Thursday, February 5

bakal terbit .. dari Bahruddin Bekri



ehem.. karya Bahrudin Bekri aka cik din yg bakal terbit dalam masa terdekat, insyaallah..

Tajuk: Adi Gempa
Harga: RM19.00
Penerbit: PTS Fortuna



Blurb:
Hadi tidak pernah menyangka dia mempunyai kuasa luarbiasa sehinggalah kedatangan seorang lelaki di kampungnya. Hadi mempunyai kuasa untuk mengesan gempa bumi dan memanipulasikan kawasan sekitarnya dengan gegaran. Lebih mengejutkan bila akhirnya dia mengetahui asal usul dirinya dari eksperimen antarabangsa yang merbahaya.

Tetapi semakin jauh dia dibawa balik oleh lelaki misteri itu, semakin ramai manusia yang mempunyai kuasa luarbiasa sepertinya muncul. Hadi kini dalam bahaya apabila ada kumpulan yang mahu menangkapnya untuk motif yang jahat. Hadi diperlukan oleh kedua-dua pihak, baik dan jahat.

Dari seorang budak kampung yang amat naif, Hadi kini dibawa ke seluruh penjuru dunia dan menyaksikan manusia berkuasa luarbiasa ini bertempur antara satu sama lain. Nilaian gadaiannya amat tinggi - kemusnahan total umat manusia!

Hadi adalah budak gempa!


cik din.. terima kasih byk2 sbb bagi paparan ekslusif utk kitaorg :x cover adi tu, cantiknya. dah mcm bukan novel sains fiksyen melayu dah hehe. tak sabar tunggu dua2 novel ni.

oh ya.. utk pengetahuan semua.. adi gempa ni, karya cik din yg awal :D

7 comments:

NickyAzrai said...

Tahniah EncikDin & Good Luck Untuk naskah baru nie

silencez said...

nasib baik gak tudung hitam. kalau baju hitammmm.. ekeke. mau masa open table semua pakai baju hitam haha.

erk.. open table :D

go go cik din!

dingin said...

:-)

Harga gempa tu RM19.00 sahaja. Mahal sangat 29 tu. ekeke

Ok. Tq Geng kicap semua. Open table erk. ok2.

hihihi

kucc_aprilsnow said...

cik din:
congrat..congrat...ni genre kegemaran 2 anggota MT Geng Kicap..ehem ehem

kalau kena dgn isinya, apa ada pada harganya cik din...dun wori k

nick:
masuk list kan?..WAJIB tu!


sil:

"..gadis bertudung hitam yg pemalu..."...ehem ehem, hikhik

silencez said...

sowwy cik din.. tersalah tengok :P
kali ni autograph kena tulis panjang2 sikit :D

ohh yaa.. rasanya baru hari tu acun cerita.. anak2 dia tanya, bila abang tu nak buat cerita ___ (lupa lak cerita apa. spiderman ke? kena confirm balik dgn acun). cik din ingat lagi kan, budak2 yg cik din tunjuk silap mata tu hehe.

cing.. :P patutlah sejak dua menjak lu bertudung hitam je. pemalu la sgt ekeke

kucc_aprilsnow said...

sil,

eleh, malu2 koala lak...sapa lg gerangan si tudung hitam nan pemalu tu kalau bukan tuan hamba..hahaha

aku pemalu??..adeh adeh, kemahasilapan besar sungguh statement iteww...

kaypo said...

lor awat rebut tudung hitam..sememangnya hitam warna rasmi kicapians kan...:-)
tahniah en. din...mmg kire buku wajib masok peti kicap ni.