Thursday, October 30

Chinta : akan datang dari Norhayati Berahim

Tajuk : CHINTA
Penulis : NORHAYATI BERAHIM
Terbitan : NB KARA
Di pasaran : DISEMBER


Sedikit sedutan tentang Chinta dr blog NB

“Kenapa kau tak datang kerja?”“Aku dah berhenti kerja. Masakan Jessi tak beritahu. HR tak sampaikan surat pada kau?”Chinta berkata perlahan sambil menolak tangan Raja Akid yang sudah memegang tangannya.

“Kau marah aku?”“Tidak, kau yang suruh aku berhambus. Aku berhambuslah..”Chinta berkata perlahan. Dia merenung Candy yang tersengeh-sengeh di hadapan mereka berdua. Tidak selesa Chinta dibuatnya.

“Aku minta maaf..”“Tak mengapa…” balas Chinta perlahan. Di hati benar-benar tidak menyangka yang lelaki itu akan mencarinya sampai ke rumah.“Aku nak kau balik kerja semula..”Mudahnya Raja Akid, selepas menjerit dekat aku. Menyuruh aku berhambus, sekarang datang memujuk dan menyuruh aku bekerja semula.Tidak..tidak! Ego Chinta menolak permintaan lelaki itu.

“Kau dah suruh aku berhambus, kau dah tak suka aku. Buat apa aku datang bekerja..”Perlahan Chinta menjawab. Sudah menjauhkan dirinya daripada Raja Akid. Candy sudah ke dapur mungkin mahu membuat air untuk Raja Akid atau memberi ruang kepada ke dua-duanya bermuzakarah.

“Masa tu aku tengah marah. Kau tengking aku…”Akui Raja Akid tanpa berselindung. Sepanjang dia bekerja dengan Chinta, Chinta tidak pernah menengking dia. Begitu juga dengan dirinya. Sebab itu dia rasa terperanjat dan membalas balik kata-kata Chinta dengan jawapan yang kurang wajar dan agak kurang ajar di telinga Chinta.

“Aku tak bermaksud tengking kau. Aku minta maaf..” kali ini Chinta pula memohon maaf daripada Raja Akid.Dia sedar sepanjang dia bekerja dengan Raja Akid memang dia tidak pernah menengking lelaki itu.

“Tak mengapa..” jawapan Raja Akid itu mengundang senyum dari Chinta.“Esok kau kena datang kerja semula. Kalau tidak aku pun tidak akan bekerja lagi di kilang itu..”Sambung Raja Akid apabila dia melihat Chinta tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Chinta hanya tersenyum tawar. Dia tahu Raja Akid hanya bergurau.

“Tak perlu. Aku rasa kau kena cari pekerja yang lebih baik dari aku. Tidak akan mempersoalkan apa sahaja arahan kau dan tidak akan menengking kau.”“Kau adalah pekerja aku yang paling sabar yang pernah aku ada….”Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Chinta. Raja Akid merapati Chinta dan duduk rapat dengan Chinta.

“Aku minta maaf. Aku akan naikkan gaji kau..”Raja Akid sudah memegang tangan Chinta. Perlahan Chinta menolaknya. Namun Raja Akid mengenggam terus jari jemari Chinta.“Esok kau datang kerja semula. Selagi kau tidak mengiakan. Aku akan duduk di sini, di sebelah engkau. Memegang tangan kau, meminta pada kau. Sehingga kau mengatakan ya..kepada aku..”

Nak tahu..kisah selanjutnya. Tunggulah Disember ini ...sabar...

Panggil Aku Dahlia


Tajuk Buku :Panggil aku Dahlia
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM21.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre: Kekeluargaan (Cinta & Kasih Sayang)


---------------------------------------------------------------------------------
kata ayah tentang teh:

tea brightens morning, refreshes afternoons and warms nights…”

Apa Kata Saya:

Cabaran getir bagi setiap penulis tatkala menghasilkan karya terbaru cuma satu; mampukah karya berkenaan mengatasi karya mereka yang terdahulu.Bukan mudah untuk mencapai piawaian dan kehendak pembaca kerana sebagai pembaca kehendak mereka adalah pelbagai, tidak terbatas dan mereka hanya mahukan yang terbaik dari setiap sen yang mereka keluarkan. Maka, inilah tanggungjawab yang harus dipikul dan terbeban di bahu setiap penulis tatkala ingin merealisasikan kehendak itu. Dan ia ternyata bukanlah satu tugas yang mudah.

Sebagai seorang penulis yang cukup berpengalaman di arena dan pentas penulisan kreatif tanahair, kehebatan cetusan idea dan pena Noor Suraya tidak perlu dipersoalkan lagi. Beliau ternyata begitu teliti dan peka dengan apa yang berlaku di dalam masyarakat pembaca tatkala mengerah idea demi melahirkan sebuah karya baru yang benar-benar hebat, berkualiti dan mencapai aras piawaian yang dikehendaki pembaca. Kelahiran novel terbaru beliau yang juga novel kelapan nukilannya ternyata cukup kuat menggamit para pembaca,peminat juga pencinta novel tanahair untuk sama-sama duduk dan menghayati satu kisah, satu cerita yang sungguh dekat dengan kehidupan kita.Satu lagi kejayaan diulangi oleh si pemilik nama Noor Suraya ini.

