Monday, June 22

Review: Kalimah Jiwa by Haiza Najwa



Tajuk: Kalimah Jiwa
Penulis: Haiza Najwa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009

"aku menanti janjimu di tengah lautan resah"

Ini adalah karya ketiga haiza najwa yg saya berkesempatan membaca dan ketiga2nya terbitan Alaf21. Saya dpati penulis ini sentiasa memilih menyampaikan cerita yang memerlukan beliau menanam elemen 'percaya' terhadap cerita yg disampaikan kerana ianya bukan cerita yg biasa. Ia mengambil masa dan dalil yg kukuh utk kita percaya, menerima dan suka dengan kisah yg beliau nak sampaikan. Pemilihan gaya begini menunjukkan penulis sentiasa mahu mencabar diri sendiri dalam menghasilkan karya yang memuaskan dirinya sbg penulis kreatif dan menghiburkan pembaca2nya.

kalau dalam Sentuhan Cinta, Hurin Ain menganggap dirinya hodoh walaupun dia sebenarnya sangat sangat cantik. Manakala dalam Kumohon Kasih, Ayuni mengahwini lelaki yg pernah memperkosanya dan tak perasan itu adalah lelaki yg sama. Manakala dalam kisah kali ini, seorg pelacur yg terselamat dari sarang pelacuran selepas 1001 hari terperangkap di situ dan setelah menjalani pemeriksaan doktor, dia didapati masih suci. Mcm mana boleh jadi macam tu? Pelacur suci?

Bagi saya cerita ini lebih kemas dari dua cerita sebelum ni dari penulis yg sama. Beliau mencipta konflik yang dalam dan berjaya meyakinkan pembaca dengan menggunakan alasan2 yg menarik. Saya amat tertarik dengan gaya bahasa beliau yg lembut dan memujuk. Scene2 sedih dilagukan dengan sangat hiba dan menyentuh hati dan sudah pasti membuat pembaca mengalirkan air mata. huhu..

Kisah ini tentang Liany yg berkahwin dgn Fahren kerana cinta. Tetapi Fahren mahu mempergunakan kecantikan Liany utk mengaut keuntungan. Liany dilacurkan dgn harga setinggi RM25ribu utk satu malam dan memang ramai lelaki yang beratur panjang utk mendapatkan khidmatnya. Pada malam ke1001 Liany diselamatkan oleh peguam muda, Naqlis. Naqlis mahu membela Liany dan menjatuhkan Fahren yg sentiasa memerangkap mangsa baru utk bisnesnya.

Namun setelah menjalani pemeriksaan, Liany didapati masih dara dan kes mereka menjadi goyah. Benarkah dakwaan Liany yg dia merupakan seorg pelacur? Dia menjadi terkenal di media Malaysia. Kesnya menjadi tumpuan. Ada membenci dan ada yg memuja.
Sebenarnya Liany adalah seorg gadis yg baik dan taat pada agama. Dia sentiasa memohon perlindungan Allah dan dgn bantuan Eljie, dia menggunakan ubat tidur utk melalikan pelanggan2nya dan tiada siapapun mengesyakki apa2 sehinggalah dia dilarikan dari rumah pelacuran itu. Lelaki2 yg pernah berhabis duit melanggan Liany ditertawakan.
Liany percaya doa2nya setiap masa dan ketika menyelamatkan maruahnya. Naqlis menarik diri sbg peguam Liany kerana dia mahu menjadi saksi utama kes itu.

Penulis bukan hanya menumpukan seluruh cerita kepada kes itu. Liany terpaksa menerima lamaran Naqlis kerana dia pernah bernazar di hadapan Eljie yg dia akan memperhambakan diri kepada orang yg menyelamatkannya. Ibu Naqlis bangga menerima insan sebaik Liany sbg menantu tetapi bapa & abg Naqlis menggelisah kerana mereka pernah menjadi pelanggan Liany.
Liany gadis yg bijak, dia bukan kosong, dia penuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Bertahun-tahun dia berjaya mengelak cubaan cabul oleh bapanya sendiri yg percaya Liany bukan anaknya. Bacalah novel ini utk melihat bagaimana dia mengendalikan persekitarannya. Namun mata2 jahat sentiasa memerhatikannya dan satu kealpaan telah membuatkan Naqlis hilang kepercayaan pada Liany. Liany mencumbui lelaki lain dan gambar2 itu tersebar bebas. Apa penerangan Liany kali ini? Ibu mertuanya mempercayainya sepenuh hati. haaa.. part ni kena baca sendiri... La la la la... sebenarnya byk lagi perkara2 yg mengejutkan...

Part Liany menerima utk berkahwin dgn Fahren tu membuat saya terfikir, gadis sebaik Liany pun mudah tergoda dengan lelaki yg hensem dan berwang. Kawan baiknya sendiri meragui motif Fahren, tapi cinta telah membutakan mata Liany. Mungkin dia terharu Fahren sanggup menghulurkan wang utk keluarganya yg miskin.

sure fine whatever

rinn


Sinopsis belakang buku:

Ifliany sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat utk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagaikan menyuluh sinar bahagia utknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sbg peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorg pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis utk mendakwa Fahren.

RM19.90
sabah/sarawak: 22.90
isbn: 9789831244258
505 mukasurat

7 comments:

kucc_aprilsnow said...

best best, yaa aku akan baca....erk tapi lom beli weii, ahaaks

RinnTis said...

beli kat pesta buku alaf21 mgu depan.. diskaun 30% beb!

kaypo said...

beli..jgn tak beli..akhirnya ada gak review...hehehe...tunggu aku..alamat kelaut ler aku review..haha tq Rinn.
Korang nak tahu camne lah dia masih dara lagi...tu rahsia kerajaan..hahaha..mau tahu...silalah bace ya. Tahniah Haiza..aku suke buku ni.

Dyea said...

Kay...
Rinn dh bgtau dlm reviewnya..
Rahsia bukan lg rahsia daa..
hehhehe..

Thanx Rinn,
penat tau kitorang cuba korek dari Kay..
egegegeggee..

RinnTis said...

Yer la dah tau apa yg dia guna. tapi bagaimana cara nya dia gunakan taktik tu selama 1001 malam. hehe sian Naqlis pun terkena jugak. sampai terhuyung hayang gi toilet. keh keh. berhati-hati camner pun mesti tergoda punyalah!

kaypo said...

cissss...Rinnnnn..awat hang pecah rahsia kerajaan tu. Penat ler aku main sorok sorok tarik tali ngan depa depa kura kura ni..hahahha

RinnTis said...

haha... tak habaq pun kena rahsia.. tu la len kali buat la review awai2. hehe...