Friday, January 28

Alaf21 - Bonus Jan & Feb

Tajuk : Cintamu Nadiku
Penulis : Norzailina Nordin
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-638-2
Halaman: ~528

Sinopsis

ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai. Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?

Tajuk : Juara Carta Cinta
Penulis : Lynn Dayana

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwich yang dihimpit rapat oleh roti panas.
Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka remuklah organ dalaman Maya bila kerap diasak.
Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening kepala. Besarnya tanahair Malaysia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia?
Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori.
Lelaki :“Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya.”
Maya: “Owh macam tu! Kalau I beli pisau setengah dozen? Tukul besi dua. Parang enam dan gergaji tiga. Apa maksudnya?”
Lelaki: “Somebody hurt you very bad, I guess.”
Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

1 comment:

adhan said...

salam..

dah baca dua-dua buku ni..memuaskan hati :)