Panggil Aku Dahlia (PAD), sebuah karya cantik hasil cetusan idea beliau yang tidak perlu dipersoalkan lagi kehebatan pena saktinya tatkala berkarya. Cantiknya PAD pada pandangan saya tersimpul dari cara penulis menggarap cerita ini menjadi sebuah naskhah yang bukan sahaja indah laras bahasa dan persembahannya, namun yang lebih utama isi dan mesejnya cukup terkesan di jiwa tatkala membacanya. Banyak pengajaran berguna yang ditabur olehnya untuk kita kutip sebagai renungan dan panduan. Ada ketika rasa sendu pasti singgah di jiwa melihat perjalanan hidup Putri Dahlia @ Dahlia, watak utama dalam PAD ini yang tidak seindah pelangi. Ada ketika pula senyum dan tawa bertamu di bibir melihat perang teluk antara Dahlia dan musuh tradisinya; Wadi Hannan @ Wadi yang tak kunjung padam. Lucu sekali.

Penulis yang lebih mesra dengan panggilan kaksu ini cukup bijak menebak fikiran dan naluri pembaca yang ketandusan cerita-cerita yang bertunjangkan tema dan mesej mantap tetapi disampaikan dengan cukup puitis, penuh pesona tapi cukup bersahaja. Kehebatan karya terdahulu kaksu, Surat Ungu Untuk Nuha(SUUN) ternyata berjaya diulangi PAD malah ia jauh lebih baik dari setiap aspek; baik persembahan, plot/jalan cerita juga tidak ketinggalan sisipan mesej-mesej berguna yang menyulaminya.

Penggunaan elemen-elemen bahasa yang cantik kerapkali digunapakai di dalam PAD dan ternyata ia sangat mempengaruhi mood pembaca untuk terus terpesona mengikuti perjalanan kisah si Putri Dahlia Megat Qais ini. Kaksu ternyata cukup pintar mengolah kata-kata manis yang penuh personifikasi dalam memakukan pandangan dan minda pembacanya agar tidak terkalih perhatian mereka pada yang lain, tapi hanya pada PAD hingga ke noktah terakhir. Sebagai penulis wanita, cara pengungkapannya lebih halus kerana penulis wanita lebih handal mengartikulasi emosi dengan lebih baik dan jelas berbanding penulis lelaki…(pendapat saya lah, hehehe)

Saya cukup tertarik dengan teknik suntingan dalam PAD ini lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan plot cerita yang bukan bersifat jajaran kronologi langsung. Tanpa suntingan yang teliti, imbasan kembali yang dicuba dibawa pasti mengganggu tumpuan pembacaan dan ia pasti menjejaskan mood pembacaan. Kaedah yang digunapakai dalam PAD untuk pembaca kembali ke zaman persekolahan Dahlia, zaman permulaan tercetusnya perang gerila antara Dahlia dan Wadi digarap dengan cukup halus, teliti dan cemerlang sekali sehingga kita tidak sedar kita sedang dibawa ke masa lampau Dahlia.

Jika diperhalusi, kekuatan PAD terletak pada penceritaannya sendiri. MemangIah jika dilihat secara kasar, penceritaan begini bukanlah sesuatu yang baru, namun penulis bagi saya jauh ke hadapan kerana berjaya membentuk satu kesatuan paling integral yang cukup harmonis antara cerita dan penceritaan. PAD membawa pembaca menyusuri perjalanan masa lampau dan kini seorang Putri Dahlia Megat Qais yang disulami pelbagai catatan suka duka, pedih lara yang diungkap dengan permainan kata-kata juga bahasa tubuh yang cemerlang. Perwatakan 2 pendukung utama PAD ini juga istimewa. Saya seperti terpandang Nuha(SUUN) pada Dahlia, terkilas Alang(SUUN) di mata Wadi namun Dahlia jauh lebih ganas, lebih brutal dari Nuha, dan Wadi pula lebih sedikit akal jahatnya dari Alang. Yang nyata persembahan mereka sangat-sangat cemerlang.

Latar cerita yang mengabadikan Tanah Tinggi Cameron sebagai lokasi utama cerita diadaptasikan ke dalam PAD dengan cukup teliti. Ketelitian inilah yang membentuk satu gerak kerja yang menghasilkan gambaran sinematografi yang membanggakan walau cuma dizahirkan dilayar kertas. Kreativiti penulis benar-benar terpamer di sini.

