Tuesday, May 5

Leraian Novella


TAJUK: LERAIAN NOVELLA
PENULIS : NORHISHAM MUSTAFFA
PENERBIT : CESB
CETAKAN KETIGA : 2001
HARGA : RM15.90
GENRE : DRAMA
BINTANG : 4.5

--------------------------------------------------------------
“…dan kematian itu hanyalah penyudah kepada sebuah jalinan novella ciptaan mereka berdua...”

Apa Kata Saya:

Ini merupakan buku kedua garapan penulis ini yang singgah di rak saya. Sejak jatuh hati pada bukunya yang pertama saya baca; Persinggahan saya jadi teruja untuk meneruskan misi menjejak karya-karya penulis ini. Dan seperti yang pertama juga, karya kedua yang saya tatap ini ternyata telah menjerumuskan perasaan sayu saya pada sebuah kisah dua insan yang sangat tragis dipotretkan penulis .

Tema cerita yang diketengahkan penulis kreatif ini adalah tentang sikap & penerimaan masyarakat pada hubungan antara lelaki dan perempuan yang berjarak umur yang jauh dan berbeza latar sosial. ini. Naskhah penulis kali ini membawa satu intepritasi yang cukup tragis tentang pandangan berat sebelah manusia terhadap manusia lain berpaksikan pada kedudukan sosial dan material. Ketidakadilan inilah antara punca yang membawa kepada kekejaman tanpa sedar yang dilakukan hingga membawa kepada musibah yang tidak terduga…musibah yang sudah terlambat untuk dikesalkan!

Leraian Novella (LN) membawa kita menyusuri tentang kisah hubungan 2 insan; Nirwan Bakhtiar dan Atma Afiza. 2 pupu yang berbeza umur sekali ganda (Nirwan berusia 40an, Afiza di awal 20an) ini bertemu tanpa sengaja dalam satu majlis sastera. Nirwan yang merupakan seorang novelis, juga penyair, pelukis dan pemuzik telah lama menjadi pujaan Afiza dalam diam. Mereka yang saling tertarik antara satu sama lain tidak langsung mengetahui hubungan kekeluargaan antara mereka dan hubungan kasih sayang mereka berdua terjalin makin intim tanpa mampu digugat. Afiza dan Nirwan bagai berkongsi nyawa dan jiwa walau jasad antara kedua-duanya terpisah. Segala-gala tentang Nirwan dalam genggaman minda Afiza. Hubungan istimewa antara kedua-dua mereka sukar ditafsir dengan mata kasar tapi mampu diteroka oleh mata hati pada mereka yang arif. Rakan baik merangkap adik angkat Afiza; Nunung Rohana a.k.a Ana adalah saksi hubungan kedua-dua insan dari mula hinggalah ke titik kritikal yang membawa kepada satu perpisahan abadi antara kedua mereka dan hanya di kemuncak konflik hubungan inilah rahsia ikatan kekeluargaan antara mereka terbongkar!. Penamat kisah ini sangat memilukan dalam darjah penilaian saya…mungkin tidak pada pembaca lain…mungkin juga saya terlebih emosi saat itu, hehehe.

Perwatakan dalam LN cukup kuat dan selari dengan watak yang dipotretkan. Ternyata penulis ini cukup arif dalam kerja-kerja pemotretan watak-watak ciptaannya dalam naskhah ini. Nirwan Bakhtiar dan Atma Afiza menguasai keseluruhan ruang naratif ini dengan dibantu dengan cukup baik oleh watak pembantu utama, Ana. Menerusi pengkisahan Ana, kedua-dua tonggak utama LN ini menjadi lebih hidup dimata pembaca. Ana bagai jambatan yang menjadi penghubung antara pembaca dengan Nirwan dan Afiza. Ana jugalah penghubung dengan watak-watak pembantu yang lain yakni Abang Ramlan, Mak Non, Pak Yim juga Taufik.

Penggunaan lenggok bahasa dalam naskhah ini sangat puitis..penuh personifikasi, melankoliknya cukup rencah namun tidak memualkan. Penulis ini ternyata memanipulasi kepakarannya melarik bahasa dengan begitu cemerlang sekali…saya jadi jatuh hati dengan laras bahasa yang diguna beliau dalam naskhah ini. Paling menyentuh tatkala Ana membaca surat-surat kiriman Nirwan kepada Afiza juga kiriman Afiza kepada Nirwan…susunan bahasanya begitu cantik sekali!

