Monday, March 23
Persinggahan
TAJUK: PERSINGGAHAN
PENULIS : NORHISHAM MUSTAFFA
PENERBIT : CESB
CETAKAN PERTAMA : 2003
HARGA : RM15.90
GENRE : DRAMA
BINTANG : 4
---------------------------------------------------------
“…Guru itu sangat mulia kedudukannya, sentiasa dikenang orang sepanjang zaman...”
Apa Kata Saya:
Jarang kita menemui penulis lelaki yang mempunyai gaya penulisan yang cukup indah susunan dan lengguk bahasanya, lengkap dengan metafora dan personifikasi yang sangat cantik dipersembahkan buat tatapan mata dan minda pembaca. Skill yang selalunya didominasi oleh penulis wanita namun bila ianya mendapat sentuhan seorang penulis lelaki, maka pembaca akan mendapat suatu kelainan tatkala menatap naskhah tersebut. Inilah rasa yang saya perolehi tatkala pertama kali menatap buah tangan penulis ini…sangat mengasyikkan sekali biarpun ia bukanlah sebuah kisah cinta yang asyik masyuk!. Sesungguhnya dalam naskhah cuma setebal 255 halaman ini terlalu banyak mesej kehidupan yang diselitkan penulis buat renungan para pembaca.
Melihat pada tema cerita yang mengenengahkan persoalan tentang sikap & pandangan terhadap kerjaya guru di sekolah agama di kampung yang tidak begitu mendapat sambutan di kalangan belia dan beliawanis dewasa ini. Ternyata naskhah ini membawa satu intepritasi yang cukup berkesan tentang tugas dan tanggungjawab guru itu sendiri dan bukannya hanya guru yang mengharapkan gaji yang tinggi dan kemudahan-kemudahan lain tanpa memahami falsafah disebalik tugas nan mulia ini. Dan kerana itu jugalah sewajarnya guru mendapat sanjungan atas budi dan jasa yang ditabur. Tanpa jasa dan, tunjuk ajar guru, siapalah kita. Naskhah ini mengangkat martabat seorang guru dari kacamata penulis dan diterjemahkan dengan cukup berkesan menerusi naratifnya yang cukup berseni.
Persinggahan membawa pembaca menyusuri tentang kisah seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah agama rakyat di sebuah kampung yang agak terpencil yang pada asalnya tidak pernah berniat atau bercita-cita menjadi guru namun keadaan dirinya yang memaksa dia menerima tugas itu. Oslan Ahmad Zainal lulusan STP yang kecewa dengan situasi dirinya yang gagal memperolehi pekerjaan juga tempat di maktab perguruan biarpun sudah banyak permohonan dihantar. Kegagalan tersebut sedikit sebanyak mengendurkan semangat juang anak muda ini. Tawaran dari datuk saudaranya, lebai Dalib untuk menjadi guru bahasa inggeris di Sekolah Agama Rakyat di kampung Becah Samun yang agak terpencil dengan gaji RM700 tidak langsung memikat hatinya kerana Oslan merasakan dia tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab tersebut lebih-lebih lagi dia tidak pernah bercita-cita kearah itu namun atas nasihat emaknya, Oslan menerima tawaran tersebut dengan berat hati. Sememangnya tugas guru bukan mudah. Pelbagai karenah, masalah yang terpaksa dihadapi Oslan. Masalah murid-murid, rakan sekerja yang tidak sebulu dengannya, jiran-jiran sekampung yang tidak mesra dan berpandangan serong terhadap orang luar seperti dirinya. Semangat Oslan banyak diperolehi dari dorongan bapa saudaranya yang juga tenaga pengajar di sekolah itu juga pengetua/mudir; ustaz Mansur. Hasilnya cukup menakjubkan…namun kata orang, hidup ini sentiasa ada onak dan ranjaunya. Dia dicemburui manusia-manusia yang dengki pada dirinya. Fitnah sentiasa ditabur padanya, namun kesabarannya sampai ke kemuncaknya tatkala dia difitnah mencerobohi ke bilik Leha, seorang balu muda yang juga jirannya. Tekadnya dibulatkan untuk meletak jawatan kerana merasakan di kampong itu bukan tempat untuk dia berbakti dan perhitungan terakhir di gelanggang silat dengan awang sahak yang sudah awal-awal diputuskan oleh musuh-musuhnya tanpa diduga telah menjadi titik tolak yang merungkai sebuah sejarah. Sejarah yang cukup manis buat Oslan.
