Monday, July 28

Secantik Anugerah

TAJUK BUKU : SECANTIK ANUGERAH
PENULIS : SARNIA YAHYA
PENERBIT : NB KARA
HARGA: RM19.90
HALAMAN : 502 MUKA SURAT
GENRE : ROMANTIK DAN KEKELUARGAAN


****
-------------------------------------------------------------------------------
” terima segala-gala dengan seadanya.Setiap sesuatu yang dijadikan ada perbezaan dan keistimewaannya..”

Apa kata saya

Masih terngiang-ngiang di telinga dialog Datuk Rahim Razali lewat filem Cinta; ” isteri adalah anugerah, bukan hakmilik..”Patah-patah perkataan dalam dialog ini begitu dalam makna buat renungan insan bergelar suami. Dialog ini juga punya makna yang cukup besar untuk dikaitkan dengan buat tangan pertama Sarnia Yahya bersama NB Kara ini.

Bagi saya, ini novel wanita, tentang wanita.Apapun jua perbezaan pandangan seseorang terhadap novel ini, ia tidak lebih daripada bagaimana sesebuah rangka cerita itu ditulis, dan bagaimana ”treatment” terhadapnya dilakukan oleh sang editor hingga menghasilkan sebuah cerita nan lengkap untuk hidangan pembaca.Penulis wanita bagi saya lebih halus dalam mengungkapkan emosi terutama mengenai cinta.Mungkin kerna wanita mengartikulasikan emosi dengan lebih baik dan jelas berbanding lelaki.

Sebenarnya kekuatan cerita ini bukanlah perpaksikan pada tema, plot juga watak-wataknya tetapi berpunca dari penceritaan itu sendiri. Walaupun penceritaan begini bukanlah sesuatu yang baru dan tidak pernah dibuat sebelum ini kerna adakalanya sesuatu karya tidak terlepas daripada pengaruh intertekstual karya lain yang meresap masuk dengan tidak disedari, namun yang menjadikan ia sumber kekuatan utama cerita ini adalah kaedah penyampaian penulis yang sangat cantik dan harmoni disulami elemen-elemen bahasa indah dengan sisipan dialog-dialog romantis yang cukup cantik. Begitu juga dari segi nilai dan mesej mengenai hubungan sesama manusia yang cuba disampaikan oleh penulis, ia begitu dekat sekali dengan kehidupan sosial masyarakat di luar sana.

Justifikasi penulis tentang cinta cukup indah dan cantik. Hakikatnya tidak pernah sedikitpun insan berhenti untuk mencari cinta mahupun lari daripada diburu cinta.Manusia selagi bernyawa akan terus bercinta, mencintai atau dicintai.Inilah intipati kisah nan romantis ini.

Buat penulis, sekalung tahniah atas kelahiran novel sulung anda ini. Semoga dengan bimbingan kak yati di NB Kara, anda bakal mengukir nama sebagai seorang novelis genre romantik yang dikagumi di masa hadapan, insyaallah.


Kisahnya...

Nur Aisya @ Aisya, janda muda yang dicerai suami, Azri lewat perkahwinan kedua suaminya dengan Natasha, calon pilihan keluarga walau Azri tidak menginginkan penceraian tersebut, tapi demi tidak mahu merumitkan keadaan, pengorbanan darinya dituntut. Azri reda walau dia sebenarnya berkahwin demi menjaga maruah Natasha sekeluarga.

Aisya kemudian cuba dipikat oleh pengurus besar ditempat dia bekerja, Syed Firdaus, duda yang telah 12 tahun berpisah dengan isterinya. Hati yang masih mengingati bekas suami disamping kesan peristiwa tersebut yang masih menghantui dirinya membuatkan Aisya cuba menolak kehadiran Firdaus dalam kehidupannya.Takut sejarah lama kembali berulang.

Kesungguhan dan keikhlasan Firdaus ternyata berjaya mengubah persepsi Aisya tentang lelaki dan perkahwinan. Mereka akhirnya bakal disatukan. Azri muncul kembali disaat Aisya berjaya melupakan dirinya dan belajar menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya. Azri yang sebelum ini dimomokkan dengan perkahwinan Aisya dan Farid, teman rapatnya terkejut bila mendapati Aisya ternyata belum punya sesiapa dan bakal berkahwin pula dengan seorang lagi teman rapatnya, Firdaus.

Aisya membulatkan tekad menerima Firdaus sebagai suami dan reda dengan kegagalan perkahwinannya bersama Azri. Azri yang kematian Natasha selepas melahirkan Intan Aisya yang rupa-rupanya adalah anak hasil hubungannya dengan adik Firdaus, Fahrin.

Firdaus yang terkejut dengan cerita itu mula meragui Aisya, takut akan kehilangan Aisya pada Azri yang ternyata masih menyintai bekas isterinya itu.Walau Aisya terkejut dengan berita tersebut namun kehadiran Firdaus berserta kembar Danial & Danish adalah pelengkap kebahagiaannya dan sebagai pengganti kisah dukanya sebelum ini bersama Azri.

Musibah yang melanda Fahrin membongkar segala keaiban yang cuba diselindung keluarganya selama ini.Keinsafan membuat Fahrin ingin berjumpa anaknya,namun Azri enggan membenarkan kerna kecewa dan sakit hati dengan perbuatan Fahrin. Perbuatan yang menyebabkan dia kehilangan wanita yang paling dicintainya, Aisya. Buntu dengan pendirian Azri, Aisya menawar diri memujuk. Firdaus yang agak keberatan akhirnya akur bila Aisya sudah mengakui tiada lagi ruang buat Azri dalam hatinya..dia hanya lah sebuah kisah silam.

Pujukan Aisya berjaya mengubah pendirian Azri demi masa depan Intan Aisya sendiri. Sengketa dan dendam lama terlerai akhirnya. Walau Aisya dan Azri gagal bersatu semula, masing-masing akhirnya dipertemukan dengan insan lain sebagai pengganti.Setiap kegagalan dalam kehidupan bukan penamat untuk segala-salanya. Ada hikmah tersembunyi yang dianugerahkan olehNya buat insan-insan yang reda.

Selamat menghayati kisah nan romantis ini.

5 comments:

Cik Stoking Belang said...

review hang kebabom lah kuc

aku dah baca
dan aku suke

cinta tak semestinya bersatu
apatah lg cinta pertama
(cilokan berjaya dr sinderela la la la la *kenyit manja*)

silencez said...

tu cinta pertama nick.
hang agak, cinta kedua, ketiga.. ada harapan tak bersatu? :P

Cik Stoking Belang said...

sil..
hang ingat aku nie doktor cinta ka tanya aku soklan best camtu *kening jongkang-jongket*

kucc_aprilsnow said...

wakaka....jaga2, jgn cilok sebarangan nnt "saya saman court dalam..."

p/s: wei, mana la review CHHR lu beb, sampai tumbuh jerawat batu wa tunggu taw..kan acik sil kan.

silencez said...

laa nick..
hang bukan doktor cinta ke? ekeke.
paling kurang pun kaunselor kan bab2 tu :P

cing..
tu lah. rasa ubah dah makin bertambah, chhr tak muncul2 gak. wa rasa dia tengah ulang baca kali ke 17 lah.

ahad ni wa beli buku ni. tu pun kalau diskaun kaw2. kot tak sekali waktu beli barang2 raya nanti :P