-------------------------------------------------------------
Bakal Terbit...
Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.
Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.
Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.
Bayu terpaksa bergelumang dengan perasaannya setelah hatinya ditakluki oleh dua hati. Ameer, tunangnya, telah lama terlekat dalam hatinya tetapi cintanya mula goyah apabila Shaza menjelma dalam hidupnya. Perhubungan yang indah termeterai, membuatkan Bayu lupa bahawa dia adalah tunangan orang. Namun, cinta yang terpahat untuk Shaza sukar untuk disingkirkan.
Akhirnya Bayu tersungkur dalam dakapan cinta Shaza. Bayu pasrah dalam permainan cintanya tetapi sejauh mana dia berjaya menikmati permainan cinta itu apabila hati tahu dia harus setia demi Ameer.
Bayu keliru antara Shaza dan Ameer, namun takdir tertulis hanya satu lelaki yang tercipta untuknya. Antara Shaza dan Ameer, siapakah lelaki itu?
Perbalahan, pertengkaran dan makan hati dengan sikap Mierza membuatkan cinta Maya beralih arah. Kemunculan Sufry, bekas kekasih Maya, memberi sinar baru dalam hidupnya. Sufry memberikan layanan yang baik, menunjukkan perubahan sikap yang amat ketara, memandikan Maya dengan kemewahan hingga Maya rasa sangat selesa. Dalam diam Maya menyimpul angan-angan untuk menjadi isteri Sufry.
Namun apabila angan-angannya jadi nyata, halangan daripada ibu dan abangnya membuatkan Maya nanar. Mengenangkan sikap dan sifat Sufry dahulu, ibu dan abangnya percaya Maya tidak akan bahagia dengan perkahwinan itu. Mereka tidak percaya langsung Sufry kini sudah berubah.
Maya tetap berkeras dengan kehendaknya hingga mengugut akan kahwin lari ke sempadan. Demi tidak mahu menanggung malu, orang tuanya terpaksa menurut kehendak Maya. Hakikatnya Sufry bukanlah benar-benar cintakan Maya. Di saat-saat majlis perkahwinan Sufry dan Maya hendak berlangsung, terbongkarlah rahsia.
Kehadiran Isqandar mengubat luka di hati Maya. Apakah percintaan kali ini sampai ke matlamatnya? Berjayakah cinta Iskandar tersemai di hati Maya?
Abid bercita-cita mahu menjadi seorang novelis. Dia berhasrat menulis sebuah novel bercorak sains fiksyen, tapi secara tiba-tiba mendapati dirinya terperangkap dalam satu pengembaraan penuh fantasi di sebuah kota sakti bernama Kota Barra.
Bersama seorang panglima bernama Yaddi dan Puteri Zalia, pewaris takhta Kota Barra, mereka bertarung dengan Guntala dan Alka—dua ahli sihir yang telah menawan Kota Barra. Mereka juga harus menyelamatkan pemerintah Kota Barra, Raja Fayat, yang dipenjarakan oleh Guntala.
Hanya dengan pedang sakti bernama Pedang Asakir saja mereka dapat menghapuskan kuasa jahat Guntala. Syaratnya, pedang yang tersimpan di Gunung Lanar yang penuh bahaya itu hanya boleh diambil oleh seseorang yang berasal dari dunia asing, iaitu Abid.
Mampukah Abid berdepan dengan berbagai rintangan untuk mendapatkan Pedang Asakir termasuk bertarung dengan raksasa penjaga Gunung Lanar? Bolehkah Abid melawan ujian apabila dia sendiri jatuh cinta kepada Puteri Zalia?
Kerana ingin melupakan sejarah hitam dan dosa silam, Farishsya membawa diri jauh daripada keluarga. Mengorbankan seribu kemanisan kerana kekhilafan yang sukar untuk dimaafkan oleh diri sendiri. Kiranya ujian itu pasti datang kepada setiap makhluk bernama manusia. Dia akur, meskipun terpaksa membiarkan maruahnya diinjak-injak oleh mereka yang tidak berperasaan.
Mudariz, lelaki yang tidak mempercayai wujudnya cinta tanpa nilaian harta dan kedudukan. Sejarah silam menjadikan Mudariz seorang lelaki ego yang menganggap wanita hanya layak dijadikan alas kaki. Bukan untuk disanjung dan cintai. Lantas dia mengenepikan soal hati dan permintaan ayah kandungnya sendiri.