Untuk Noor Suraya a.k.a kaksu yang sangat-sangat saya kagumi bakat penulisannya, sekalung tahniah atas persembahan hebat dan mantap anda dalam Panggil Aku Dahlia. Ternyata pengorbanan anda dalam menghasilkannya cukup berbaloi sekali. Semoga kaksu akan terus berkarya, terus mencurah dan berkongsi idea dan cerita hebat cetusan minda kreatif anda dengan kami, para pencintamu. Terima kasih juga kerana “mengundang” kami membuat penampilan cameo dalam PAD (kaksu tau siapa kami itu kan…hehehe).

Buat pembaca budiman di luar sana, jika anda mencari-cari satu kisah, satu cerita yang akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak akan anda lupakan sepanjang hayat, maka Panggil Aku Dahlia adalah jawapannya.

Wednesday, October 29

Hujan Gula-Gula


Tajuk : HUJAN GULA-GULA
Penulis : MIZ MIA
Penerbit : KARNADYA SOLUTIONS
Harga: RM 18.90
Sinopsis:
Seluruh alam menjadi saksi...Cinta pertama tercipta… Bulan memujuk dalam senyuman… Sayang… tetapi sepi! Bintang menyanyi bagai menyepi… Sembilan tahun merindu… Izhan akhirnya muncul! Namun Natalia tidak pasti… Akan wujudkah hujan gula-gula yang dinanti?
“Tunggu Izhan call aku macam harap hujan gula-gula turun kat bumi ni.” Cidot masih lagi membatu. “Tak faham ke?” Cidot menggeleng. “Okey… hujan gula-gula tu wujud ke?” “Tak!” Natalia senyum. “Aku tau Izhan takkan call aku… sampai bila-bila pun takkan ada!”Walaupun pahit, dia paksa diri agar menerima hakikat itu. Siapalah aku… “Tak mungkin wujud!”

Friday, October 24

TERBARU DARI BUKU PRIMA...



INFORMASI RINGKAS:

1. Gerhana Di Hati
DHIEYA ADLYNNA
RM18.90

Tragedi cinta membuatkan Hazwanie terbelenggu menyambut cinta suci Shahridwan.

2. Tangisan Berdarah
HASRUDI JAWAWI
RM18.90

Dendam kesumat seorang wanita kepada lelaki yang memusnahkan zuriat dan keluarganya.

3. Kala Hujan Menitis
MIA KHAIDINA
RM17.90

Kisah antara Nadia dan Khairil yang ingin memulakan hidup baru dan bebas dari belenggu hidup.

4. Hanya Kau Yang Mengerti
HABIBAH RAHMAT
RM16.90

Adriana yang disisihkan keluarga angkatnya, pasrah membawa diri. Pertemuannya dengan Nick mengajarnya tabah dalam menjalani kehidupan.

Wednesday, October 22

Serasi di Hati





taraaaaa.. buku baru utk November 2008.

Penulis: Nora Ismail
Penerbit: NB Kara
Harga: RM21.00/RM24.00

blurb:
persahabatan itu tidak pernah disengajakan.
perasaan tersebut biasa-biasa sahaja.
tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih.
bahkan zarul tahu edrinaz sudah berpunya.
namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa.
semakin sering bertemu semakin zarul merindui.
dan akhirnya zarul, mahupun edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.

i love the cover soooooooo much.
i love green.. epal tu nampak cantik & mengiurkan dlm kaler hijau camtu ekeke. bias dah ni.

cop. nama watak buat org terkedu. :'(

p/s: ms nora..congratulations & gud luck babe. cant wait.

Tuesday, October 21

BUNGA SYURGA


TAJUK BUKU : BUNGA SYURGA
PENULIS: ANITA ARUSZI
PENERBIT : KAKI NOVEL ENTERPRISE
HARGA : RM23.00
CETAKAN PERTAMA : 2008
GENRE : ROMANTIK & KEKELUARGAAN



-------------------------------------------------------------------------------
‘..mata adalah gambaran hati…bila mata bertentang, jantung dan jiwa turut bertemu..dan cinta pun bersemi..’

Apa Kata Saya


Bunga Syurga buah tangan terbaru penulis Anita Aruszi ini ditunggu-tunggu masuk ke pasaran kerana beberapa faktor. Satu darinya adalah kontroversi sebuah novel penulis ini; Sakti Cinta yang mengalami sedikit masalah penerbitannya. Novel yang diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa 2008 lepas dan hanya dicetak dalam jumlah yang terhad ternyata gagal memenuhi permintaan dikalangan pencinta novel tanahair khususnya para peminat penulis ini sendiri. Kekecewaan pembaca terhadap apa yang terjadi pada Sakti Cinta terubat juga dengan kelahiran novel terbaru penulis, Bunga Syurga dan ternyata Anita tidak menghampakan. Seindah judul, begitu juga isinya. Hebat sekali Bunga Syurga ditangan si pendidik berbakat besar kelahiran Darul Iman ini.

Melihat judulnya, ia membawa makna sebuah kisah romantik. Bunga dan Syurga lebih sinonim dengan unsur-unsur romantik mengikut resam masyarakat penggemar novel tanahair. Tetapi lupakan seketika judul cerita ini kerana isi kandungannya memberi peluang kita menyusuri sebuah kisah kehidupan yang begitu menarik digarap. Barangkali ada yang mengganggap cerita ini mengulangi stereotaip beberapa kisah yang pernah singgah dipasaran sebelum ini. Kisah cinta tiga penjuru atau perebutan oleh dua lelaki terhadap seorang wanita serta elemen-elemen cemburu yang menjadi perantara antara ketiga-tiganya. Mungkin telahan anda benar. Ia sebuah cerita yang mengemukakan isu yang bukan baru. Tetapi yang menarik dan istimewa Bunga Syurga terletak pada kemampuan penulis menyusuri kalbu seorang wanita dan seorang lelaki yang bergelut dengan kecamukan dalaman perasaan mereka dengan penggunaan ekspresi rasa di kalbu mengatasi luahan kata-kata . Dari lakar gerak tubuh, sudut mata serta figura cinta yang diekpresi menerusi olahan berkesan bahasa “sinematografi” penulis yang penuh beremosi, penuh personifikasi.

Romantik adalah antara genre terawal dalam sejarah penulisan kreatif. Romantik menjadi unsur tarikan untuk membawa pembaca menyusuri kalbu watak-watak yang dibina penulis sekaligus alam bawah sedar mereka sendiri, belayar dan menggapai sesuatu yang ideal dalam hidup. Romantik juga menjadi semacam eskapisme untuk melupakan sejenak kisah pedih lara di alam reality dan penamat kisah romantic selalunya memberi harapan yang terang, gembira dan ternyata Bunga Syurga juga memberikan rasa yang sama pada pembaca tatkala menoktahkan pembacaan.

Plot cerita romantik selalunya tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Pengemukaan tema pertentangan dan perebutan cinta yang kemudiannya dibina dengan penuh dramatik sekali untuk memagut perhatian pembaca adalah yang paling popular. Justeru itu, tema cinta tiga penjuru juga bukanlah suatu yang baru kecuali di dalam Bunga Syurga ia diberikan pendekatan yang baru oleh penulis dari sudut naratif dan kekuatan noveliknya. Biarpun bertolak daripada tema yang sama, kekuatan naratif yang diperhalusi penulis dengan baik ditambah persembahan “sinematografi” yang indah, cinta tiga segi dalam Bunga Syurga tidak terasa lapuk atau ketinggalan zaman.

Jangan berharap anda akan bertemu frasa, rangkaian ungkapan ayat-ayat cinta yang keterlaluan, bombastik, basi dan memualkan di naskhah ini. Saya fikir penulis-penulis kita sudah bijak belajar untuk meminimumkan pembaziran ungkapan dan luahan kata-kata yang bukan sahaja tiada makna tetapi tiada jiwa. Laras bahasa dalam naskhah ini tetap indah dan cantik di mata dan sedap dibaca walau tanpa bahasa-bahasa yang meliuk-meliuk.Malahan lebih menarik, Bunga Syurga sedikit terkeluar daripada lingkungan stereotaip apabila naskhah romantik ini amat kurang menggunakan ucapan cinta tetapi pembaca mengerti dan faham malah terasa ayunan romantisme yang dihidangkan penulis kepada mereka.

Aspek perwatakan memperlihatkan kecemerlangan Nurul Hijjaz yang mengatasi Riffki Aidan. Watak Hijjaz bagi saya lebih cemerlang digarap penulis berbanding Riffki yang adakala seperti terperangkap dengan wataknya sendiri. Sukar menelaah perwatakan Riffki yang berubah-ubah, tidak statik.Konflik yang melingkari kehidupan kedua-dua tunjang utama Bunga Syurga ini dalam mencari identiti sebenar mereka sedikit mencacatkan persembahan cemerlang penulis. Bagi saya, tidak perlu memberatkan naskhah indah ini dengan kisah-kisah keluarga yang bersimpul-simpul begini (konflik antara Datuk Amirudin, Hazmin Iskandar dan datuk Hijjaz) yang sedikit sebanyak akan menggurangkan tumpuan pembaca. Lebih bahaya jika konflik yang dicipta gagal diselesaikan penulis. Akibatnya, pembaca akan tertanya-tanya.

Aspek suntingan dalam Bunga Syurga harus diberikan pujian apabila berjaya mengadunkan pergerakan cerita dengan tempo suntingan yang selari, tidak bercelaru yang akan menjejaskan perjalanan cerita.

Sebagai pembaca, saya mengharapkan penamat yang lebih metafora warnanya buat Nurul Hijjaz dan Riffki Aidan. Setelah mengharungi pelbagai rupa dan bentuk kepayahan untuk bersatu sekelumit penutup cerita begitu sedikit mengecewakan apatah lagi dalam menoktahkan kisah yang dimulai dengan indah sekali dan diadun sebegitu cantik begini.

Kepada penulis, sekalung tahniah atas persembahan hebat anda dalam penghasilan Bunga Syurga. Semoga akan terus hebat menarikan pena anda di persada seni kreatif tanahair. Jutaan terima kasih buat penulis kerana mencoretkan penghargaan anda pada Geng Kicap dan saya di naskhah Bunga Syurga ini.

Kepada pembaca yang menggemari sebuah kisah, sebuah novel yang sentimental, cantik persembahannya, maka Bunga Syurga adalah pilihan yang tepat buat anda.

Di Langit Cinta


Dipetik dr blog Lily Haslina Nasir

Katanya:
Ada sesiapa dah baca DI LANGIT CINTA? Kalau betul sudah, apa kata cuba-cubalah luangkan masa tak sampai 5 minit (ni kalau menaip dgn tahap kelajuan sayalah) utk beri komen dan pendapat peribadi. Seramai 15 pembaca bertuah yg memberi komen bernas, akan terima cenderamata istimewa dari saya. Jangan bimbang, ni bukan kuiz. Yang penting kalau kalian membaca DI LANGIT CINTA, kalian cuma kirimkan pendapat. Utk setiap jawapan, tak semestinya jawab dlm ayat yg sempurna. Bila dah baca tentu kalian ada pendapat tersendiri bukan, jadi apa kata kongsi dgn saya. Saya lebih seronok kalau terima pendapat yg penuh dgn penjelasan.

1. APA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?
2. PERKARA YANG ANDA TIDAK SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?
3. BABAK DAN DIALOG YANG MANA YANG PALING ANDA INGATI DI DALAM DI LANGIT CINTA?
4. WATAK YANG PALING BERKESAN DI HATI ANDA?
5. KALAU ANDALAH PENULIS DI LANGIT CINTA, APA AGAKNYA PERUBAHAN JALAN CERITA YG ANDA LAKUKAN?

Senangkan?! Hantarkan emel pada saya roslily@gmail.com sebelum atau pada 5 Disember 2008. Saya akan pilih sendiri 15 pembaca bertuah akan menerima tanda ingatan yg istimewa dari saya! Em, kalau emel tu jangan lupa pula ya catatkan alamat, no telefon.. nanti kalau dah terpilih hadiah pulak tak boleh hantar.

p/s : hmmm kak Lily... bijak..bijak !

Monday, October 20

Selamat Datang Si Emas Juita, Dahlia..


Countdown... 3, 2, 1.......

dan akhirnya alhamdulillah... Dahlia pasti menemui mereka yang sudi menatapnya mulai 20 Oktober ( hari ni weii !!!!....) Maklumat terkini dari comrat dyea, disebabkan ada masalah teknikal si emas juita, Dahlia tidak dapat ditemui hari ni...insyaallah besok dapat lah anda2 semua melihat wajahnya ye...macih my laling Didi 4 da info..muahhh

Apa yang kaksu katakan tentang Dahlia?

Kaksu secara peribadi senang sekali tatkala terkurung kedinginan dan keseorangan di Kebun Teh Timor siang dan malam untuk tempoh itu... terasa saat itu manis sekali. Waktu itu, alhamdulillah... kaksu telah diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menulis. Hasilnya, dapatlah kaksu menulis dengan seluruh rasa kasih tanpa apa-apa rungutan. Cuma kadang-kadang tu, mood kaksu hilang juga dan selalu-selalunya tangan kanan kaksu yang banyak menggunakan tetikus itu perit amat... membuat kaksu hilang sekejap ke dunia lain. Malah kadang-kadang tu, tangan kanan yang banyak berjasa itu terpaksa kaksu lekatkan dengan dua keping koyok sekali gus.

Terima kasih pada Inche Housmate yang sangat mengerti dan memahami... membantu meringankan kerja-kerja rumah yang kaksu tinggalkan (selama ini pun dia memang begitu ringan tulang). Wah, tak sangka ya... badan kaksu mampu digam atas kerusi berjam-jam lamanya. Bulan puasa kali ini, kaksu masak secara sederhana sekali, malah kaksu tidak pula menjemput adik-adik untuk berbuka (dan rasanya tidak sanggup menerima jemputan mereka juga ahaks), kerana fokus kaksu ialah ke solat tarawih dan siapkan novel. Sesekali ada la sepupu kaksu (yang dekat UIA) datang berbuka dan tidur di rumah kaksu... itu sahaja.

Apa yang kaksu katakan tentang Dahlia ye?

Kaksu menyukai watak Putri Dahlia yang suka berterus terang, namun sebagai perempuan... ada juga yang perlu dia sembunyikan.

