Sunday, August 30

Terbaru dari KarnaDya

Tajuk : Dimensi Cinta
Penulis : Nora Fuad

Sinopsis:

Sukar membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrabnya dan unik nilai persahabatan antara Lukhman Hakim dan Zaid Harith yang terbina sejak kecil. Mempunyai hampir segalanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman milenium ini, kedua-duanya hanya perlu mencari cinta bagi melengkapkan jiwa Adam mereka.

Zaid Harith terlebih dahulu bertemu Nur Suraya, lalu jatuh cinta. Nilai cinta Zaid ada pada VilaCinta impiannya. Lukhman sebaliknya menyimpan hati denganNur Suraya ketika kali pertama bertemu sebelum diperkenalkan oleh Zaid secara rasmi. Kedua-dua rakan baik itu jatuh cinta kepada gadis cantik bernamaNur Suraya itu. Gadis itu kebingungan dalam meletakkan tanda dalam hubungan mereka. Dia menjadi keliru dalam menentukan pilihan hatinya.

Siapakah pilihan Nur Suraya? Adakah Lukhman? Atau Zaid? Atau Taufik, kekasih lamanya? Apa ada pada cinta? Cukupkah sekadar bertukar cahaya ‘alfa’? Adakah cinta perlu diberi tanda? Pilihan antara hubungan saudara dan cinta sukar dipilih, seperti kata pepatah, ditelan pahit, dibuang sayang.


2 comments:

Nora Isma Fuad said...

Dimensi FULL SINOPSIS CERITA.

Sukar membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrabnya dan unik nilai persahabatan antara Lukhman Hakim dan Zaid Harith yang terbina sejak kecil. Mempunyai hampir segalanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman Milineum ini, kedua-duanya hanya perlu mencari cinta bagi melengkapkan jiwa adam mereka.
Zaid Harith lebih dahulu bertemu Nur Suraya, lalu jatuh cinta. Pengalaman semasa mudanya ditinggalkan bapa kandungnya, Zaid amat berpegang kepada kata-kata azimat ibunya, Mama Mia, jangan lafazkan cinta jika gagal pamerkan harga cinta. Nilai cinta Zaid ada pada Villa Cinta impiannya. Pendeknya, Zaid meletakkan material sebagai harga ukuran keagungan cinta . Tuntasnya, Suraya kebingungan dalam meletakkan tanda dalam hubungan mereka. Lukhman sebaliknya menyimpan hati dengan Nur Suraya ketika kali pertama bertemu sebelum diperkenalkan oleh Zaid secara rasmi. Demi persahabatan, dia rela berundur sehingga membawa diri ke Adelaide dengan harapan, bunga cinta akan mekar antara Zaid dan Suraya.Siapakah pilihan Suraya? Apa ada pada cinta? Cukupkan sekadar bertukar cahaya ‘alfa’? Adakah cinta perlu diberi tanda? Pilihan antara hubungan saudara dan cinta sukar dipilih, seperti kata pepatah, ditelan pahit, dibuang sayang.

Cinta membawa anda menjelajah jauh ke segenap alam tanpa sempadan. Menyusuri segenap inci bumi dengan berkongsi keindahan Tasik Kenyir dan Langkawi sehingga mengembara jauh ke bumi Australia dan London. Belajar mengenali tanda bahawa anda sedang dicintai dan bagaimana memberi tanda cinta. Anda mencari cinta ? Doa untuk gadisku adalah jawapan realitinya.

Nora Isma Fuad said...

as salam,

thanks for a preview... full prebiew singgak ke dimensicinta-norafuad.blogspot.com



sis nora fuad