Sunday, May 24

Cuma Dia - Norzailina Nordin


Tajuk : Cuma Dia
Karya : Norzailina Nordin
Penerbit : Alaf 21

SINOPSIS
Bertemu Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.
Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia.
Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.
Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah.
Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.
Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.

8 comments:

dyea said...

Kak Lina,

Tahniah!!!
Muncul jugak akhirnya..
Dari bookfair hari tu sy tunggu..
Moga CUMA DIA pun hebat n mengancam!

p/s: x tau naper,sy mmg suka hero nama iqbal...hehheh

silencez said...

kak lina,
tahniah kak. harap lebih umph yg ni.

dd, kita pun suka gak nama tu :D

kucc_aprilsnow said...

congrats kak lina...

p/s : akak, ni cite yg akak ckp latar dia kt negara yg member GK cadangkan tu ek..waahhh, sapa yg cadangkan tu pasti kembang sekembangnya kan kak, hikhik

kaypo said...

wah yg ditunggu dah tiba...tahniah norz.

cing...tempat yg dicadangkan tu..mmg sesuai ngan kicap...hahahaha

Qimi08 said...

Kak lina... Tahniah.....
tak sabar nak memilikinya...
Sokong Kay .....mana tau lepas ni kicap nak buat percutian kesana ...

Ju'A said...

kak lina..
tahniah kak untuk buah tangan yang baru ni....

pas ni gk leh lah buat rombongan ke sana....hihihi...

jujun said...

wey wey jap ketinggalan heli aku nih..kat mana (tempat) cover buku kak norz ni?

buku yg wajib beli nih..

norza said...

Salam buat dyea, silencez, kuc_aprilsnow, kaypo, Qimi08, Ju'A, jujun.

Terima kasih yg tak terhingga buat kalian krn sokongan & juga cadangan latar Afrika untuk disemadikan di dalam novel ini.
ps: Jangan lupa check-out page 'DEDIKASI', ahaks...

Best wishes to all, moga dirahmati sentiasa, hendaknya...!!