Tuesday, July 15

Asmara Seribu Cinta



Harga : RM19.00
Penerbit : Kaki Novel

Jebat Iskandar
Dia lelaki yang hidup dengan sumpah cintanya. Meskipun Fatin sudah tiada lagi, dia tetap berpegang dengan sumpah cinta itu dan akur dengan ketentuan bahawa di syurga nanti dia akan ditemukan. Namun kehadiran roh Fatin dalam setiap mimpi-mimpinya membuatkan dia keliru.

Dian Aryanti
Dia ingin dicintai dan mencintai. Kemelut cintanya dangan Ryan Amrie dan Mikael membuatkan dia sengsara dan sepi. Kehadiran puisi cinta dan mawar merah dari peminat misteri memberikan ilusi baru untuknya.

Puteri
Lelaki yang dicintainya seringkali tidak jujur dengannya. Mereka ada agenda tersendiri yang membuatkan Puteri derita. Danny, Atoi, Alex dan Mizan terus memburu cintanya. Puteri perlu memilih salah seorang dari lelaki itu demi kekosongan hatinya.

Jebat Iskandar, Dian Aryanti dan Puteri ditemukan dalam perjalanan cinta yang penuh gelora. Siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dan akan tersungkur luka dalam asmara cinta yang seribu erti..

7 comments:

NickyAzrai said...

Cover cantik & nama watak ... sgt klasik :D

silencez said...

cerita macam best kan?
kurang2 nama watak tu lain byk dari yg lain hehe.

org nak tunggu kisah seram lak. ala2 cakap dgn jin tu. hang buat lah weh. wa org pertama akan beli.

NickyAzrai said...

Sil..
ko belilah toyol ke anak jin ke
kasi aku bela satu buat sumber inspirasi *hehehe - gelak lanun*

silencez said...

nick.. betul ni?
set.. hari ahad karang wa bawak anak jin aka anak toyol utk hang. harap lepas tu hang ada idea nak buat buku genre seram misteri tu.

+ boleh gak mempercepatkan proses keluarkan ulasan cinta hari-hari rusuhan tu.

jujun said...

cantik la cover dia...

sis dh beli ke?

amboi2 berani nak bela jin..toyol lagi baik bela ayam itik, kambing

silencez said...

belum sis. ahad ni launching buku ni sekali dgn cupid love.

kucc_aprilsnow said...

hmmm...buku baru eh..

watak hero tu ingatkan wa kat kwn Jo,5Tahun 5Bulan yang handal masak tu siap berlawan2 resepi ngan Jo...makwe diapun klasik gelarannya; Dang Wangi Liverpool...hehehe