Friday, January 7

BUKU TERBARU KARNADYA - JANUARI


Sesuci Cinta
Aina Emir
Harga Semenanjung: RM21.90
Harga Sabah/Serawak: RM24.90
ISBN: 978-967-5367-89-2

Siapa kata gadis sepertinya tidak mampu untuk mengubah imej? Mungkin kerana itulah dia melarikan diri, tinggalkan semuanya untuk mengubat hati dan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya kepada Armand, Nuraina sedar cinta tanpa harta mungkin tidak akan ke mana.

Behzad, lelaki yang mempunyai segala-galanya telah muncul untuk mengubat jiwa yang sengsara. Dia menerima Nuraina seadanya. Apakah kehidupannya di perantauan mampu membawa nikmat dan kebahagiaan?

Sehebat mana sekalipun manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawa Nuraina ke Andalusia, Sepanyol dan di sanalah Nuraina bertemu dengan sesuatu yang sangkanya sudah lama hilang.

Hatinya yang diketuk semula memerlukan Nuraina untuk membuat keputusan. Apakah dia mampu untuk menilai yang mana satu kasih dan yang mana pula kasihan? Cinta baru yang bermakna atau nostalgia cinta lama tetap di hati?

Realiti selalunya tidak seindah mimpi, namun Nuraina terpaksa menghadapi semuanya. Novel ‘BEST SELLER’ ini tentunya akan menguja hati dan jiwa anda yang membaca

Cinta Si Kunang-Kunang

Nora Fuad

Harga Semenanjung: RM20.90

Harga Sabah/Serawak: RM23.90

ISBN: 978-967-5367-79-3

“Ibu, kelip-kelip ni hanya muncul di tempat gelap, juga di tempat yang istimewa saja. Datangnya memberi cahaya. Seperti dia juga. Datang bertandang di hati Intan, bercahaya.” Dia tersenyum lagi. Dia pasti dengan pilihannya kali ini.

Intan Irdina dan Intan Adeena, dua beradik kembar yang bukan sekadar berkongsi paras rupa tetapi juga rasa. Masing-masing sukakan benda yang sama dan inilah yang menyukarkan perjalanan cinta mereka. Siapa yang menyayangi siapa dan siapa pula yang akhirnya mendapatkannya

Pastinya hidup ini penuh dengan liku-liku, hanya si kunang-kunang yang mampu datang dan menerangi hati dan jiwa yang pernah terluka. Pun begitu, tidak mudah untuk mencari jawapan bagiu mengisi kekosongan. Apakah si usahawan tani itu, Dzar Salahudin mampu menawan hatinya semudah memanjat Gunung Kinabalu dan berjaya untuk membuat dia tersenyum semula? Atau mungkin kesan kasih lama tetap berpaut pada Adam Falqiss dan membuatkan si gadis tidak mampu berhijrah? Atau adakah jejaka yang ditemuinya di Bandaraya New York, Adi Faris menjadi pilihan hatinya?

Sama-samalah kita melayari kisah cinta ini yang membawa pembaca mengembara ke tempat-tempat menarik dan penuh dengan rasa romantik.

No comments: