Monday, March 2

Rooftop Rant


Tajuk Buku : Rooftop Rant
Penulis : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre: Novel Remaja
Bintang : 5


--------------------------------------------------------------
“There’re time when strangers are like family...and family are like strangers.
Reality bites...and truth hurts.“

Apa Kata Saya:

Sepotong kata pujangga ada menyebut anak-anak pada usia 7 tahun pertama umpama bunga, 7 tahun kedua umpama khadam…namun pada 7 tahun ketiga dia bisa menjadi kawan juga lawan padamu. Luqman Hakim juga pernah berkata jadilah kawan pada anak-anakmu tatkala mereka menginjak remaja. Ini cumalah sebahagian contoh yang menyarankan para ibu bapa agar lebih memberi perhatian tatkala anak-anak mencapai usia “kritikal” ini. Ada sebab kenapa dan mengapa ia disarankan dan sangat ditekankan sedemikian rupa. Anak-anak lahir dengan fitrah yang suci bersih. Di tangan ibu bapanya nantilah dia bakal dicorakkan. Implikasi yang tercetus dewasa ini di dalam masyarakat akibat kegagalan ibu bapa memahami fungsi dan peranan mereka khusus pada anak-anak yang menjejaki usia remaja sangat mendukacitakan. Lihatlah kesannya. Lihatlah apa yang terjadi pada anak-anak remaja dewasa ini. Hlovate menerusi naskhah terbarunya; Rooftop Rant membawa kita menyusuri bicara pilu 2 remaja yang menjadi mangsa kegagalan insan bernama ibu bapa.

Bicara bumbung Hlovate dari puncak Wisma Topaz membawa pembaca berkongsi sebuah catatan kisah 2 remaja yang mencari ketenangan dari bebanan perasaan yang menghimpit. Bila “Jaded Jade in the middle” bertemu “The unwanted Trisy” di puncak Wisma Topaz, bicara antara mereka bermula. Kisah mereka. Cerita mereka. Sama-sama berkongsi, sama-sama meluahkan apa yang tak mampu terluah di luar sana. Walau episod sedih yang dilalui berbeza, yang nyata mereka tetap di atas landasan yang sama. Mohd Zaid Mohd Tajuddin @ Jade, si kacamata ala-ala John Lennon genius yang hebat di sketchbook di dalam melakar luahan rasa bertemu si popcorn Khairul Batrisya Mazni @ Trisy yang sukar dibaca tindakannya. Jade yang lari dari kekecewaan perbandingan antara abang dan adik oleh ibunya cuba mencari damai dengan meluahkannya di kanvas yang tidak bernyawa.Lokasinya di bumbung itu. Trisy, si manis 16 yang dahagakan perhatian ibu bapa, kasih sayang adik-beradik namun perbalahan yang sering bertingkah di mahligai itu seolah menidakkan kewujudannya lalu menyeret langkahnya menjejaki tangga kusam menuju ke puncak Topaz demi sebuah ketenangan. Mereka dipertemukan. Lalu terjalin sebuah persahabatan yang tidak disengajakan. Keserasian terbentuk antara mereka. Saling memahami, saling mengerti, saling mempercayai, saling ambil berat, saling berkongsi suka duka. Jade adalah kekuatan Trisy, Trisy adalah sumber inspirasi Jade. Janji termeterai “live well, live hell…you choose, your choice.”

Naskhah penulis kali ini begitu kuat mesej kehidupannya pada pembaca biarpun disampaikan dengan kaedah yang cukup santai. Dialog-dialog ringkas, sedikit humor digunakan penulis bagi menberi kesan yang lebih warnanya pada pembaca. Gaya bahasa yang ringkas sememangnya adalah trademark penulis hebat ini. Selitan petikan ayat-ayat cinta dari-Nya cukup mengindahkan naskhah ini.

