
GENRE : NOVEL REMAJA
***1/2
------------------------------------------------------------------------------------------------
”...aku tak mahu..”
Apa kata Saya..
Letakkan diri anda dalam ”kegelapan” yang dialami Nysrah si manis 17 tahun peneraju utama kisah ini; dicabul, dirogol dan mengandung akhirnya.Akan tenggelam puncakah anda saat itu?akan hilang pertimbangankah anda dengan beban yang sedemikian?.Pelbagai rasa yang saling bertingkah dalam hati, mengusar minda..lebih parah tiada siapa di sisi yang dipercayai untuk mengadu,menghulur bahu sebagai alas melepas sendu.Bila bayangan sang penyelamat tidak langsung sudi menunjukkan rupa, lalu apakah langkah ”penyelesaian” terbaik yang harus anda dipilih.Mati??...Itukah yang jalan terbaik?...
Penulis cerita ini ingin membawa pembaca menyusuri dan menyelami kisah suka –duka seorang gadis manis 17 tahun yang hijau dalam memahami rencah dunia yang penuh sisi gelapnya. Kelana dirinya dari Tanah Merah ke Serting pada setiap cuti sekolah akhirnya menjerumuskan dirinya dalam perangkap manusia yang berkiblatkan nafsu syaitan.Perangkap yang akhirnya mencemarkan maruah kegadisannya.Saya tidak melihat paparan sisi gelap dalam cerita ini sebagai satu latar belakang yang tidak sihat bagi bacaan para pembaca tetapi pengisian nilai yang cuba diserlahkan penulis sebagai renungan, peringatan dan panduan bersama.Peringatan sinis lebih pada ibu-bapa di luar sana agar jangan sewenangnya melepaskan anak gadis sekolahan anda sendirian berkelana membelah kepekatan malam kerna malang tidak pernah memberi isyaratnya.
Pembina plot cerita bergerak secara kronlogi dengan serba sedikit sisipan teknik imbasan kembali demi menguatkan lagi jalan cerita.Dari segi perwatakan peneraju utama kisah ini Nysrah dibangunkan secara konvensional bersesuaian dengan watak sebagai remaja yang masih muda belia; hijau serta naif.Watak-watak pembantu serba sedikit membantu pengisian keseluruhan cerita ini.Penggunaan bahasa mudah, tiada yang melankolik juga berbunga-bunga, bersesuaian dengan latar cerita yang menggunakan kehidupan pelajar sekolah berasrama sebagai lokasinya.
Tema cerita ini berdiri atas nilai persahabatan serta kemanusiaan.Walau nampak biasa-biasa sahaja namun perjalanan naratif yang harmoni serta mudah menerusi teknik suntingan yang kemas menjadikan cerita Nysrah ini indah di mata.Percubaan pertama, penulis, bagi saya sudah cukup baik.Soal kelemahan tidak dapat dinafi memang wujud, moga dengan masa dan bimbingan , Aidil mampu utuh di persada seni penulisan kreatif ini.Sama-sama kita mendoakannya.
Buat penulis, tahniah atas kelahiran novel pertama anda ini. Semoga terus berusaha memperbaiki kelemahan yang ada agar anda mampu bergelar penulis ternama suatu hari nanti, insyaallah.
Kisahnya...
Nysrah 17 tahun,pelajar sekolah berasrama di Serting yaang berasal dari Tanah Merah. Disetiap musim percutian, maka akan timbul masalah buat Nysrah bila pulang ke sekolah.Tiba di stesen Bahau seawal 5 pagi, sepi tanpa siapa untuk menjemputnya. Pihak sekolah tidak mengendah rayuan terdahulunya...senang cakap lepas tangan!!
Dari kisah cubaan dicabul di surau dan beg yang berisi barang penting dan berharga hilang, masalah Nysrah mula diberi perhatian sedikit oleh pihak berkuasa sekolahnya. Kisah ini jugalah menemukan dirinya dengan Budi Alam, pemuda pekerja restoran yang telah membantu dirinya tika ditimpa musibah. Perkenalan membawa pada persahabatan yang erat antara kedua-duanya.Budi Alam, pemuda terpelajar yang lari dari masalah diri dan keluarga cuba membina diri dengan caranya sendiri.
Persahabatan 2 remaja ini yang bertukar darjahnya bila bibit-bibit kasih antara keduanya mula terbit. Nysrah yang hanyut dengan angan-angan mula menganyam mimpi namun belum sempat ia jadi nyata...musibah paling malang menimpa dirinya kala pulang dari bercuti tika musim sekolah. Maruah dirinya diragut oleh manusia yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar-pelajar. Tergaman, sedih, takut, keliru dengan apa yang berlaku pada dirinya...hanya pada Budi tempat mengadu, malang bertimpa kesan dari kejadian pahit itu, Nysrah mengandung.
Bila insan yang paling diharap membantu menghindar diri kerna tidak mahu memikul beban yang paling aib sekali, lalu pada siapakah lagi harus disandarkan sendu. Tanpa sesiapa untuk dipercayai kerna pernah dikhianati oleh rakan akrab akibat peristiwa terdahulu walau dia tahu niat murni mereka; nekad Nysrah demi menamatkan masalah dirinya, tamatkan sahaja riwayat diri.
Setiap perbuatan baik hatta buruk akan ada balasannya. Begitu jua ajal kita. Bila maut belum mengundang, tiada kuasa yang mampu mengubahnya.
Selamat ”bertak mahu” bersama karya Aidil Khalid ini.

No comments:
Post a Comment