Selama mana ego yang menebal di dalam sekepal hati anak Adam bernama lelaki, segoyah itu juga hati seorang anak Adam bernama perempuan. Namun, untuk apa dipertemukan jika sekadar merungkai sejarah semalam yang hitam dan kelam? Untuk apa bercinta kiranya dalam hati masih terselit segunung kesangsian?
Amilia dan Engku Fareez Danial. Dua insan yang berbeza watak namun berkongsi rasa cinta yang sama. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Engku Fareez Danial yang sering kali menimbulkan tanda tanya di dalam diri Amilia. Sehinggalah suatu hari satu jawapan mengungkap segala rahsia. Rahsia yang memerlukan Amilia menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.
Namun, baru saja Amilia ingin memulakan tekad dan membulatkan hati, muncul pula Haikal yang sering kali mengganggu, menghulurkan cinta. Tegakah Amilia memepertahankan cintanya terhadap Engku Fareez Danial walaupun dia tahu bahawa cintanya itu tidak akan mampu mengubah apa yang akan terjadi nanti? Dan, benarkah hatinya benar-benar tidak mencintai Haiakal walaupun lelaki itu tidak ptuus-putus ingin membuktikan kesungguhannya dalam menunggu Amilia walau selama mana masa yang diperlukan?
Saya Wan Amilia Binti Wan Abdullah berjanji takkan biarkan awak hidup keseorangan walaupun seminit. Forever and ever!
Intan Izati dan Nazif dipertemukan tanpa dirancang. Namun setiap pertemuan mereka sering diwarnai persengketan dan pertelingkahan. Apatah lagi keduanya bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Kebencian dan kemarahan tidak pernah ada surutnya.
Dalam marah, benci dan dendam, Nazif tidak menyedari ada cinta mula berputik di ruang hati buat Intan Izati. Rindu dan sayang mula menyatu di hati Nazif. Namun di saat angan bahagia mengetuk pintu hati, satu tragedi menimpa.
Tanpa momen indah kita dipertemukan. Mengenalimu merupakan nostalgia pahit dan terindah buatku – Nazif
Mampukah Nazif menakluki hati Intan Izati? Apakah rindu asmara ini sememangnya tercipta untuk mereka berdua?
notapipi:
( sudah dikemaskini berdasarkan maklumat dari laman sesawang Fajar Pakeer)
Harap maap laa wei tiada maklumat tambahan tentang novel-novel di atas...jgn marah aku ye.
for Nita, congrats 3x...HR mesti masuk list kucc...WAJIB, hehehe
10 comments:
Tahniah Anita Aruzi...Hujan Rindu tu akak memang follow kat blog nita.Memang akak tunggu kemunculanya...Rezeki nita tahun 2009..
Yang lain2 tu akak belum pernah baca hasil tulisan mereka tapi pernah tgk novel mereka sebelum ni di Markas. Tahniah juga pada penulis-penulis FP.
wahh anita.. congratulations! best best.. masuk bakul hehe.
lagu cinta tu pun cam best. QQ ni ada buku dgn bp kan.
satu lagi.. dblur.. tajuk cam menarik je. blur mcm org gak hehe.
KOTA BARRA tu cam best jer..dah ada di pasaran yer...
sil:
apa tajuk buku QQ ngan BP wey..awat aku xtaw ek, hehe
blurr mcm hang?..hampeh lu!
sorrylah yang.. wa tersalah QQ la pulak. yg ni Qaseh kan. yg BP tu lain hehe. sowwyy
Kota Barra - ini buku fantasi yang menarik utk dibaca. Sbb saya dah bacanya dulu. : )
wah banyak nya buku FP..cuma satu yg gerenti buat ku tawaf markas.....buku AA ler. Tahniah AA...hmhm awatler cover semua buku FP semacam jer..x teruja sungguh aku.
Weh byknya buku baru...
yang dtunggu pun dh muncul..tahniah nita!! 2 lagi sakti cinta ngan rembulan berdarah...harap2 la kluar time Pesta buku KL nanti...
hohoho....banyaknya buku baru..
tahniah utk sume penulis2 FP..
tahniah nita utk kelahiran baby baru ni and yang pasti buku nita masuk troli....
Thhnks semua....kiter pun tgh berdebar gak ni tunggu HR di versi cetak..yelah..takut tak menepati citarasa ramai org.
Post a Comment