Perasaan sebak kita turut sama mengiringi perjalanan payah Jade dan Trisy di dalam mereka bergelut membebaskan diri masing-masing . Tanpa penggunaan ayat-ayat yang melankolik, penulis ternyata berjaya menyentuh hati pembaca dengan cara penyampaiannya yang tersendiri. Plot yang banyak bermain dengan unsur flashback begitu cemerlang dipersembahkan penulis didalam menyampaikan naratifnya pada pembaca. Plot cerita yang dibahagikan kepada 3 sub plot ini diolah dengan cukup teliti sekali. Kita melihat tranformasi Jade yang nobody kepada somebody in the industry. Kita dibentangkan dengan peralihan Trisy ke seorang Batrisya yang membawa panji kemenangannya untuk dilakarkan di bumi Aberdeen. Titik pertemuan selepas 5 tahun terpisah, plot penutup naratif yang cukup berseni dinoktahkan penulis ..."be my wonderwall.", "he is my wonderwall".

Penulis begitu hebat di dalam pembinaan perwatakan di dalam Rooftop Rant. Jade dan Trisy adalah 2 watak utama yang menjadi fokus, menjadi nadi utama yang menggerakkan cerita ini. Jade digambarkan dengan perwatakan anak muda berusia 20 tahun yang terhimpit dengan kekecewaan pada keluarga yang tidak memahami minat dan cita-citanya untuk menjadi kartunis, sering dibandingkan dengan abang dan adiknya dalam skala pencapaian akademik. Demi memenuhi keperluan pada minatnya itu, dia berusaha sendiri mencari sumber dengan berkongsi menjadi penjual burger. Saya tertarik dengan perwatakan Jade yang digambarkan penulis. Sentiasa positif, tidak pernah mengalah pada tekanan sekeliling. Seorang pendengar yang baik, seorang sahabat yang setia, seorang teman suka duka yang sukar dicari, seorang lelaki yang punyai wawasan dalam hidup. Trisy, si remaja yang menutup pintu hidupnya dari dijengah sesiapa kerana merasakan hidup keluarga cukup jelek untuk menjadi topik perbincangan.Rumah yang sudah ibarat neraka baginya kerna tiada cahaya kegembiraan hidup berkeluarga yang didambakan sejak sekian lama. Ibu bapa yang sering bertingkah...Jazz, Rina dan Tati yang lebih rela berpesta di bawah kerlipan lampu dan hingar bingar muzik di kelab. Hanya pada pembantu rumah, Buk Jah tempat dia mendapat secebis kasih dan perhatian. Bagi saya perwatakan Trisy paling tragis dan mengundang limpahan simpati pembaca. Perjuangan Trisy di dalam seribu kepayahan dan kesabaran di dalam mencapai impian dan cita-citanya cukup menyentuh perasaan. Dia bangkit dari tiupan semangat Jade. Dia berdiri kukuh dengan usahanya dan doa dari Opah, Atuk dan Paksu. Dia berjaya membuktikan bahawa dirinya bukan seorang remaja yang gagal. Perwatakan Azwan @ Pak Su Wan juga mencuri tumpuan. Dia kesatria yang muncul tepat pada masanya tatkala Trisy memerlukan.

Mau hidup bahagia atau hidup sengsara...sendiri pilih, sendiri tentukan.

Buat penulis yang begitu saya kagumi cetusan idea kreatifnya yang unik dan tersendiri di dalam menyampaikan wacananya pada masyarakat sekalung tahniah atas lakaran kisah anda yang cukup berseni dan istimewa ini, seistimewa diri anda. Buat pembaca dan para pengkagum Hlovate, bicara bumbungnya ini pasti akan membuat anda jatuh cinta pada Trisy dan Jade.



-----------------------
Rinn's Review
Rooftop Rant by Hlovate
Terbitan Jemari Seni
2009

"There're times when strangers are like family, and family are like strangers"

Bukan sorang dua yang paksa saya baca buku ni. yang tak baca lagi buku ni pun sibuk suruh saya baca cepat2. adus sabar jer aku. Rasanya memang ramai yg tak sabar menunggu kehadiran novel terbaru setelah membaca 5tahun 5bulan, Gurindam Jiwa: Schubert's serenade, aA+bB dan [tunas]. gap setiap buku tu tidaklah jauh2 tapi ternyata peminat2 hlovate mahu lebih banyak karya2nya :) saya ni bukan pengikut enovel so, saya tak ambil tahu sangat mengenai cerita2 online, tapi kalau dah jadi novel bercetak ni, memang lah saya akan baca sebaik saja ada peluang :)

Rooftop Rant. Hlovate meneruskan rentak tersendirinya dlm penyampaian kisah ini. Dalam delivery tersendiri dia masih mampu memikat pembaca utk terus hooked dalam penceritaannya.

