Wednesday, May 6

Akan Datang Dari Fajar Pakeer



"Aku akan menunggu saat dan ketika kau bisikkan rindu"


Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.

Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?

Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu…



"Andai bahagia dan cinta boleh seiring..."

Syanen Hani dan Syaza Hana adalah dua saudara kembar. Mereka mempunyai cita-cita yang sama, ingin menjadi penulis yang berjaya. Latar belakang mereka membesar tidak sama. Syaza Hana terbiasa dengan kehidupan moden di kota. Syanen Hani pula terbiasa dengan kehidupan di desa.



Dalam soal hidup berpasangan pula Syaza Hana terlebih dahulu berkahwin dengan Doktor Syazwan. Manakala Syanen Hani belum bersedia untuk berumah tangga walaupun dia bakal dijodohkan dengan Salman. Demi mencapai cita-cita, Syanen Hani meninggalkan kampung halaman dan tinggal dengan kakaknya. Namun begitu langit tidak selalu cerah. Kakak yang penyayang membencinya tanpa diduga.



Jodoh merupakan perkara ghaib yang tidak seorang pun tahu. Begitu jugalah dengan Syanen Hani. Jodohnya sungguh tidak diduga, dipertemukan dengan orang yang tidak disangka. Syaza Hana yang kuat cemburu akhirnya merelakan segala yang berlaku kerana impiannya telah menjadi nyata untuk menjadi seorang ibu.



Mereka cuba mengejar bahagia namun bolehkah mereka sama-sama milikinya?





"Mata... menceritakan segala-galanya
Hati... memendam bicara cinta"

Riezman membuktikan kesucian yang lahir dari hatinya dapat memadamkan dosa-dosa yang pernah terpalit di tubuhnya. Merogol Safieya kemudian bertanggungjawab menikahinya adalah satu perbuatan yang patut diterima.


Memang pada mulanya Safieya benci kehadiran Riezman. Kerana Riezman, percintaannya kecundang, kerana Riezman, Adif Farhan pulang kepada Yang Maha Penyayang dan kerana Riezman, impiannya hilang.


Melayar bahtera rumah tangga cukup mencabar bagi Riezman kerana dialah nakhodanya. Kedinginan Safieya mula beransur hilang apabila melihatkan kesabaran Riezman. Cinta mulai subur dan seterusnya menghasilkan benihnya.


Namun, keimanan Safieya mula teruji apabila kekasih lama ‘muncul kembali’. Allah SWT mendatangkan Hairy sebagai ujian dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Dalam diri Hairy mula terbitnya Adif Farhan.


Safieya harus bijak menilai... antara momen silam dan angan baru. Penilaian mana akan menjadi paksinya?

2 comments:

kucc_aprilsnow said...

lama dah xdgr cite pasal AZ ni...awat dah jadi ngan buku dia ngan iBook ek...

silencez said...

ekeke.. wa rasa buku AZ ni la yg buat wa mula2 melekat kat forum tu & kenal korang ekeke. ke sblm tu lagi ek? sbb wa tukang cerita & tukang belikan buku ni haha.