Perwatakan dalam Persinggahan begitu fokus. Oslan menguasai keseluruhan naratif ini dengan dibantu dengan cukup baik oleh watak-watak sampingan yang lain seperti ustaz Mansur, pendekar Saleh, lebai Dalib, nenek Odah, mak, Leha, Wan Derauf, Maimun, Sopiah, ustaz Karim, Jalil, pak uda Meon juga tidak ketinggalan Salikun, Matakib dan Amirudin. Sebagai peneraju utama watak Oslan ternyata dimanipulasi semaksimanya oleh penulis. Penggunaan lenggok bahasa yang mudah difahami biarpun cukup indah larasnya bagai mencantikkan lagi naskhah ini.
Plot cerita dibina dengan cukup kronologi dengan sedikit sisipan teknik imbasan kembali. Keindahan plot yang dicipta banyak membantu pergerakan cerita yang disampaikan penulis dalam merealisasikan mesejnya kepada pembaca. Saya cukup terbuai dengan susunan jalan cerita ini yang cukup cantik dipersembahkan penulis.
Dari saya, sekalung tahniah buat penulis untuk novel ketiga anda ini. Biarpun agak terlewat buat saya menghayati buah tangan anda yang hebat ini namun ia sedikit tidak akan menjejaskan kekaguman saya pada anda.Teruskan usaha, semoga terus cemerlang menghasilkan karya-karya hebat dan bermutu di masa hadapan buat tatapan, renungan dan pedoman buat kami semua, pencinta novel tanahair.
Buat pembaca, buat pencinta novel tanahair sesungguhnya banyak yang dapat dikutip, direnung dan difikirkan dalam naskhah kecil tapi padat dan mampat isinya ini. Persinggahan bukanlah sekadar sebuah naskhah, sebuah kisah yang hanya akan singgah di mata anda tetapi akan bersemadi kekal di minda anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
best :x
buku2 norhisham memang best. ada kelainan. lagi2 part ending haha.
cing, lepas ni kena cepat2 baca leraian novella & sayangku ain sofea tu weh.
Persinggahan bukanlah sekadar sebuah naskhah, sebuah kisah yang hanya akan singgah di mata anda tetapi akan bersemadi kekal di minda anda.
High 5 dgn kucc kata2 penutup ni memang tepat...Akak sendiri berulang kali membacanya. Terlalu menghayati panorama dikg tersebut bila oslan difitnah akak rasa terpanggil nak membela oslan. Bab akhir gelanggang silat tu memang terharu sangat...
sil:
wei aku tu dr ko 2 buku tu..hikhik
aku suka kata2 & ayat NM ni...cukup bermakna!
Kak Noor,
macih pd akak...dpt bc naskhah hebat ni sbb akak jugak..hikhik
cerita ni mmg cukup hidup kak...hebat NM ni!
Persinggahan benar2 telah singgah dan melekat dihati. Penceritaan serta olahan telah berjaya dihasilkan oleh penulis ini. Bagi org2 yg tak ada kampung macam aku ni (uhuhhhh....),Persinggahan telah membawa kita menghayati suasana kampung. Tahniah buat NORHISHAM....
Kak noor,
time kasih kerana memperkenal dan meminjamkan naskah yg menarik ini...
sil,
klu pinjamkan cing 2 buku tu, boleh lah akak tumpang dua2 kaki yea...hihihi
Salam Gengkicap...
kakwan nak rekomen korang baca Kompilasi Kasih Orang Terbuang (penulis sama)... kakwan gerenti korang mesti tangkap nangis punya... sangat-sangat-sangat best pada skala kakwan la... hehehe klu korang suka Persinggahan, korang pasti akan suka gak dgn 'KOT'
*wink*
Post a Comment