Tajuk : Jambatan Kasih |
Penulis : Danisha Nur |
Harga : RM 19.90 |
ISBN: 978-967-0184-02-9 |
Halaman : 460 hlm Naema Qistina kecewa apabila cinta Imran beralih arah pada Syafikah, teman baiknya sendiri. Dia membawa diri jauh dari kedua-duanya. Bertahun-tahun hatinya tidak diusik sesiapa sehingga suatu hari dia bertemu Adif, pemuda kacak dan lucu. Tidak lama berkenalan, mereka bertunang sebelum Naema mendapat tahu yang Suraya teman baiknya pernah menaruh cinta pada Adif. Naema mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan. Pelbagai insiden berlaku kemudiannya. Syafikah pula masih berusaha memperbaiki hubungannya dengan Naema sementara Imran melakukan pelbagai cara supaya Naema kembali padanya. Apakah hujung cinta Naema dan Adif? Sudikah Suraya berkorban demi teman baiknya? |
Tajuk : Semenjak Kau Datang | ||
Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki | ||
Harga : RM 15.90 | ||
ISBN: 978-967-0184-01-2 | ||
Halaman : 336 hlm
|
Tajuk : Tajdid Rindumu |
Penulis : DYZA AINUN |
Harga : RM 25.90 |
ISBN: 978-967-0184-11-1 |
Halaman : 672 hlm Pengorbanan V’na menamatkan zaman remaja bukan relanya. Demi keterpaksaan itulah, dia menerima lamaran Siti Dalila, isteri kepada lzzul Haqeemi. Menjadi isteri kedua yang penuh dengan jutaan dugaan. Pergolakan hati dan perasaan dalam rumah tangga yang tidak dibungai rasa cinta. Berhadapan pula dengan kecemburuan Siti Dalila kemudiannya. Apa lagi, ternyata, V’na telah berjaya menganugerahi lzzul Haqeemi dengan gelaran paling istimewa, menjadi seorang bapa kepada bayi yang selama ini amat diharapkan oleh lzzul. Namun, V’na terfitnah oleh pelbagai hasutan yang didalangi oleh Siti Dalila. Berbaloikah sebuah pengorbanan? |
Tajuk : CUCUR BAWANG & KOPI ‘O” |
Penulis : HASRUDI JAWAWI |
Harga : RM 25.90 |
ISBN: 978-967-0184-10-4 |
Halaman : 720 hlm Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri? |
No comments:
Post a Comment