Panggil Aku Dahlia, kaksu tulis mulai 1 Ramadan, dan sempat siapkan dengan rasa puas pada 14 Syawal. Ada beberapa hari yang kaksu terpaksa curi tulang, kerana hari raya, perjalan pergi-balik ke kampung, menziarahi adik kaksu yang bersalin di Melaka, ke KLIA menyambut kepulangan mek daripada menunaikan umrah, kenduri-kendera, hal-hal ofis... tetapi yang nyata apabila dihitung... kaksu hanya menulis untuk 30 hari sahaja. Indahnya menulis tatkala pada bulan Ramadan!


Terimalah Panggil Aku Dahlia daripada Noor Suraya, sebagai bingkisan tanda kasih....

DOA UNTUK AKU


TAJUK: DOA UNTUK AKU
PENULIS : BAHRUDDIN BEKRI
PENERBIT : PTS ONE SDN BHD

CETAKAN PERTAMA : 2008
HARGA : RM22.90
GENRE : REMAJA DEWASA & KOMEDI RINGAN



------------------------------------------------------------------------------------
“…Doa itu Allah makbulkan dengan pelbagai cara…Allah sudah menjelaskan dalam Al-Quran. Berdoalah kepada-Nya, Dia akan tunaikan. Paling penting, jangan putus harapan dengan rahmat Allah. Selagi kita bersangka baik dengan Allah, selagi itu rahmat Allah terbuka luas...”

Apa Kata Saya:

Sejak kecil kita sering mendengar ia disebut, ia dilafaz.… 3 huruf yang membentuk perkataan hikmat ini, dal wau ain sering kali singgah dan dibisik di telinga, ditanam di hati, disemai dijiwa.tentang kuasa yang dimiliki disebalik perkataan itu.Akan.tetapi sejauhmanakah pemahaman kita tentang pengertian, konsep dan amalannya. Mungkin tidak semua di kalangan kita benar-benar memahami kaedah sebenar dan tertib yang betul tatkala mengamalkannya agar ia benar-benar “berkuasa”. Dalam naskhah setebal 436 mukasurat ini, penulis membentangkan kepada kita sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang atau mungkin kita juga tidak tahu sebelum ini tentang apa itu Doa dan makna disebalik perkataan ini.

Dengan mengekalkan resipi dan ramuan dari bukunya yang pertama; Dunia Ini Sederhana Kecil, Doa Untuk Aku (DUA) ditangan penulis yang sama cemerlang diterjemahkan dilayar cetak. Aplikasi formula cerita yang menggabungkan unsur humor spontan yang begitu mencuit hati walau dipenakan secara cukup bersahaja sudah cukup mengundang senyum dan tawa pembaca samada secara langsung mahupun tidak.

Melihat pada tema dan mesej cerita tentang misi pencarian 40 Doa watak utamanya; Adly yang kemudian dipisahkan mengikut sub golongan sasaran bukanlah suatu tema yang ringan namun kebijaksanaan penulis muda berbakat besar ini nyata berjaya menggarap tema yang sedikit berat ini kepada lebih santai dan menarik menerusi teknik penceritaan yang bersahaja dengan sisipan dialog dan kata-kata komedi tanpa sedikitpun mengurangkan matlamat asal cerita. Penilaian terhadap sesuatu karya yang baik dari kacamata saya mudah sahaja. Penulis yang baik akan mampu mengadaptasi satu cerita yang berat atau kompleks tema/mesejnya menjadi satu cerita yang cukup ringan dan mudah diterima pembaca menerusi teknik penyampaian dan laras bahasa yang dipilih. Penulis naskhah ini bagi saya telah berjaya mencapai misi tersebut.

Perwatakan dalam DUA banyak mengingatkan saya pada karya penulis yang pertama. Ada banyak persamaan yang terpalit dalam Adly dan Syamir. Sebagai peneraju utama watak Adly ternyata dimanipulasi semaksimanya oleh penulis. Sebagai peneraju utama, Adly hebat ditangani penulis. Misi pencarian 40 doa oleh Adly begitu cantik dilayarkan penulis walaupun secara bersahaja dan insiden-insiden lucu yang tercipta samada secara sengaja atau tidak dalam perjalanan Adly mencapai misi tersebut cukup hidup digambarkan penulis.Begitu juga watak-watak pembantu yang lain; Kassim, Amin bin Damit, Sarah, Zulaikha, Jefri, Elizabeth yang turut cemerlang dipaparkan bagi memantapkan lagi jalan cerita DUA ini. Penggunaan lenggok bahasa yang mudah difahami pembaca memudahkan kisah ini diikuti. Penulis ternyata memahami apa yang dimahukan pembaca dalam karya-karya sebegini kerana penggunaan laras bahasa yang kurang tepat akan mempengaruhi mood pembaca untuk menghayati sesuatu cerita.

Plot cerita dibina dengan cukup kronologi dengan sedikit sisipan teknik imbasan kembali. Kesegaran plot yang dicipta banyak membantu pergerakan cerita yang disampaikan penulis dalam merealisasikan mesejnya kepada pembaca. Walau ada sedikit kesilapan cetakan nama watak yang menuturkan dialog ia tidaklah menjejaskan jalan cerita Cuma diharap pihak editor lebih peka kerana perkara yang sama pernah terjadi dalam karya pertama penulis ini.

