Karya : Eka Fahara
Terbitan : Alaf 21
Sinopsis:
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?
Insyaallah akan berada di pasaran pada bulan Jun ini....Kepada peminat novel, sudilah menatap buah tangan terbaru saya ini ya...(dari blog Eka Fahara)
7 comments:
kak eka..
tahniah.. & moga karya baru ni boleh boooommmm dari yg sblm2nya :D
org dah masukkan dlm list cuma tak sempat2 lagi nak ke bookstore.
Yesss memang menanti kemunculan Eka...semua novel Eka akak buat koleksi cume tak berkesempatan nak minta t/t je....
tahniah eka untuk kelahiran baby baru ni...teruskan menghasilkan karya2 yg superbbbbb
kak qimi...novel ni wajib masuk troli....
Kak Eka..
ooo yg ni la x cukup kertas ari tu ekk..hehehheh
Tahniah utk buku baru!!!
Harap yg ni pun ttp ummphh
:)
Tahniah kak Eka :)
wah dari penulis yg ku tunggu tunggu kelahiran baby barunya...akan ku serang markas ni..hehehe..sapa nak ikut?.
tahniah eka...lama menunggu ni.
Post a Comment