Monday, February 16

Sonata Kasihku

Tajuk Buku : Sonata Kasihku
Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid
Penerbit : CESB
Harga : RM17.90
Cetakan Pertama : 2009
Genre : Drama & Romantik
Bintang : 4

--------------------------------------------------------------

“Hawa…dia kuat dengan memberi kekuatan pada orang lain…dia gembira dengan memberi kegembiraan pada orang lain…dia bahagia dengan memberi kebahagiaan pada orang lain…”
* * * * * * *
Apa Kata Saya

Sonata Kasihku(SK) karya terbaru Siti Hazneza Abdul Hamid meneruskan profil seorang wanita bersemangat kental, waja yang dibentengi elemen keimanan yang jitu yang diangkat oleh penulis ini di dalam setiap karya beliau. Menerusi naskhah terbaru ini penulis menyelami perasaan dan emosi seorang wanita; Hawa Hamzah yang dirantai oleh kenangan cinta pertama yang tidak kesampaian dan perasaan itu terus membelenggu dirinya hingga ia seperti menjadi halangan untuk dirinya mencipta dan menerima cinta yang baru dari lelaki lain.

Kasih sayang dan cinta merupakan tema yang bersifat universal yang sering digarap oleh penulis di dalam karya-karya mereka. Tanpa cinta dan kasih sayang, kehidupan menjadi tidak bermakna dan tidak sempurna. Justeru itu, pemikiran kasih sayang sering mendapat perhatian para penulis dan Siti Hazneza juga tidak terkecuali dalam memaparkan persoalan kasih sayang dalam naskhah beliau ini. Konsep kasih sayang sesama insan dizahirkan penulis secara konkrit dan abstrak. Jalinan hubungan erat antara Hawa dan subjek ini membuktikan akan kebenaran hakikat ini. Lihat sahaja bagaimana dia mendahulukan dan mengutamakan Haikal dalam setiap hubungan baru yang tercipta atau hadir dalam dirinya. Haikal perlu dimaklumkan, Haikal perlu diletakkan sebagai lelaki yang ada dalam hidupnya dan hubungan mereka perlu diterima dan direstui oleh cinta barunya itu.

SK memaparkan kisah Hawa Hamzah, seorang pensyarah di USM yang juga penulis novel dan menjadi penceramah motivasi pada waktu-waktu terluangnya. Hawa suatu waktu dahulu menyintai seorang teman yang disebut sebagai Yun. Namun cintanya tidak berbalas dan Yun meninggalkannya untuk cinta yang lain. Walau dapat menerima hakikat dirinya ditolak, namun cintanya pada Yun terus kekal kukuh didalam jiwanya dan menjadi syarat wajib bagi setiap lelaki baru yang ingin hadir dalam hidupnya supaya “kehadiran” Yun diterima. Hawa masih “berhubung” dengan Yun menerusi surat juga kad walau tidak pernah mendapat balasan. Tanpa pengetahuan Hawa semua kirimannya itu diterima insan lain; Amirol. Anehnya biarpun Hawa mahupun Amirol walau tidak pernah kenal apatah lagi bersua namun jiwa mereka seolah berhubung antara satu sama lain. Amirol bisa tahu keadaan emosi Hawa biarpun tanpa melihatnya. Hanya bisikan kata-kata semangat dan doa tulus dikirim oleh Amirol buat mententeramkan jiwa Hawa dikala dia diamuk resah gelisah dihambat ingatan pada Yun.Tiada yang mahu “dimadu” Hawa hatta sahabat baiknya Haikal yang juga menaruh hati padanya. Hanya Adam yang bersetuju dan sanggup dengan syarat gila Hawa!..Perkahwinan Hawa dan Adam yang melahirkan perasaan cinta baru pada Hawa yang sedikit sebanyak mengikis perasaannya pada Yun walau tidak sepenuhnya namun khilaf yang dicipta Adam akibat terlalu gopoh mahu memiliki Hawa secara total menggoncang bahtera perkahwinan mereka yang masih segar harum bulan madunya. Kemalangan yang menimpa Hawa menemukan rohnya dengan Amirol biarpun yang dicari adalah Yun!

