Penulis : Salina Ibrahim
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-629-0
Halaman: ~496
Sinopsis
Kata Anis Hasanah, dia mahu memulakan hidup baru. Dia sudah bertaubat dan ingin melihat dunia secara penuh insaf. Katanya, dia ingin lenyapkan ‘momok’ silam yang menghantui hidup sejak sekian tahun ini. Kerana dia mahu melangkah ke hadapan memburu khatimah yang tenang lagi diredhai.
Kata Hatim, hidup perlu realistik. Ini bukan pengakhiran kisah Cinderella tetapi permulaan pada sebuah kehidupan yang bermakna. Katanya, dia hanya punya hati yang ikhlas dan tulus. Dia sekadar mampu menawarkan harapan dan cinta untuk sama-sama melangkah, menuju masa depan.
Kata Ehsan, hidup mesti ikut hati. Dia kembali beroleh ‘nyawa’ selepas bertahun-tahun tenggelam di bawah bayang-bayang orang lain. Katanya, dia mahu mencari arah baru dan memulakan langkah sendiri yang bebas tanpa belenggu. Dia mahu mendapatkan semula cintanya yang pernah hilang. Khatimah hidup bagaimanakah yang mereka kejar? Dan inilah kisah mereka!
Muna Mahira
Halaman: 512
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-631-3
Sinopsis
BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…
Elis Mokhtar
Halaman: 464
Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-646-7
Sinopsis
SEMEMANGNYA bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan.Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya!
Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”
Hashim Salleh
Halaman: 400
Harga: RM 16.00
ISBN: 978-983-124-650-4
Sinopsis
Astana Kasih... vila yang dibina oleh Tuan John di tengah-tengah ladang getah miliknya. Kerana sebuah peristiwa yang menggerunkan, dia kembali ke tanah airnya di London. Vila itu dan seluruh ladang diserah kepada Pak Murad suami isteri. Selama bertahun-tahun, Rusdi sebagai anak sulung Pak Murad menguruskan ladang itu. Suatu hari, dia hampir ditimpa kemalangan kerana brek Land Rover yang digunakan untuk melawat ladang tidak berfungsi. Hatinya kuat mengatakan ada seseorang mahu mensabotajnya.Semakin menjadi tanda tanya apabila di dalam vila, dia beberapa kali ternampak lembaga hitam menyelinap masuk dan kemudian hilang begitu saja. Malah, kedatangan anak Tuan John iaitu Karen dan Michael di vila secara tiba-tiba menjadi teka-teki. Pak Murad yang tahu segala-galanya hanya mengunci mulut. Dia mahu rahsia dan misteri itu terbongkar dengan sendiri. Kerana dia amat pasti, ada hikmah atas segala apa yang terjadi.
No comments:
Post a Comment