Penulis: Ramlah Abd. Rashid
Penerbit: DBP
Harga Buku: RM25.00
Sinopsis:
Demi melunaskan impian datuknya, Satoshi Dahlia, seorang gadis Jepun, nekad datang ke Malaysia. Dia terus mencari dan mencari walaupun dalam pencariannya yang singkat itu, dia seakan-akan menemui jalan buntu. Tidak ada petunjuk yang dapat membantunya. Malahan, diari kusam dengan bait-bait indah itu juga tidak dapat merungkai kisah usang itu. Namun dia tetap berusha meskipun ada kalanya, dia hampir rebah ditimpa perasaan sendiri. Liku dan ranjau yang menghalangi perjalannya, benar-benar menguji ketabahan diri. Ternyata bukan mudah meyakinkan hati-hati yang pernah tercalar akibat keganasan silam.
Masa juga bukan penawar bagi semua kesakitan yang dialami. Walaupun luka telah sembuh, kesannya tetap ada. Dia kesal dan malu atas apa yang berlaku, namun dia tidak ada pilihan lain lagi. Amanah datuknya yang telah pergi, harus dinoktahkan sebelum kembali ke tanah air. Dia tidak mahu ada yang terus menuduh datuknya mungkir janji dan lupa diri. Cukup-cukuplah dengan sejarah hitam yang dipalit bangsanya 50 tahun lalu. Dia tidak mahu mengulanginya sekali lagi."
notapipi:
ila...congrat 3x.Nanti jumpa kat PBAKL ye...jgn lupa taw
2 comments:
terima kasih......
cepatnya dah sampai ke sini. walaupun sekadar sinopsis belakang buku. Terima kasih bebanyak.
rahsa kamu ke penulis buku ni..saya dah baca tapi confuse at the end
Post a Comment