Wednesday, October 15

Saat Kau Hadir by Laila Kamilia



Tajuk: Saat Kau Hadir
Penulis: Laila Kamilia
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd.
Laila Kamilia kembali dengan Novel Kedua bersama Alaf 21 : SAAT KAU HADIR .

Menurut penulis, novel ni adalah salah satu trinovel untuk bulan Oktober 2008. Penulis ni sudah berada di nun Berlin sana :)


SINOPSIS:
BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

11 comments:

kucc_aprilsnow said...

pewittt..congrats Rinn utk post pertama lu sejak ditauliahkan menjadi comrats Kicap...semoga akan terus aktif mengepos n mengupdate informasi terkini utk dikongsi bersama ye...congrats to LK too..

RinnTis said...

aishwbbhsh.. seganlah pulak

kucc_aprilsnow said...

no segan2 laa beb, apa daa...belasah jer, kalau silap kita sama2 liquidkan kan geng kan..ahaaks

silencez said...

rinnnnnnnnnnn..

welkam to the club! hehe.
tq rinn.. panjang umur nanti kita jumpa lagi k.

RinnTis said...

Terima kasih byk2 for the warm welcome :) saya ni jarang dpt info terkini, selalunya jalan2 sini la cari novel2 terkini di pasaran. silencez.. insyallah jumpa lagi :)

Dyea said...

Laila,
Tahniah!
Semoga SKH pun bakal ngetop:)

Rinn,
welkem..welekem :)

RinnTis said...

thanks dyea :)

Ju'A said...

Tahniah Laila.....semoga peminat2 dunia novel dpt menerima kehadiran "Saat Kau Hadir".....

rinnnnn.....
tq kerana sudi join the club yg nama nya hitam tp yg pasti hatinya putih bersih....

LK said...

TERIMA KASIH untuk semua geng kicap... saya masih ingat lagi wajah-wajah silencez dan dyea, rinn apatah lagi...smg bertemu lagi dan selamat membaca

terima kasih rinn...hehehe penghormatan utk saya sebagai n3 pertama anda...

silencez said...

laila :D
ingat eh muka2 comot kitaorg :D

tahniah..
harap terus menulis & lahirkan karya2 yg ngetop k.

RinnTis said...

thanks ju'a for the warm welcome. Laila, semoga sihat sejahtera di sana :) good luck with SKH.