Thursday, July 24

PTS


Tempat : Kompleks PKNS Shah Alam
sempena Pesta Buku Selangor


Tarikh: 26 Julai 2008 (Sabtu)

Penulis: Zamri Aminuddin
Masa: 11.00 – 12.00 tengah hari
Buku: Mengapa Gagal Menjual

Deskripsi: Dapatkan tip penulis bagi mempengaruhi dan memikat lebih ramai pelanggan dengan efektif dan beretika serta meningkatkan jualan produk. Hubungi Aizat 016-661 2017, bagi maklumat lanjut.


Penulis: Ahmad Fadzli Yusof
Masa: 12.00 – 1.00 petang
Buku: Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah

Deskripsi: Bersama penulis popular, mengupas prinsip Hijrah yang diamalkan individu berjaya bagi mencipta kecemerlangan dan kejayaan. Hubungi Siti Nor Fadilah Saleh, 016-661 1764 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.


Penulis: Aminah Mokhtar & Amir Husaini
Masa: 1.00 – 2.00 petang
Buku: Seteguh Fikrah Salehah & Transgenesis

Deskripsi: Temui novelis yang memenangi pelbagai anugerah sastera dalam bidang penulisan novel. Juga Transgenesis novel fiksyen sains thriller yang menerapkan elemen saintifik dan cemas saintifik. Peminat boleh bertemu mereka dan mendapatkan tanda tangan. Hubungi Siti Nor Fadilah Saleh, 016-661 1764 bagi maklumat lanjut. Semua dijemput hadir.


Penulis: Ann Wan Seng
Masa: 2.00 – 3.00 petang
Buku: Rahsia Islam di China & Formula Bisnes Negara China

Deskripsi: Penulis dilahirkan dalam keluarga Cina dan memiliki bisnes sendiri tekad memberi informasi mencontohi bisnes dan kegemilangan Islam di China. Temui beliau dan hubungi Azmi Mamat, 016-661 1453. Semua dijemput hadir.


Penulis: Shamsuddin Abdul Kadir
Masa: 3.00 – 4.00 petang
Buku: Kaya dengan Rumah

Deskripsi: Pemilik web www.shamsuddinkadir.com adalah pakar wang dan hutang menerangkan kepada pengunjung cara mengurus gaji dan menyelesaikan hutang mengikut kira-kira yang tepat dan selamat. Temui beliau dan hubungi Aizat, 016-661 2017. Semua dijemput hadir.



Tarikh: 27 Julai 2008 (Ahad)

Penulis: Amin Idris
Masa: 1.00 – 2.00 petang
Buku: PDA untuk Pemimpin Berwibawa

Deskripsi: Temui beliau bagi mendapatkan tip menjadi eksekutif, ketua, remaja dan masyarakat yang berwibawa. Peminat boleh bertemu beliau bagi mendapatkan tanda tangan. Hubungi Siti Nor Fadilah Saleh, 016-661 1764 bagi maklumat lanjut.


Penulis: Geng PEKOMIK
Masa: 2.00 – 4.00 petang
Buku: Lili Lulu Lala, Kecemprengman, Liga Pendekar dan TWINX

Deskripsi: Temui Nurazmi Mohter, Poyo, Azhar Abdullah dan Pac dengan brand pelopor komik Malaysia (komik-M) menggayakan aksi daripada watak ciptaan masing-masing. Sila hubungi Wanzu, 016 -661 1549.


Tarikh: 2 Ogos 2008 (Sabtu)

Penulis: Saridah Hamid
Masa: 11.00 – 12.00 tengah hari
Buku: Bahtera Nabi Nuh

Deskripsi: Temui penulis yang komited menyampaikan dakwah kepada remaja melalui tulisan yang santai dan bersahaja. Dapatkan juga motivasi menulis dan kongsi pengalaman beliau dalam bidang kewartawanan. Temui beliau dan hubungi Imran Azmi, 016-661 1540.


Penulis: Sunthara Segar
Masa: 12.00 – 1.00 petang
Buku: Rahsia Melabur dalam Unit Amanah

Deskripsi: Dapatkan tip melabur yang selamat dan menguntungkan daripada pakar bidang insurans, unit amanah, pemasaran produk kewangan, wasiat, amanah dan pinjaman perumahan. Temui beliau dan hubungi Aizat, 016-661 2017 bagi maklumat lanjut.


Penulis: Norlela Zubir
Masa: 2.00 – 3.00 petang
Buku: 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia

Deskripsi: Penulis wanita yang giat memotivasi wanita menceburkan diri dalam bidang bisnes dan mengurus keluarga. Temui beliau dan hubungi Aizat, 016-661 2017 bagi maklumat lanjut.


Penulis: Zaid Akhtar
Masa: 4.00 – 5.00 petang
Buku: Salju Sakinah

Deskripsi: Novelis popular ini menemui pengunjung bagi berkongsi pengalaman menulis dan cara menulis novel yang bersifat drama dan popular. Hubungi Siti Nor Fadilah Saleh, 016-661 1764 bagi maklumat lanjut.



Tarikh: 3 Ogos 2008 (Ahad)

Penulis: Bahruddin Bekri & Faizal Dzasrik
Masa: 4.00 – 5.00 petang
Buku: Dunia Ini Sederhana Kecil & Ini Suatu Cerita

Deskripsi: Temui novelis remaja ini bagi berkongsi pengalaman menulis novel isu remaja bekerjaya dan bergaya di kota metropolitan. Peminat boleh bertemu mereka bagi mendapatkan tanda tangan. Hubungi Ann, 016-661 1502 bagi maklumat lanjut.


Terima kasih untuk En. Baharuddin, utk infor ni.

No comments: