Friday, March 6

Sakti Cinta (Terbaru 2009)


Novel : Sakti Cinta
Penulis : Anita Aruszi
Terbitan : iBook Publication
Harga : RM23.90
Muka Surat : 755 Halaman

DINA AZURA membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut...Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih banyak dengan mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tidak pernah muncul lagi, membuatkan hatinya separuh mabuk rindukan lelaki itu.

"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tidak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula digegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

5 comments:

jujun said...

Wah buku yg ditunggu2 dh pun muncul...gumbira nya rasa hati...tq anita..kucing jun kirim salam hik hik

RinnTis said...

baru jer minggu lepas baca 'bunga syurga'. :) can't wait to read this one too.

Mazni Aznita said...

hehehe tak sngka ada gk promo SC ni thnks la kak jua..

jun, rinn..sbnrnya malu jgk sy nk bg org bc SC ni coz sy smpt belek2 SC kelmrin, tp kecewa sikit ngn editing..wlupun tak la byk tapi tak leh lari jugk dr rasa kecewa. hehehe...

sbnrnya sy ada bg SC versi baru yg dh siap sy betulkan, mmdangkan setahun kena tunggu.tp ibook x nk guna yg itu krn alasan depa dah siap edit yg lama..tp bila sy belek..kuciwa sikit..ada a few mistakes yg x dibetulkan dr segi ejaan, paragraph, eng term n lain2..ada yg diubah tp cam x kena je. Hrp ampun ya jun, kucc n siapa2 yg akan trpandang mistakes tu..hehehe...halal menghalal k...

kucc_aprilsnow said...

nita..siang2 dah bagi wink wink takut kena tembak ngan peluru kicap ek...hikhikhik

itu bukan salah nita...kami paham, kalau nk tembak, kami tembak team iBook aja...hahaha

Mazni Aznita said...

kucc, jgn tembak ibook...tembak sy jelah coz lmbt bagi versi baru punya. hahaha...lagipun versi lama ni hak sy gaks...

smlm habis belek SC sy ni. punyalah lama nak tunggu smpi sy dh lupa certain part dlm citer tu. siap tanya adik lg, ginike aku buat dulu? dia angguk, ha memang camni ler..terus ku garu kepala. Hehehe....