Perwatakan Hawa Hamzah selaku fokus utama SK diangkat dengan cukup cemerlang oleh penulis. Sebagaimana hebatnya watak wanita utama dalam karya terdahulunya, Hawa meneruskan kehebatan tersebut. Hawa dipotretkan secara cukup positif selaku model yang menjadi idola pelajar-pelajarnya. Wanita yang boleh diajak berbincang di dalam apa jua subjek. Adam Mokhtar punyai watak yang sangat “charming” dan lengkap pakejnya bagi saya, memahami, penyayang, romantis juga punya kedudukan ekonomi yang baik .Ciri-ciri lelaki yang menjadi buruan wanita.Haikal, seorang sahabat yang cukup ideal, sahabat dunia akhirat yang sukar ditemui. Perwatakan Amirol cukup menarik bagi saya. Semangat dan dedikasinya terhadap kehidupan begitu indah sekali digarap penulis.

Buat penulis, tahniah atas kehebatan pena anda sekali lagi di dalam mengangkat kehebatan martabat seorang hawa. Semoga jemari sakti anda akan terus hebat melakar kisah kehidupan yang sarat mesej kemanusiaannya untuk tatapan pembaca. Juga diharap belum terlewat untuk ucapan tahniah diatas pernikahan anda. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Buat anda peminat Siti Hazneza Abdul Hamid, Sonata Kasihku ini tidak akan mengecewakan anda. Hawa pasti membuat anda terpaku pada sonatanya.
----------------
Review kucc kat atas
kat bawah ni Rinn's Review

:) tumpang tempek review yg pernah saya post kat my multiply, shelfari dan yahoogroup.

Sonata Kasihku by Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
Tahun 2008
3 Bintang

“Salju kasihmu merantai hatiku"
"Sonata kasihku kekadang rancak, kekadang perlahan.
Beralun mengikut rentak hati. Kali ini biarlah ia
beralun menjadi sonata yang mengasyikkan.
Sejak mengenali dirimu, aku mula jadi seorg
perindu. Bagaikan pungguk rindukan bulan,
sambil ditemani sunyinya suasana malam."

Antara penulis yang aku sentiasa tertunggu-tunggu karyanya di pasaran :) akhirnya sampai jugak hajat utk memiliki novel terbaru Siti Hazneza Abdul Hamid "Sonata Kasihku". Sebelum apa2 aku nak ucapkan tahniah buat Siti Hazneza yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin.

Siti Hazneza masih bermain dengan isu perasaan dan emosi wanita. Seperti biasa, garapannya terasa kuat dan menghembus semangat waja ke dalam jiwa pembacanya. Watak2 wanita Siti Hazneza amat cekal dan dibaluti iman yg kuat buat yg Maha Pencipta.

Tumpuan kita kali ini adalah Hawa. Seorang penulis, pensyarah & penceramah motivasi. Seorang Hawa yang sangat cintakan Yun, seseorg yg telah menolak cintanya dan meninggalkan dirinya. Cintanya buat Yun sentiasa subur dan dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Yun. Hawa bersahabat baik dengan Haikal, terlalu baik sehingga kalau ditakdirkan mereka berkahwin, mereka akan setuju. namun Haikal tidak sanggup utk 'dimadukan' dengan Yun. Ingatan Hawa terlalu kuat buat Yun. Sesiapa yg mahu mengahwini Hawa mesti sanggup berkongsi kasih dgn Yun. Hawa faham dan Haikal akan sentiasa kekal di jiwanya sbg sahabat yang paling sejati dan paling dikasihi. Muncullah Adam. Lelaki yang sanggup bermadu dengan Yun dan Haikal dalam jiwa Hawa. Dia berjanji akan membahagiakan Hawa. Hawa tidak menolak jodoh yang baik untuk dirinya. Lalu pernikahan itu berlaku. Hawa gembira dikurniakan suami sebaik Adam, romantik pulak tu.

Sejauh manakah Adam dapat menahan diri dari bersoal jawab tentang Yun? Adam seperti mahukan sesuatu yang lebih dari Hawa yang berjaya menjadikan dia lelaki yg paling bahagia. Tanpa mereka ketahui, roh Hawa sudah mengenali roh Amirul. jasad mereka tak pernah bertemu namun roh mereka sudah saling menyapa. Siapa Yun? Amirulkah dia? Demi utk menenangkan hati Hawa, Adam mencari Yun.

