Monday, June 15

Dame Zoete Sarah

Tajuk Buku : Dame Zoete Sarah
Penulis : Khairyn Othman
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM18.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre: Sweet & Comedy Thiller
Bintang : 5

--------------------------------------------------------
“..wah!, aku yang dalam musibah ini pun sanggup kau bebelkan?Sampai hati sungguh!Sombong! kerek! Ingat dia hero ke? Hero datang lambat!....”

Apa kata Saya:


Selamba, kelakar, penuh debar dan unik . Inilah rangkaian kata-kata yang dapat saya simpulkan tatkala selesai mengikuti novel terbaru nukilan si nona manis yang berbakat besar ini. Tajuknya sahaja sudah cukup memikat! Sewaktu membeli novel ini bersama rakan, saya sempat bertanya abang Rosdi yang tidak saya sangka adalah editor bagi naskhah ini tentang bagaimana menyebut tajuknya, bukan apa nanti lain yang patut disebut lain pulak bunyi yg keluar dari pangkal lidah saya…hehehe. Boleh pecah perut dengan lawak spontan ciptaan sang penulis kali ini…lawak yang cukup bersahaja sekali, di dalam situasi genting, kita masih boleh menguntum senyum, mengundang tawa tanpa sedar...hebat sungguh penulis ini!

Dame Zoete Sarah(DZS) atau Si Manis Sarah adalah buah tangan kedua hasil karya Khairyn Othman selepas Zahrah Di Tigris. Seperti juga dalam naskhah pertama, DZS penuh dengan sisipan informasi yang cukup berguna kepada pembaca namun kali ini penulis memilih untuk menukar haluan persembahan wadah naratifnya ke format yang lebih santai dan cukup menghiburkan sekali. Dalam DZS kita dibentangkan dengan perihal susur galur sejarah asal usul bunga tulip yang menjadi ikon Negara Belanda. Ia bagi saya sangat berguna sebagai makluman pembaca. Disamping bergelak sakan, disulami rasa teruja kita dapat menimba maklumat yang mungkin langsung tidak kita ketahui sebelum ini. Berlatarkan Malaysia dan Belanda, naskhah kali ini bagaikan menonton sebuah persembahan filem aksi dan penyiasatan global.

DZS menemukan pembaca dengan seorang Sarah Adam, gadis lingkungan 27 tahun, bertugas sebagai wartawan di Johor Baharu. Seorang yang cukup dedikasi terhadap tiap tugas yang diberi. Sarah yang bersifat sukar diramal ini dilibatkan secara tidak terancang didalam kemelut sindiket dadah apabila maklumat formula dadah terbaru telah diselitkan didalam beg tangannya didalam kejadian ragut yang sengaja dicipta oleh si “peragut”; Rod a.k.a Chan Wee Kong demi menjayakan misinya agar tidak diketahui sindiket berkenaan. Malang bagi Sarah bila dirinya menjadi buruan sindiket yang mahukan maklumat tersebut yang juga mengandungi informasi penting berkenaan orang-orang penting sindiket itu. Lebih malang bila Sarah ditimpa “kemalangan” kedua yang telah memberinya satu “benda” yang boleh menjadi bahan bukti terpenting kepada sindiket berkenaan. Sarah yang teruja untuk membongkar kisah disebalik semua kejadian yang menimpanya menerima kejutan yang paling menakutkan bila dia secara tiba-tiba menjadi buruan polis kerana dituduh menjadi pengedar dan pembunuh!. Tersepit dengan situasi yang menimpa, Sarah terpaksa bertindak menyembunyikan diri dari buruan polis dengan azam untuk membersihkan namanya yang sudah tercemar. Pelarian Sarah dengan kepintaran dan rantaian hubungan sosial yang dibina dengan masyarakat luar semasa menjadi wartawan membantunya melepasi sempadan negara. Sarah selamat sampai di negara Belanda, namun dia tidaklah selamat sepenuhnya apabila Encik Selamat a.k.a Tuan Salim , sang pegawai polis nan pintar yang berjaya menjejaki dirinya dan pemburuan Encik Selamat untuk mencari Sarah pun bermula…dan disini bermulalah pelbagai aksi menarik antara keduanya, dipenuhi segala macam aksi yang diluar jangkaan…Bila si luar jangka bertemu si banyak auta kita boleh maklum bagaimana hasilnya bukan…havoc sungguh! Satu kombinasi yang cukup lemak berkrim dan penuh huru-hara namun diakhiri dengan begitu manis sekali…

DZS cukup kaya dengan elemen emosi untuk dikongsi bersama pembaca . Ini kerana watak-watak dibina dan dibangunkan dengan penuh elemen kemanusiaan dan mereka bergerak dengan penuh rasa tersebut. Mesej didalam naratif kali ini bercorak perjuangan diri / self-survival. Sebagai manusia, sebagai individu di dalam mengharungi kehidupan mekanisme perjuangan diri ini penting demi kita menghadapi kemelut hidup yang adakala tidak terduga. Menerusi watak Sarah yang kuat semangat, berani, degil penulis menyampaikan mesej beliau ini untuk dikongsi bersama pembaca.

DZS dipersembahkan dengan cukup bergaya terutama menerusi olahan jalan cerita dan plot yang cukup cemerlang. Struktur plot cukup mencipta kesan dramatik biarpun diolah secara santai. Momentum naratif dibina dengan cukup mengujakan dari awal hingga akhir dan adegan-adegan mendebarkan yang dicipta bagai kita melihat visual-visual yang penuh aksi di atas kepingan-kepingan kertas putih yang kaku!. Kombinasi Khairyn Othman sebagai penulis dan Mohd Rosdi selaku editor cukup menyemarakkan naskhah hebat ini. Suntingan yang cukup berhati-hati dan cemerlang berjaya meletakkan DZS pada kelasnya yang tersendiri.

Kekuatan DZS banyak terletak ditangan penulis yang cukup cemerlang menonjolkan karektor watak-watak dalam naratifnya tidak kira watak utama mahupun watak sampingan. Setiap watak saling menyokong antara satu ama lain. Perwatakan Sarah Adam, sang wartawan muda yang blur namun sukar diramal akan tindakbalasnya, keras hati, bersemangat waja, tidak mudah putus asa cukup hebat di tangan penulis. Sarah adalah lambang wanita yang tidak gentar dengan setiap cabaran dan berusaha sehabis upaya demi kelangsungan sebuah perjuangan diri. Salim Abdul Rahman, si Timbalan Penguasa Polis yang sedari awal dipotretkan dari sisi yang cukup menjengkelkan cukup menarik sekali. Salim yang perasan, Salim yang kerek, Salim yang macam bagus-bagus aja cukup menarik untuk diteroka dan bila sudah diteroka alangkah cantiknya peribadi mulia yang terselindung disebalik sifat luaran yang sangat kontras itu. Saya juga sukakan watak Suryati yang sangat bersahaja, kelakar dan bersifat sahabat sejati. Perwatakan antagonis yang agak ramai di dalam naratif ini tidak begitu menonjol dan bagai ditenggelamkan oleh kedua-dua watak utama ini juga oleh watak-watak sampingan yang lain. Penampilan cameo Khairunnisa dan Dr Taufik dr Zahrah Di Tigris bagai mengubat kerinduan pada dua nama ini.

DZS sangat bernilai di mata saya kerana ia dibina untuk memperlihatkan sebuah pemikiran manusia yang dizahirkan dengan penuh rasa sedar dan diperkasakan dengan suntikan elemen nilai sosial yang semakin pudar di dalam masyarakat. Buat si nona manis, penulis berbakat besar ini, sekalung tahniah untuk persembahan anda yang cukup cemerlang kali ini. Ingin rasanya memeluk anda bagi menzahirkan kepuasan saya pada Sarah anda yang cukup manis ini.


Nota buat Penulis:
Khairyn, kucc nak tambah seorang lagi Salim dalam senarai sedia ada Khairyn dalam DZS ni…Salim I, penyanyi pop yeh yeh…hahahaha (tapi dia tak hensem aar…hikhik).

12 comments:

Dyea said...

Highly Recommended buku ni.
Bestt giler n Hebat...

Kucc,
mula2 mmg x suka salim tu.
nak2 nama dia tu ..duk terbayang mcm sarah bayangkn hehhe
lama2..
yep...makin terserlah keperibadian salim yg sebenar.hanya luaran je kerek tp hati baik, tegas, berani,bijak n sanggup tu mati demi org yg dicintai hehhehe. sifat luar dan dalamnya tu la yang menyerikn lg wataknya.

khairyn,
saya sukaaaa salim :D
dh khatam 3x buku ni ..hihhiih

Dyea said...
This comment has been removed by the author.
Dyea said...

KuCC,
Pun rasa nk peluk kuat2 Khairyn.

