Thursday, October 16

Lagi dari Alaf21 October


DI LANGIT CINTA
Harga: RM19.90
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6

Sinopsis:
Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.

“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!
Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.

Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.

Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.

Bagaimana dengan Meriam?

Penghargaan

Buat Roslan Senawi, Mohammad Shafiq, Anis Arisa, Adib dan Arif Haiqal... Kalian adalah mentari yang sentiasa melimpahkan sinar kepada saya.

Untuk Norzailina Nordin, Lynn Dayana, Rose Harissa, Laila Karmila, Lily Suriani dan Eka Fahana... Kalian ibarat angin yang mengasyikkan dan memberi keseronokan untuk saya terus menulis.

Tak lupa untuk teman-teman, Acun, Nicky Azrai, Krufan, Silencez, Jujun, Acceco, Minah Leter, Limau Nipis, Mardiah12, Airynnz, Carriekirana, Liya71, Adhan, Mersik, Spectacularwave, MamaErra, Rinn, Salmah. Nina Suria (KakmOm) OpahDe, Momot, Intan Rosdnita, Khaly, AprilSnow dan Dyea. Ada antara kita mungkin tidak pernah bersua muka, namun komen kalian adalah bintang yang bercahaya indah untuk malam saya!

Untuk semua pengunjung blog lilyhaslinanasir.blogspot.com terima kasih di atas segala komen dan kritikan yang di beri pada karya saya.

nota kakidantangan :

- terima kasih Kak Lily kerana sudi beri penghargaan kepada ahli geng kami dan terima kasih juga kerana menjadikan kami sebahagian daripada Di Langit Cinta (Kak Lily - akak mmg best meletup dan kebaboom :D)




KALA MIMPI BERSATU
Harga: RM19.90
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-393-0

Sinopsis:
KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.

Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.

Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.

Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri.

Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?


11 comments:

Dyea said...

Kak Lily, Emma Maizura..
Tahniah!

Kak Lily,
akhirnya kluar gak novel Kak Lily
p/s : kali ni kisah bermadu ye :)

silencez said...

congrate!!

kak lily..
org nak special autograph tau haha. acah je :D
tapi hari tu janji open table utk kitaorg kan kak? :D

kucc_aprilsnow said...

buku baru lagi weii..aduss bertambah ungu bijik mata wa nak pilih ni...apa2pun tahniah3x wat LHN& EM.

silencez said...

cop cop..

kak lily.. tajuk tu kan kalau susun2.. tambah 1 lagi perkataan.. jadi mcm tajuk akak yg dulu tu kan? :P

cinta di langit hamra hehehe. suka ek langit2 ni?

silencez said...

kak lilyyyyyyyyyy..
ada org call kita tadi, dia rasa terharu sampai nak nangissss!! ekekeke

tq kak. muah muah muah.

Lily Haslina Nasir said...

SALAM sayang buat Geng Kicap!
Terima kasih ya sebab sudi buat promosi novel yg amat sederhana tu di sini.

Kalau ada yg dah baca, komen, kritiklah ya mana yg patut. Mana yg tak kena, beritahulah. Akak sedia terima apa saja komen kalian.

Sekali lagi terima kasih semua!

Ju'A said...

Tahniah! buat Lily & Emma atas kelahiran novel baru.....

tak kisah lah klu poket tenat janji koleksi bertambah.....hehehe

silencez said...

err.. cing.. nick.. notice tak? all the jk's name ada kat merah tu:D

RinnTis said...

sekalung tahniah buat kak lily & emma maizura. Rasa mcm baru jer baca buku Ada Cinta Di Hati yg emma maizura tu :)

tak sangka nama cinonet saya pon ada terselit :) thanks.

Good luck buat kak lily & EM

kak lia said...

tak terlambat liya nak ucapkan tahniah buat kak lily, ada kluar novel baru nak kena rembat gak nih... tunggu review di blog liya k...

Lily Haslina Nasir said...

liya71,
terima kasih terima kasih sebab sudi nak beri review tu! nanti komenlah ya..