Memang sayang utk meninggalkan buku ini bila mula membacanya. Tapi aku terstop biler tetiba la pulak ada scene yg agak tersipu sipu utk aku membacanya, yg aku rasakan kalau tak ada scene begitu tu cerita ini sudah cukup hebat dan sangat menarik *sighs*. Cerita yang kita sukar utk meneka apa akan jadi di muka surat seterusnya, apatah lagi endingnya. Setakat ini aku belum pernah kecewa dengan ending novel2 Siti Hazneza. *sengih*

sure fine whatever
rinn

9 comments:

RinnTis said...

Rinn's Review

:) tumpang tempek review yg pernah saya post kat my multiply, shelfari dan yahoogroup.

Sonata Kasihku by Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
Tahun 2008

"Salju kasihmu merantai hatiku"

silencez said...

ehem cing.. nampaknya kita kongsi baca buku yg sama hujung minggu lepas :P ke lu abis baca lama dah?

tiap kali baca buku hazneza ni, mesti rasa sebak. ada sekali tu, part tak sabar punya pasal, wa intai ending haha. sbb wa pelik.. nama amirul, tapi apasal panggil yun.

rinn hehe.. bahagian 18sx tu ek? :p
tapi apapun, memang best kan citer ni.

kucc_aprilsnow said...

sil:

hmmm..berkongsi rasa yg sama ek kita,hahaha...

misteri Yun tu xjwp gak ek sil..issh musykil la wa...

sil..ayat yg lu tanya pd rinn tu laa wat wa golek sakan saat terima sms dia, adeh binawei sungguh si rinn...perkataan yg wa xleh lupa..

p/s :rinn, *wink wink*...hikhikhik

silencez said...

weh cing..
apa lak tak jawabnya? kan mamat tu dah bertunang.. putus tunang.. & pindah tmpt lain ekeke. ntah2 dah happy pun dgn family baru.

berkobar2 ek nak tau sapa yun tu :P tapi part last bila dah tau pasal yun tu, wa rasa nak ketawa golek2 haha.

part syafawati tu pun kelakar ek. senangnya dpt jodoh camtu. tapi nasib baik lepas 41 hari, mamat tu muncul dgn pakaian yg nampak best la. dibuatnya serabai? adehh! mau pengsan wa!

Ju'A said...

sonata kasih ku...karya yg membuai perasaan...tertanya2 siapa lah yun yg begitu disayangi oleh hawa hingga sanggup meletakkan syarat kepada sesiapa yg ingin mengahwini dia....
tahniah buat siti hazneza

rinn....ello cik adik..18X *jongkit kening*

sil...kira syafawati tu tunggu abis pantang lah....hehehe

kucc_aprilsnow said...

tak maksud wa misteri sapa Yun tu...Haikal yg kwn baik near 10 tahun ngan Hawa pun tatau, pelik tu...tu yg wa sama rinn ada garuk pala sikit..

Jodoh menanti di seberang jambatan Puduraya??..ehem ehem Rinn, jaga wei, ni laluan rasmi lu kala cuti pjg, hikhik..

sil...kalau dia pakai tsirt ungu wa yg pengsan..hahaha

RinnTis said...

Sil. ahem yer la scene tersiput-siput. keh keh.

Wei Kucc, hang tak abis2 ngan ayat binawei tu. haha. kira ayat aku tu berlapis la, tak der la direct sangat. hehe. ;)

Yer kakak ju'a! hehe.. angkat kening sampai lapan belas kali??? kang nanti tengok2 kening dok tengah kepala, dah berkesot sbb byk sangat angkat kening. hehe.

kucc dah lima tahun aku dok berulang ni yang selalu terserempak pakcik buta yg juai tisu tu jer la, dari dulu sampai la ni dia dok juai tisu tak abis2.

silencez said...

geng..
sebenarnya kan, org tak habis lagi baca haha. ada lagi 60-70 m/s :D cumanya org dah tau ending sbb dah intai dulu sbb tak sabar nak tau :P

k.. ni nak sambung baca sampai tamat.

Cik Stoking Belang said...

Siti Hazneza ... aku suka
:D