Dari saya, sekalung tahniah buat penulis atas kelahiran novel kedua anda ini dan ternyata banyak peningkatan telah anda pamerkan. Teruskan usaha anda. Semoga terus cemerlang menghasilkan karya-karya hebat dan bermutu di masa hadapan buat tatapan, renungan dan pedoman buat kami semua, pencinta novel tanahair.

Buat pembaca, buat pencinta novel tanahair sesungguhnya banyak yang dapat dikutip, direnung dan difikirkan dalam naskhah kecil tapi padat dan mampat isinya ini. Dua Untuk Aku ternyata tidak akan sesekali mengecewakan anda kerana sebagai pembaca anda lebih tahu. Hanya Jauhari yang lebih mengenal Manikam.

Friday, October 17

Happy Birthday NICKYAZRAI

This videoclip special for my dear Nicky......



Happy Birthday NickyAzrai..

dear my sweethoney nicky azrai aka mrs dragon..
here i am at 2 o'clock in the morning.. still thinking about u.. and wanna wish u..


Glitter Graphics
Glitter Graphics
Glitter Graphics

Glitter Graphics

Glitter Graphics

Glitter Graphics

Thursday, October 16

Lagi dari Alaf21 October


DI LANGIT CINTA
Harga: RM19.90
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6

Sinopsis:
Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.

“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!
Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.

Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.

Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.

Bagaimana dengan Meriam?

Penghargaan

Buat Roslan Senawi, Mohammad Shafiq, Anis Arisa, Adib dan Arif Haiqal... Kalian adalah mentari yang sentiasa melimpahkan sinar kepada saya.

Untuk Norzailina Nordin, Lynn Dayana, Rose Harissa, Laila Karmila, Lily Suriani dan Eka Fahana... Kalian ibarat angin yang mengasyikkan dan memberi keseronokan untuk saya terus menulis.

Tak lupa untuk teman-teman, Acun, Nicky Azrai, Krufan, Silencez, Jujun, Acceco, Minah Leter, Limau Nipis, Mardiah12, Airynnz, Carriekirana, Liya71, Adhan, Mersik, Spectacularwave, MamaErra, Rinn, Salmah. Nina Suria (KakmOm) OpahDe, Momot, Intan Rosdnita, Khaly, AprilSnow dan Dyea. Ada antara kita mungkin tidak pernah bersua muka, namun komen kalian adalah bintang yang bercahaya indah untuk malam saya!

Untuk semua pengunjung blog lilyhaslinanasir.blogspot.com terima kasih di atas segala komen dan kritikan yang di beri pada karya saya.

nota kakidantangan :

- terima kasih Kak Lily kerana sudi beri penghargaan kepada ahli geng kami dan terima kasih juga kerana menjadikan kami sebahagian daripada Di Langit Cinta (Kak Lily - akak mmg best meletup dan kebaboom :D)




KALA MIMPI BERSATU
Harga: RM19.90
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-393-0

Sinopsis:
KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.

Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.

Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.

Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri.

Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?


Wednesday, October 15

Saat Kau Hadir by Laila Kamilia



Tajuk: Saat Kau Hadir
Penulis: Laila Kamilia
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd.
Laila Kamilia kembali dengan Novel Kedua bersama Alaf 21 : SAAT KAU HADIR .

Menurut penulis, novel ni adalah salah satu trinovel untuk bulan Oktober 2008. Penulis ni sudah berada di nun Berlin sana :)


SINOPSIS:
BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Rumah Terbuka - NB Kara/Norhayati Berahim

ok.. ni org copy paste dari email Iejay. utk gengkicap yg nak pergi, sila sahkan kehadiran selewat2 nya 21.10.08. untuk memudahkan cik purple memberi maklumbalas pada cik Iejay. tq geng.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada kakak-kakak, adik-adik, cik-cik, puan-puan dan tuan-tuan sekalian....

Dengan mandat yang telah diberikan oleh editor Puan Norhayati Berahim daripada NBKara Sdn. Bhd.( melalui Cik Suraya Adnan) maka dengan ini iejay ingin menjemput anda semua yang sudi melapangkan masa anda ke Rumah Terbuka Penulis : Norhayati Berahim.


