Novel : Odisi Bulan Biru
Karya John Norafizan
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM20.00
Harga pembelian melalui pos RM18.00(mulai 10 Mac 2009)
JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.
Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya
jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu.
Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan
dikeringkan nanti!
Kini ibu tiada lagi untuk bercerita. Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan
sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana
mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang
bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?
Katanya....
Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini.
Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi.
Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.
Teka teki apakah itu hingga menyebabkan dia sanggup menempuh seribu misteri dan melintasi Selat
Bosporus? Dan siapa pula Qistina di hatinya?
Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.
No comments:
Post a Comment