Plot cerita dibina dengan cukup kronologi dengan sedikit sisipan teknik imbasan kembali. Keindahan plot yang dicipta banyak membantu pergerakan cerita yang disampaikan penulis dalam merealisasikan mesejnya kepada pembaca. Saya cukup terbuai dengan susunan jalan cerita ini yang cukup cantik dipersembahkan penulis biarpun ia bernada sayu dan penuh sendu!.

Dari saya, sekalung tahniah buat penulis untuk naskhah anda ini. Biarpun agak terlewat buat saya menghayati buah tangan anda yang hebat ini namun ia sedikit tidak akan menjejaskan kekaguman saya pada anda.Teruskan usaha, semoga terus cemerlang menghasilkan karya-karya hebat dan bermutu di masa hadapan buat tatapan, renungan dan pedoman buat kami semua, pencinta novel tanahair.

Buat pembaca, buat pencinta novel tanahair sesungguhnya banyak yang dapat dikutip, direnung dan difikirkan dalam naskhah kecil tapi padat dan mampat isinya ini. Bagi anda yang ingin menatap sebuah kisah perjalanan kasih sayang yang sangat istimewa, maka Leraian Novella ada jawapannya.

14 comments:

silencez said...

best & sedih kan cerita ni. i love the sad ending story! haha.

1 lagi buku yg patut lu review.. erk.. wa lupa tajuk. nanti2 bila free, wa buzz ekeke.

kaknOOr said...

Yup memang sedeh cite ni tapi tetap menarik sil tak silap semusim kut...hari tu cari kat Book fair dah x ada print lagi novel ni...yg ni best banget...rasa cerita tu real sgt masih teringat-ingat sampai sekarang walaupun 4 tahun yg lalu akak membacanya...hu hu hu

kucc_aprilsnow said...

Sil,
yang Sayangku Aini Sofea tu ker...wa dah buzz rinn nk pinjam, dia dah angkut dr kg..macih rinn laling..hehehe

Kak Qimi,
sedey mmg sedey kan kak...airmata jer xkluaq...waaaaaa

silencez said...

kak qimi..
tu la pasal. best sgt. dah la novel lama2 yg best susah sgt nak cari kan skrg.

silencez said...

cing..
wa baru check.. khailee.. abd talib hassan. yg ni, pasal khailee ni balik kg lepas bertahun2 dia tak balik. dulu tinggalkan kg pun sbb frust cinta terhalang. dia balik kg sbnrnya nak habiskan saat2 akhir dia kat kg :|

RinnTis said...

kucc, ada ni ha buku tu... nipih sangat. nasib baik tak tercicir tengah jalan.


errr sad ending ke? edeh edeh edeh... *pegang kepala*

kucc_aprilsnow said...

sil,
dah mcm cite Mencari Kekasih...wa dengar cite ni sad ending gak beb...matiiiii, huhukkk

Rinn,
wei beb..nnt kita calling2 bila mau Xchange buku k...hehehe

haa..sad ending laa rinn...hero matiii, heroin tu pun "mati" jiwa gak..sungguh tragis beb...

RinnTis said...

halamak, korang ni asyik citer sedih jer.. dah penah baca "Sejernih Wajah Kekasih" terbitan rhythm ngan "Menumpang Kasih Mengharap Sayang". tu real nyer tangkap nangis punya citer.

Dyea said...

kucc,
ari tu buku ni (kak jua punya)ada ngan wa sekejap..
tp wa gatal tgn tgk ending dulu...

hehehhe...
apa lg.. x jd la..

Dyea said...

Rinn..
Sejernih Wajah Kekasih?
Menumpang Kasih Mengharap Sayang?

sapa penulisnya?

sad ending gak ke?

RinnTis said...

Sejernih wajah kekasih tu sad ending.. ada kematian la.. yang menumpang kasih mengharap sayang tu lebih pada citer family miskin. sedey wo! air mata, air idung semua tak sabar2 nak kuar.


sejernih wajah kekasih tu by sri anora. citer dia mcm predictible tapi writer tu pandai la buat bagi kita terbuai nak baca. peh tu sedih pulak tu.

menumpang ksih mengharap sayang tu penulis dia salami simon. superb.

kucc_aprilsnow said...

Didi,
mmg bukan ISO lu ni beb...mati mati mati....hehehe

Rinn,
air idung kuar sama ka weii...dasatnya darjah kesedihan hang, sampai mcm tu sekali...jgn sampai selsema wei, bahaya la ni..hikhik

RinnTis said...

sedih giler kucc, nasib baik telinga tak der air, kalau tak air telinga pun kuar.

kucc_aprilsnow said...

rinn,
adeh adeh adeh ...tergoleng2 aku depan pc ni laa, siot ja hang