Monday, July 7

Aku Cinta Kyra

TAJUK BUKU : AKU CINTA KYRA
PENULIS : RAMLAH RASHID
PENERBIT : BUKU PRIMA SDN BHD
HARGA: RM 18.90
HALAMAN : 517 MUKASURAT
GENRE : KEKELUARGAAN

****
--------------------------------------------------------------------------------------------

“…saya sedar, Kyra penuh di dalam hati abang. Sejak dulu lagi saya mengesyaki sesuatu di dalam hati abang dan Kyra, tapi saya menolaknya dek cinta saya. Saya terlalu mencintai Kyra. Tapi pastinya cinta abang lebih besar kerana sudah begitu lama tumbuhnya. Saya akur, saya pasrah…”

Apa Kata Saya

Ikatan kasih sayang dan kecintaan pada keluarga adalah segala-galanya buat kita yang bergelar insan di muka bumi ini. Tiada gantinya di dunia ini, tidak akan dapat di beli di mana-mana atau dikutip di tepi jalan. Ia anugerah dariNya buat kita maka ikatan ini harus djaga dengan penuh syukur dan rasa tanggungjawab. Namun adakala manusia sering tersasar tika membuat perhitungan.

Inilah yang cuba dipersembahkan oleh Aku Cinta Kyra, karya terbaru Ramlah Rashid Ia mungkin antara secebis kisah yang pernah berlaku di luar sana,lalu diangkat penulis menerusi penanya untuk renungan dan dinilai atau mungkin sebagai persiapan seandainya ia singgah dalam kehidupan kita.

Fragmen utama cerita ini menyusuri elemen hubungan dan nilai kasih sayang antara seorang abang angkat pada adiknya yang membawa pada terbitnya rasa cinta dalam dirinya. Biarpun rasa itu cuba dihindar, dibunuh tapi cinta tidak mengenal mangsanya.Akur dengan perasaan itu, dia berjuang untuk mendapatkannya.walau banyak halangan terpaksa ditempuh demi merealisasikan impian tersebut. Fragmen plot cerita bergerak perlahan demi memaparkan momentum emosi yang melanda si peneraju utama cerita serta hubungan emosinya dengan watak-watak utama yang lain.

Konflik yang diwujudkan antara watak-watak utama cerita ini, Kyrul Idham, Kyra Idora juga Hairee digambarkan penulis dengan cukup baik. Bila rasa cinta ini turut membabitkan satu pihak lain yang punya ikatan persaudaraan,yang sangat dekat lalu apakah jalan yang terbaik yang harus dipilih.Apakah justifikasinya nanti bakal mengundang padah atau sebaliknya.Segala perlu diperhalusi agar tiada pihak yang kecewa.

Penulis begitu berjaya menyusuri pergolakan dalaman yang dialami oleh peneraju utama cerita ini, Kyrul Idham, anak terbuang yang ditinggal ibu bapa sendiri lalu dipelihara dengan penuh limpahan kasih-sayang oleh keluarga angkat lalu terperangkap antara rasa kasih pada adik dan cinta padanya. Idham digambarkan dengan cukup sederhana tapi penuh elemen lelaki impian., Perwatakan dalam cerita ini juga menarik kerana ia tidak dibangunkan dengan pertembungan watak hitam dan putih yang kerap kita baca dalam karya-karya kreatif yang berada dipasaran. Buat penulis, syabas atas karya terbaru ini dan semoga terus cemerlang berkarya dia masa hadapan.


Kisahnya…

Kyrul Idham dan Krya Idora yang dibesarkan bersama sebagai adik beradik walau Idaham hanya abang angkat namun tidak diketahui status itu oleh Kyra atas amanat arwah ayah angkat yang mahu hubungan mereka tidak dibezakan statusnya. Idham yang dalam diam mencintai adik angkatnya itu namun cuba menyembunyikan perasaan itu demi amanat dan rasa hormat pada keluarg angkat yang sudi memeliharanya bila dia ditinggalkan ibu bapa sendiri…

Sikap Idham yang sangat pengasih dan penyayang pada adik angkatnya Kyra membuatkan hubungan mereka berdua begitu akrab hingga menimbulkan kegusaran pada ibu mereka. Jika selama ini Idham bijak berlakon, kehadiran Hairee yang cuba memikat Kyra membuatkan Idham tersentak, lebih tercabar bila Kyra mula menunjukkan minat pada Hairee.

