Thursday, October 30

Chinta : akan datang dari Norhayati Berahim

Tajuk : CHINTA
Penulis : NORHAYATI BERAHIM
Terbitan : NB KARA
Di pasaran : DISEMBER


Sedikit sedutan tentang Chinta dr blog NB

“Kenapa kau tak datang kerja?”“Aku dah berhenti kerja. Masakan Jessi tak beritahu. HR tak sampaikan surat pada kau?”Chinta berkata perlahan sambil menolak tangan Raja Akid yang sudah memegang tangannya.

“Kau marah aku?”“Tidak, kau yang suruh aku berhambus. Aku berhambuslah..”Chinta berkata perlahan. Dia merenung Candy yang tersengeh-sengeh di hadapan mereka berdua. Tidak selesa Chinta dibuatnya.

“Aku minta maaf..”“Tak mengapa…” balas Chinta perlahan. Di hati benar-benar tidak menyangka yang lelaki itu akan mencarinya sampai ke rumah.“Aku nak kau balik kerja semula..”Mudahnya Raja Akid, selepas menjerit dekat aku. Menyuruh aku berhambus, sekarang datang memujuk dan menyuruh aku bekerja semula.Tidak..tidak! Ego Chinta menolak permintaan lelaki itu.

“Kau dah suruh aku berhambus, kau dah tak suka aku. Buat apa aku datang bekerja..”Perlahan Chinta menjawab. Sudah menjauhkan dirinya daripada Raja Akid. Candy sudah ke dapur mungkin mahu membuat air untuk Raja Akid atau memberi ruang kepada ke dua-duanya bermuzakarah.

“Masa tu aku tengah marah. Kau tengking aku…”Akui Raja Akid tanpa berselindung. Sepanjang dia bekerja dengan Chinta, Chinta tidak pernah menengking dia. Begitu juga dengan dirinya. Sebab itu dia rasa terperanjat dan membalas balik kata-kata Chinta dengan jawapan yang kurang wajar dan agak kurang ajar di telinga Chinta.

“Aku tak bermaksud tengking kau. Aku minta maaf..” kali ini Chinta pula memohon maaf daripada Raja Akid.Dia sedar sepanjang dia bekerja dengan Raja Akid memang dia tidak pernah menengking lelaki itu.

“Tak mengapa..” jawapan Raja Akid itu mengundang senyum dari Chinta.“Esok kau kena datang kerja semula. Kalau tidak aku pun tidak akan bekerja lagi di kilang itu..”Sambung Raja Akid apabila dia melihat Chinta tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Chinta hanya tersenyum tawar. Dia tahu Raja Akid hanya bergurau.

“Tak perlu. Aku rasa kau kena cari pekerja yang lebih baik dari aku. Tidak akan mempersoalkan apa sahaja arahan kau dan tidak akan menengking kau.”“Kau adalah pekerja aku yang paling sabar yang pernah aku ada….”Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Chinta. Raja Akid merapati Chinta dan duduk rapat dengan Chinta.

“Aku minta maaf. Aku akan naikkan gaji kau..”Raja Akid sudah memegang tangan Chinta. Perlahan Chinta menolaknya. Namun Raja Akid mengenggam terus jari jemari Chinta.“Esok kau datang kerja semula. Selagi kau tidak mengiakan. Aku akan duduk di sini, di sebelah engkau. Memegang tangan kau, meminta pada kau. Sehingga kau mengatakan ya..kepada aku..”

Nak tahu..kisah selanjutnya. Tunggulah Disember ini ...sabar...

10 comments:

RinnTis said...

wah.. cam kenal jer lukisan kat cover tu.. tahniah nora.. peh ni jadi pelukis cover buku pulak! halamak, kena kira budget nih. hehe

Dyea said...

rose..
mcm knal jer cowok ganteng ni
Tahniah NB..
tahniah Rose!!

Rose Harissa said...

Rinn & Dyea : hahaha... mau tak kenal, itulah cowok ganteng di blog yang telah berjaya mencuri hati kak yati. Terharu bila kak yati menghargai lukisan aku weh...Insya ALLAH, ada rezeki...nak jadi penulis serba boleh. :)
Rinn, bulan 12 lmbt lg, sempat simpan singgit sehari... kekekeke
Tengkiu Rinn, tengkiu dyea.

NickyAzrai said...

DD..
thanks tolong tempek kan story. Mesti kak anim sayang lebih kat hang lps nie - fuyooh aku dah mula rasa tergugat ngeh ngeh ngeh

Kak Yati..
Congrats utk novel baru

Cik Rose..
cantik cover - punya ciri2 pelaris *wink*

silencez said...

D,
thanks much. muah muah muah

Nicky,
sowwy ooo. org bebetul tengah tunggu kena panggil nak masuk dewan je waktu dpt sms hang. jawab pun berterabur. nasib ada assistant ekeke.

Rose,
ehem ehem.. congratulations.
weh.. sabtu ni datang la awal rumah kak lily. kitaorg lepak dulu belah pagi sblm petang tu ke majlis nb.

Rose Harissa said...
This comment has been removed by the author.
Rose Harissa said...

Nicky : tengkiu... mudah2an juga cover tu dapat bantu melariskan lagi novel kak yati!

Sil: tengkiu! ehehe... mmg hajat nk lepak kat umah kak lily dulu sebelum p sana. Biasala kan umah kak lily port wajib... kekeke... tp tgk keadaan, kalau hubby ikut, kena ubah plan... :)

kaknOOr said...

Ha ha ha betul tekaan akak tgk cover NB kat blog terus berkata tu lukisan Nora....cantik betul.Mengancam beb nanti bila display kat kdai buku dari jauh dah npk.NB dah guna lukisan nora....tuan yg melukis tu bila pula nak lukis cover sendiri ahaks..

anieaina said...

Pada mulanya sy dah agak ni mcm lukisan Rose Harissa. Terus sy gi blog Rose sah mmg benar. Terus sy dpt tahu rupanya nvl gambar epal itu juga Rose yg tulis. TAHNIAH...

Rose Harissa said...

kak qimi08: terima kasih atas pujian itu. Itulah bertuah rasa bila kak yati pilih lukisan tu... nak lukis cover sendiri? mmg nak tp buat cover untuk novel org lain lebih puas kak...

anieaina : waahh... nampaknya dh cam la ye lukisan tu... ha ah ye, novel epal ijau tu saya lah penulisnya... pakai nama betui... klasik betul... kekeke