Wednesday, July 23

Kumohon Kasih



Tajuk: Kumohon Kasih
Penulis: Haiza Najwa
Halaman: 535
Harga: RM19.90

Azrul Rozaimy atau Roy... berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni.

Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui.

Salwarina... mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaan Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga.

Sudahnya, mereka tersepit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Sawarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu.


Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka?
Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi
.

6 comments:

kaknOOr said...

Amboi aktif betul penulis ni dgn alaf masuk 2 dgn CESB satu...
Dengan alaf belum baca lagi novel haiza tapi dgn CESB dah baca Bukan Klon Bukan Duplicate...ok juga citenya

silencez said...

ooo penulis bukan klon eh kak? kita dah beli tapi tak baca lagi buku tu.

kaypo said...

wah sekarang ni trend kot...penulis keluar dua tiga buku dalam satu masa dengan publisher berlainan. Aku dah bace BKBD.

Sil, ko peram jer lah buku tu manatau esok beranak pinak ianya. Ahaks.

silencez said...

hampeh kay :P ekeke.
kalau camtu best gak.. peram2 beranak. boleh buat duit hehe.

bila ko nak sambung review ni weh.

Ju'A said...

tak pernah baca lagi novel penulis ni tp akan dibaca lps dpt dari qimi BKBD (pinjam)...

sil, tu formula dari kay, peram2 beranak.Klu menjadi, calling2 akak pun nak gak cuba..

jujun said...

sis buku ni masuk list wokeh...

kalo peram beranak, buku aku kat umah tu mau aku untung juta2 ada 3 bag(paper bag besar) tu..hihihi...