Pergolakan emosi dalaman Idham berjaya dikesan ibu angkatnya namun dia kecewa bila hubungannya dengan Kyra cuba direnggangkan ibu demi kebaikkan bersama. Walau merasakan diri seolah-olah dipinggirkan, Idham cuba tidak menunjukkan kesedihan itu demi kerana kasih sayangnya yang cukup besar pada keluarga angkatnya. Dia rela beralah, rela membunuh cintanya pada Kyra. Hairee juga dapat mengesan sesuatu yang tidak enak dimata dan hatinya bila melihat cara Idham melayan Kyra.

Kemuncak konflik berlaku di malam pertunangan Kyra dan Hairee.. Idham rupa-rupanya adallah abang Hairee yang ditinggalkan dahulu pada keluarga Kyra. Konflik tambah runcing bila Hairee menyedari dia hanya anak pada isteri kedua sedangkan Idhamlah pewaris sebenar keluarga.

Demi menebus rasa bersalah, ibu bapa Idham melakukan apa saja demi mengembalikan Idham ke rumah mereka semula walau tindakan tersebut cukup membuatkan Hairee rasa diketepikan. Tambah parah bila Kyra yang sedari dulu amat menyukai Idham terang-terangan meluahkan perasaannya pada Idham. Idham dan Hairee terperangkap dalam merebut cinta Kyra. Walau Kyra sudah menyatakan pilihannnya, Idham dihimpit dillema untuk membuat keputusan.

Manusia adalkalanya merancang, tapi Dia penentu segalanya. Di saat kebahagian hampir di raih, Idham dan Kyra dikejutkan dengan berita yang sangat merengut hati mereka berdua. Walau Kyra enggan berganjak, Idham nan waras, bijak membuat keputusan demi masa depan mereka dan keluarga. Tersurat sudah Kyra Idora bukan miliknya tapi anugerahNya buat Hairee.

Buat semua, selamat menghayati kisah nan dramatik ini.

7 comments:

Rinn said...

tengok nama Ramlah Rashid dah teringin nak baca! :)

kucc_aprilsnow said...

jgn teringin jer rinn..gi beli terus kt kedai taw, hehehe..yg pasti cerita RR mmg xpernah mengecewakan wa...beshhh semuanya

Rasha_rz said...

hai, terima kasih review tuan rumah. nampaknya tuan rumah benar2 memahami isi di dalam hati kak ila. ulasannya benar2 bertepatan. itulah yg mahu kak ila sampaikan sebenarnya. terima kasih sekali lagi.
p/s kak ila bimbgang ACK akn diprotes sebab andingnya tidak menyebelahi watak. pun begitu, rupa2nya ia diterima seadanya. Terima kasih lagi....

NickyAzrai said...

kuc
kebabom lg.. congrats

kak ila
w/p ending sad tp aku suka je
sb kalo ceritanya kayra kawin ngan idham aku rasa aku sukar nak hadam dan isi perut rasa cam kluar dr mulutku ini akan berwarna hijau.

kucc_aprilsnow said...

hi ila...alhamdulillah

rasa mcm kembang 2 mangkuk lak wa bila tuan punya buku puas hati dgn review yg tidak sesempurna mana dr wa...

wa mmg anti cite2 anti-klimaks ni ila..tapi rasanya ending cite ni more to win-win situation.

kucc_aprilsnow said...

lu tu biasa laa nick...mmg gemor bebenor ending yg anti-klimaks ni wa dh hafal sgt hal tu, ekekeke

p/s : setakat hijau tu dh biasa sgt..cuba laa kaler lain beb,ungu ker, hehehe

NickyAzrai said...

ye lah cik kuc

next time aku try kaler pelangi lak hehehe