Bagi saya permulaan cerita ini agak kelabu dan saya berusaha utk concentrate. Tak lama keadaan tu kerana bila selak ke muka surat seterusnya kita sudah dibawa ke dunia Jade dan Trisy di bumbung menara Topaz.

Sukarnya menjadi remaja seperti Jade dan Trisy yg ketandusan tumpuan dan kasih sayang parents. Jade yg lebih matang membina haluan dgn cara tersendiri namun bagi remaja sekolah seperti Trisy dia masih terkial-kial mencari arah dan dia akhirnya terumbang ambing dalam membuat keputusan dalam hidupnya.

Komunikasi seharian dgn Jade memberi impak yang amat besar dalam hidupnya. Setiap kali perbualan mereka berlaku, ianya seperti rakaman kekal dalam jiwanya. Kata-kata itu menjadi hikmat utk nya meneruskan hidup. Namun tekanan demi tekanan menjadikan dia lemah dan terkulai seorg diri dalam kepekatan malam di menara Topaz. Seawal muka surat 90 kita sudah dpt memahami keadaan Trisy yg tertekan. Kehibaannya dpt dirasakan dan turut mengundang kesedihan pada pembaca. Dalam keadaan overdosed, Trisy diselamatkan buat kali kedua oleh Jade. Keluarganya entah ke mana. Tindakan Trisy juga telah membuatkan parents dia membuat keputusan utk menghantarnya balik ke kampung utk tinggal dgn datuk dan neneknya. Bermulalah episode baru dalam hidup Trisy. Kehidupan yg semakin bermakna tetapi seperti ada kekurangan kerana Jade tiada bersama-samanya utk mendengar keluh kesahnya. Kehadiran paksunya yg ala2 ustaz rock memeriahkan hidupnya.

Bagi saya kisah ini mengingatkan saya kepada 5 tahun 5 bulan. Rasa macam ada yg sama tapi tak serupa. Rooftop Rant lebih berat dan penuh emosi tapi 5T5B lebih jiwang :)

Kelakar betul pendekatan Jebat utk membantu adiknya, Lekiu berkenalan rapat dgn Trisy. Siap hantar utusan merisik lagi tu! haha. Saya kagum dgn Trisy yg kebal hatinya. Walaupun Trisy dan Jade tidak pernah saling memberi harapan tapi mereka percaya antara satu sama lain. Ending yg membuatkan kita tersenyum panjang :) Terima kasih Hlovate.

heroin2 citer hlovate semua suka dgr mp3 dgn telinga tersumbat earphone ek? hehe

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...

tentang bukit yg sayup di depan
tentang angin yg membawa salam di belakang
tentang lang sewah yg berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yg bersesak-sesak di bawah

dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...

RM21.00
540 mukasurat
isbn: 9789675118074

3 comments:

Qimi08 said...

1000 x tahniah utk kucc preview yg mantop. Citarasa kita serupa...
Dan tahniah juga untuk penulis yg menghasilkan sebuah cerita yg begitu menarik tidak kira lapisan usia untuk membacanya.
Untuk peminat hlovate...anda harus membeli Rooftop Rant....

kucc_aprilsnow said...

akak..celet, muaahhh

RR memang superb...hola hola
RR memang da bomb...kaba boom
RR memang cute n comei...Upin Ipin

cadbury said...

juz finishing dis book 5 minutes ago.i bli buku ni untuk adik i becoz she ask 4 it.x smpat i bgi die pun,i yg bace dulu n ape yg i ckp,sgt bagus untuk remaja.die pndai bermain kata n meyusun bicara.hati teringin berjumpa ngan hlovate ni.