Monday, July 14

Akan Datang dari Noor Suraya....


Judul Novel: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
------------------------------------------------------------------------
Sedutan Novel ...

Dahlia menutupi badannya yang kecil dengan gebar putih. Dia berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu di tengah rumah tingkat tiga itu dengan telanjang kaki. Ruang yang sederhana luas itu, sebahagiannya ditutupi rak buku yang tinggi hampir mencecah ke lelangit rumah. Ada sofa lembut warna merah jambu berbelang putih memenuhi ruang tamu itu. Walaupun sofa tu sudah lusuh tetapi masih bersih; sehinggakan warnanya yang pudar itu nampak bagaikan satu fesyen pula. Kerusi otoman warna maroon, satu-satunya perabot baru yang ayah beli setelah hampir sepuluh tahun Dahlia pergi. Semuanya tidak berubah, sama seperti dulu! Serupa!
Kecuali.... Nay sudah tidak ada!

Di sudut ruang belajar itu, ada lukisan yang Dahlia lukis sewaktu dalam tingkatan dua. Dahlia memang tidak pandai melukis, dan lukisan yang tergantung itu satu-satunya yang pernah dia lukis secara serius. Itu pun kerana terpaksa, kerana dia tersalah pilih aktiviti kokurikulum. Hanya kerana dia ingin melarikan diri daripada sekelab dengan Wadi, dia mendera perasaannya dengan segala warna, kertas, berus. Jadi itulah hasilnya. Namun lukisan itu ada nilai sentimental yang tersendiri. Lukisan itu telah dijual untuk mengutip derma, dan ayah membeli dengan harga yang mahal. Sejak itu, ia menghuni ruang ini sejak bertahun-tahun. Dan ayah Dahlia pernah berbangga bukan main padanya pada waktu itu!

Sebenarnya ayah suka kalau Dahlia pandai melukis. Tanah tinggi ini ada seratus panorama yang boleh dipindahkan atas seribu kertas, kata ayahnya. Itulah hasil kerjanya: lukisan warna-warni tentang ladang ini dari jendela matanya sendiri. Ada bunga dahlia pelbagai warna, jua dahlia dalam warna hijau. Dan sepasang sibur-sibur berebut akan bunga nan satu. Ayah suka melihat latar ladang teh yang beralun dan menganjur luas di belakang bunga-bunga itu. Sedangkan nay pula mengagumi bunga dahlia besar berwarna seroja yang terserlah di depan sekali. Kata nay, dahlia seroja itu ialah Dahlia... penyeri banglo warisan ini. Manakala Dahlia lebih menyenangi sibur-sibur itu. Kata nay, sibur-sibur itu menyerupai nyamuk tiruk aja! Ah, nay... bukankah itu jelas-jelas sepasang sibur-sibur. Mana mungkin dikatakan nyamuk!...

*********************
Nota :

Novel ini akan menemui peminat-peminat novel tanahair pada bulan Oktober nanti, insyaallah. Sama-samalah kita nantikan kehadiran buah tangan terbaru novelis terkenal ini.

12 comments:

NickyAzrai said...

yey yey yey buku baru
sure kebabom lg

congrats kak su
:DNickyAzrai@yahoo.com

Dyea said...

Huhuhu..kena tunggu bln 10
Penantian itu satu penyeksaan...

silencez said...

amboii.. siap keluar email address lagi dah ehehehe. ni mesti gara2 kempunan tak sempat pakai batik.

ni kiranya buku raya la ek.
lagi 2 bulan+ nak tunggu. sigh* sabar.. sabar..

- Mama June - said...

wow.....harus beli online nih....dapat tt k sue....

kucc_aprilsnow said...

hasil tangan ahkak chomelku ini mmg 4 sureee kebabom nick...ahaaks

sil,dyea..kaksu saje jer dera perasaan kita2 kan...alahai kaksu, sian kt kami taw..huhukkkk

cun...dpt tu mesti dpt, kalau xdpt akan didptkan jugak, xkira, nk jugak tt kaksu....ekekeke

Ju'A said...

penantian akan berakhir. novel kak su menjadi buah tangan di hari raya....tak dpt duit raya dpt buku raya lagi best....

harap2 lepas ni terbuka lah hati kak su menerbitkan kebun mimpi

jujun said...

ni kira 2 kali la kucing aku beranak baru dpt buku ni karang :)

Dyea said...

Kak Ju'a,
Kebun mimpi bukan ker sad ending ke..
waaaaaa...tak mau..melainkn kak Su tukaq ke hepy hepy ending.
hehhehe

Ju'A said...

Dyea,

Akak pun harap kak su sambung ngan hepi ending sb nak tau cite selanjutnya tentang Kamal setelah kematian Seera....

Noor Suraya said...

salam kicap-kicap manis,
:D

Merpati kepak bersilang,
Turun ke bendang makan padi;
Simpan di peti takutkan hilang,
Baik kusimpan di dalam hati.

terima kasih
- kaksu kau orang -

kucc_aprilsnow said...

Padang Padi dilingkar bukit,
Bukit dilingkar kayu jati;
Kasih kami bukan sedikit,
Dari mulut sampai ke hati..

p/s: kaksu, kebun mimpi, tanya
sama angin, jaja menantu che
pa tu bila nk bergerak N3 nyer
...ker akan bersmbg ke versi
cetak?..kalau benar telahan
patik..yabedabedoooo, ahaaks

Rasha_rz said...

adui.... cantiknya cover novel tu. kak su memang kreatif. cover novel2 JS semua cantik2.