Wednesday, September 30

Ingin Kusentuh Cintamu Oktober Ini!


Segala-galanya berlaku di luar dugaan. Haniza telah diwasiatkan untuk menjaga anak Ratna Dewi – Amanda yang juga merupakan waris tunggal kekayaan keluarganya. Tambah menghuru-harakan keadaan, Haniza terpaksa menemukan Amanda dengan pak ciknya, Iskandar yang telah lama terputus hubungan dengan keluarga tersebut. Dek wasiat Ratna Dewi, Haniza rela melepaskan jawatannya sebagai guru untuk membantu arwah Ratna Dewi. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi ada syaratnya. Dia dikehendaki untuk terus tinggal bersama Amanda di rumah Iskandar sementelah Iskandar seorang yang mementingkan kerjaya dan tiada masa untuk melayani kerenah Amanda yang masih hijau usianya itu. Namun semua itu hanyalah ‘lakonan’ semata-mata kerana Iskandar ingin melindungi anak buahnya daripada pembunuh yang dahagakan harta kekayaan arwah ayah Amanda, iaitu Fairuz yang juga merupakan pak cik Amanda. Dalam masa yang sama, nyawa Haniza turut menjadi taruhan kerana Fairuz dapat menghidu betapa pentingnya Haniza di dalam hidup Iskandar. Berjayakah Iskandar melindungi Amanda dan Haniza? Berjayakah Iskandar mengubah persepsi Haniza yang menganggapnya sebagai seorang insan yang berhati batu? Berjayakah Iskandar menyumbat Fairuz ke dalam kandang lokap? Siapakah yang membunuh ayah Amanda? Semua persoalan ini bakal terjawab di dalam INGIN KUSENTUH CINTAMU karya penulis baru, Aryanie Ismail.

Blurb novel

HANIZA - Beratnya amanah yang dititipkan. Kasihnya pada Amanda tidak ternilai sehingga kerjaya impiannya sebagai guru terpaksa dilupakan untuk sementara. Tohmahan dan cacian terpaksa ditelan demi sebuah pengorbanan.

AMANDA - Kematian ibu tercinta membuatkan dia bergantung kasih sayang kepada wanita yang tiada pertalian darah dengannya. Setelah sekian lama, dia dipertemukan dengan bapa saudara yang belum pernah dikenalinya. Tetapi kenapa lelaki itu bersikap acuh tidak acuh terhadapnya?

ISKANDAR - Selama ini dunianya hanyalah pekerjaan. Kehadiran anak saudara yg dititipkan mengubah rentak hidupnya. Dia digelar batu oleh seorang gadis. Dapatkah dia menangani segala masalah yang datang menimpanya.

1 comment:

faiq said...

gua igt lu jual kicap