Kak Yah, KakSU, Khairyn,
bole tak jadikan impian kami ni satu kenyataan ...
=)

kucc_aprilsnow said...

didi dah kena influenza salim ni..aduss bahaya nyerr wei, hikhik..

didi...kena tunggu KO jejak tanah melayu la kalau nk impian kita tu jd nyata..tu pun kalau 2 iron lady JS leh sampaikan hasrat kita ni..hehehe

*wink 3x* kaksu,kak yah

Noor Suraya said...

dyea n kucc,

bisikan angin kata 'sarah' akan balik raya... nanti kita aturkan ya, insya-Allah :D supaya impian jadi nyata ahaks

Dyea said...

Yeeehaaa!!!
Rasa nk peluk2 jugak kaksu n kak yah..
peluk smpai penyet :)
..hihihikkk
thank u so much..
Mmmmmuuuaahhhh!!

RinnTis said...

Rinn's Review

Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009


"Si manis Sarah"


Semanis tajuknya, kisah thriller ini juga terasa manis. Bukan senang nak cari kisah thriller romantis yg memikat pembaca santai seperti ini.


Thriller kedua dari Khairyn Othman ni terasa lebih 'on the move' dan semuanya terbayang dalam gerak pantas seolah-olah menonton wayang jer rasanya. Memang exciting.


Sarah Adam adalah seorang wartawan. Saya tak pasti kenapa Rod memilih Sarah dalam ramai2 manusia kat dunia ni utk membongkar kes dadah yg amat besar. Sarah tiba2 menjadi tumpuan sindekit dadah yg besar dan juga pihak berkuasa kerana dia disyakki sbg pengedar dan pembunuh.


Sarah Adam tak menyerah diri kerana dia tak bersalah. Dengan menggunakan contact nya di kalangan org Indonesia di Johor, dia berjaya meloloskan diri ke Belanda untuk merungkaikan klu yg berada di tangannya.


Salim. (Yg mengingatkan Sarah kpd Harun Salim Bachik, Saleem Iklim dan S.M Salim) Seorg polis berkaliber yg mengimpikan model sbg isterinya, memburu Sarah. Dia berjaya menjejak Sarah di Belanda. Dia pasti dia hanya menjalankan tugas tetapi dia tahu juga yg dia tak akan membiarkan Sarah berada dalam bahaya. Sarah penah gelar dia ni hero datang lambat. hehe


Bayangan model idamannya melayang entah ke mana, diganti dgn bayangan Sarah, gadis yg sukar senyum dan degil. Kalau hati sudah suka, sarah pun sarah lah!


Salim tu suka perasan, sikit2 mesti nak sebut dia hensem la, macho la... haha sabo jer aku.


Sentuhan komedi dalam kisah ini juga sangat menghiburkan... belum sampai bab 10, saya sudah ketawa dan menangis.


Ada juga Nisa dan Dr Taufik dari novel Zahrah de Tigris dalam novel ni :) AFter 4 years diorang dah ada 2 org anak dan Nisa tengah pregnant anak ke3. Comel jer :)


sure fine whatever
rinn

kaknOOr said...

DZS memang best....rasa tgk movie...terselit ilmu dlm tu juga...
dah ramai peminat salim okeh lah akak minat kat undercover tu yg tak merokok & minum arak ada hati nak ngorat Sarah (bos kepada si botak ) ha ha ha

silencez said...

org baru je order mlm tadi haha. tq kak su.. tq kak yah.

hari tu dah baca 10 m/s masa kat rumah dd. tak sabar nak sambung baca.

kaypo said...

alala..DD..yg sebenornya nak peluk Salim..hahahha..tak dapat Salim..KO pun jadilah..hahaha.

Apa pun tahniah KO. Aku pun suke kat mamat kerek ni. Dah jadi hero pojaaann hati..:-)

Ju'A said...

salim kerek mmg buat kita suka je...paling suke bila salim ngan sarah luah perasaan..comei je....hahaha

kak su n kak yah ..agak2 bila gk blh jumpa ngan salim....

Ahada Aihara said...

sangat setuju dengan review geng kicap...
DZS sangat mantap dari segi jln penceritaan, watak dsb...
info mengenai tulip dan tugas2 kepolisian memang dipuji...

p/s: apabila gambarkan tn salim sbg sm salim, harun salim bachik memang buat saya agak annoy dengan tn salim, tetapi bila dah sampai di belanda, barulah tn salim menjelma sebagai hero di hati sarah....