Tarikh: 1 November 2008 (Sabtu)

Masa: 3 - 6 petang

Tempat: Pejabat NBKara Sdn Bhd
D19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
43000, Kajang, Selangor

(03-8736 4025 / 03-8736 4028)

Kepada yang sememangnya failed area Kajang (seperti iejay sendiri )... pejabat NBKara terletak berdekatan dengan Giant Kajang dan tak jauh daripada Tesco Kajang. terdapat bas Intrakota dan bas mini yang melalui kawasan tersebut. Apapun di email akan datang setelah iejay dapat pengesahan kehadiran, iejay akan attached kan peta ke NBKara Sdn. Bhd.


yg dah confirm:
1. dyea
2. silencez
3. kucc_aprilsnow
4. Tulip ( bwk bodyguard sama...bil. tidak dinyatakan)
5. Ju'a
6. Qimi

7. Rinn
8. NickyAzrai

Saturday, October 11

NB Kara - October 2008



Penerbitan : NB Kara
Tajuk : Cinta Lelaki
Penulis : Nur Asikin Arsad
Harga : RM19.90
ISBN 978-983-434-737-6

Sinopsis :

Kata orang, lelaki memang banyak pilihan dalam bercinta. Kerana mereka yang akan memilih bukannya dipilih. Benar, tetapi untuk memilih bukan sesuatu yang mudah. Walau banyak yang datang, ramai yang disukai, belum tentu ada yang lekat di hati. Begitu juga Hadi. Bagi lelaki itu, yang disukai memang ramai, yang dicintai itu yang dicari. Kadangkala dia terpedaya. Itulah kata orang, terlalu sangat memilih... akhirnya diri yang terkena. Mampukah Hadi mencari cinta sejati? Siapakah yang berjaya memperdayakannya? Siapakah yang menjadi pilihannya?

.. Kak Anim, terima kasih 18 juta kali :D

Friday, October 10

Kaulah Satu

Tajuk : Kaulah Satu
Penulis : Fatin Nilam Sari
Penerbit : Kaki Novel Enterprise


Sinopsis Kulit Buku :
Apalah ertinya cinta jika tiada kesetian, tiada rindu dan tiada dendam. Cinta itu paduan semua perasaan. Cinta Halim sentiasa beralih dari satu wanita ke satu wanita. Anisa Camylia tersepit di antara cinta wanita-wanita yang dicintai papanya..

Akan terleraikah segala tekanan yang dialami apabila ketemu Jay, pemain piano muda yang kacak dan berkarisma. Akhirnya dia sanggup berkorban dan menyerahkan nyawa bagi membuktikan kesucian cinta.

********************************************************************************

Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali. Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini. Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???

P/s: thanx kak ju'a for the info :)

Friday, October 3

CESB - Sept & Okt 2008



di pasaran mulai 15 sept. 2008.


Harga: RM19.90

Blurb:
Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah kita yang bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji-janji lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?

Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu…



Harga: RM23.90

Blurb:
Kusut, itulah yang dirasai Nur Addriana tatkala menerima khabar duka daripada abahnya. Antara keluarga dan cinta Zaqrul yang menyakitkan, dia nekad kembali ke Malaysia demi tanggungjawab yang terabai.

Pertemuan tidak sengaja dengan Aman Hanafi, membawa cinta baru dalam hidup Nur Addriana. Melenyapkan duka yang bertahun terpendam menjadi barah. Walau Zaqrul masih menyayanginya, masih leka dibuai cinta lama dan masih membiarkan memori silam basah dalam kenangan namun Nur Addriana nekad melupakannya. Walau sejarah silam terpalit noda, walau maruah diri telah lerai tergadai, Nur Addriana nekad beralih kasih, beralih sayang. Kisah silam… biar saja Tuhan yang tentukan keampunan-Nya…


di pasaran mulai 15 oktober 2008




tajuk: cintanya kian membara
penulis: diya elora
harga: rm31.90

Blurb:
Malam pertama kita yang sepatutnya menjadi sejarah indah, kau musnahkan dengan talak yang mengkiamatkan seluruh kehidupan seorang isteri. lalu, cara mana harus aku berdepan dengan kenyataan yang kau lemparkan ini. sedang kamar pengantin kita masih diharum bunga mawar yang menjadi saksi perpisahan. dan air mata malam pengantin menjadi bukti bahawa perkahwinan tanpa cinta tak bisa membuat aku bahagia. menjadikan aku isteri yang lara dan tersiksa.

suami..
andai ini suratan yang harus kuterima, aku rela. aku tega ditinggal pergi. namun andai semua ini lakonan semata demi menutup sebuah penderitaan yang bertahun engkau sembunyikan, aku rela kasih sayang ini dipertaruhkan walau sekejap cuma. demimu..demi cinta yang tak pernah kau tahu.


tajuk: dia dihatimu
penulis: rohayu mohd tajuddin
harga: rm17.90

Blurb:
benarkah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita rela membiarkan diri ini terus disakiti. lantaran itu, salmah rela dirinya ketandusan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar suami. dia rela demi sebuah cinta yang tak pernah bosan untuk memaafkan. dia rela demi sebuah ikatan yang dinamakan perkahwinan.

namun sampai bila dia boleh bertahan? kasih sayang dan cintanya bukan untuk diperkotak-katikkan, bukan gelanggang permainan untuk ditendang terajang. dia wanita yang berperasaan.. lain jika syurganya bukan terletak pada lelaki durjana itu, dia rela dilepaskan. dia rela tidak dimiliki walau jiwanya meronta-ronta untuk disayangi.